Harap jangan keluar malam selagi dua banduan ini tidak ditangkap kembali. Bukan apa bimbang jika terserempak dengan keduanya.
Untuk makluman, dua pesakit mental yang mempunyai rekod jenayah hilang dipercayai melarikan diri dari Hospital Mesra Bukit Padang, Jumaat lalu.
Suspek lelaki dikenali sebagai Nurfazzrynn Fazir, 26, yang mempunyai rekod kesalahan di bawah Seksyen 14(A) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 dan Zulhijam Ali, 30, juga mempunyai rekod dibawah kesalahan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dikesan hilang pada pukul 3.45 petang hari yang sama.
Ads
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.10 petang selepas kehilangan dua pesakit itu.
Katanya, pengadu yang juga petugas hospital itu dimaklumkan oleh kakitangan wad bahawa dua pesakit lelaki yang telah diperintahkan oleh mahkamah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) iaitu penjagaan selamat orang yang dibebaskan telah melarikan diri dari Wad 7 (Forensik).
“Perkara ini disedari oleh salah seorang kakitangan ketika membuat pemeriksaan rutin di wad. Usaha untuk mengesan dan mencari kedua-dua pesakit di sekitar kawasan hospital dilakukan namun gagal menemui mereka.
Ads
“Siasatan lanjut mendapati, pada pukul 3.00 petang, kedua-dua suspek ini dikeluarkan dari domitri masing-masing untuk minum petang dan kira-kira 15 minit kemudian, kedua suspek didapati tidak berada di meja minum mereka,” katanya, hari ini.
Habibi berkata, kedua suspek dipercayai meloloskan diri melalui pintu jeriji besi di sebelah tempat makan lalu memanjat pagar dan melarikan diri menghala Jalan Bantayan.
Ads
“Suspek pertama adalah pesalah dari Penjara Kota Kinabalu dan telah dimasukan ke Wad Forensik pada 10 Mei tahun lalu untuk rawatan ‘Mild Intellectual Disability’ atas perintah Mahkamah Kota Kinabalu.
“Manakala suspek kedua pula adalah pesalah dari Tawau dan telah dirujuk ke Hospital Bukit Padang pada 14 Januari tahun lalu kerana masalah mental iaitu Skizofrenia,” katanya.
Sehubungan itu, Habibi meminta kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua suspek terbabit untuk diambil tindakan segera.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung dua suspek ini diminta menyalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Palani P Nathan di talian 016-412 2835 atau ke Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529220 atau menerusi akaun Facebook IPD Kota Kinabalu,” katanya Sumber : #inforoadblock
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh atau selebriti TikTok popular, Haikal Irfan, mengakui dugaan yang perlu dilaluinya untuk berada pada tahap hari ini bukanlah sesuatu yang mudah ditempuhi.
Ia kerana, pemuda berasal dari Ipoh, Perak itu mendedahkan dia pernah melarikan diri dari rumah kerana keluarga menghalangnya untuk menjadi pempengaruh atau influencer di media sosial.
Menurut sumber, Haikal menjelaskan cintanya berputik pada TikTok dan mula mendalami sejak dia diberhentikan kerja sebagai cef pelatih atau commis cef di sebuah hotel, akibat pandemik. Kemudian, dia cuba mempelajari cara untuk meraih pendapatan melalui aplikasi berkenaan.
Kongsi pemuda berusia 23 tahun itu, walau pada mulanya tidak direstui kedua orang tuanya, kini dia berjaya menjadikan pempengaruh sebagai kerjaya hingga mampu menjana pendapatan bulanan sekitar RM10,000, bahkan pernah mencecah angka RM50,000 sebulan.
Sementara itu, Haikal turut berkongsi dia pulang ke rumah setelah tiga bulan untuk memohon maaf dan meminta restu kedua ibu bapanya.
Kini setelah hampir lima tahun mendalami dan menyelami selok belok ritma aplikasi media sosial paling mendadak pengaruhnya di dunia itu, Haikal boleh tersenyum bangga dengan deretan pencapaian dikecapinya.
Sekadar informasi, perjuangan pemuda ini di medan digital dalam mengumpul sejuta pengikut di platform TikTok akhirnya tercapai pada 26 Jun tahun lalu.
Kini, dia mula mensasarkan matlamat baharu iaitu untuk memastikan akaun miliknya diiktiraf oleh pemaju aplikasi berkenaan menerusi pentauliahan lencana biru.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebelum ini, penyanyi dan juga juara Akademi Fantasia, Hafiz Suip tular dilihat bergaduh dengan beberapa individu di jalan raya pada hujung bulan lalu.
Meskipun begitu, Hafiz atau nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip (34) difahamkan sudah pun berbaik dengan individu yang terlibat dalam pergaduhan berkenaan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Mahkamah Majistret Kuching memerintahkan Hafiz serta dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian sama untuk menjalani hukuman bon berkelakuan baik selama enam (6) bulan.
Ketiga-tiga mereka termasuk Hafiz perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500 dan perintah itu dikeluarkan pada Khamis lalu bagi mengelakkan mereka bertiga daripada mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.
Sekadar info, fakta kes mendedahkan berlaku salah faham di antara ketiga-tiga lelaki tersebut di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak pada 30 Ogos 2024, sekitar jam 2.10 petang.
Kes difahamkan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap cara pemanduan masing-masing sebelum mereka keluar dari kereta dan mula bergaduh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam satu ciapan di Twitter, Presiden Amerika Syarikat ke-45 ini menyatakan bahawa beliau dan isterinya, Melania Trump telah disahkan positif virus COVID-19. Trump dalam ciapan tersebut turut memberikan penegasan yang dia telah pun memulakan proses kuarantin dan pemulihan dengan kadar segera.
Ciapan Donald Trump di Twitter
Sebelum Trump mengetahui dirinya positif virus tersebut, terlebih dahulu orang kanan utamanya telah disahkan positif.
Trump kini memasuki senarai antara figura popular yang dijangkiti virus ini yang mana sebelum ini presiden United Kingdom, Borris Johnson dan Brazil, Jair Bolsonaro turut disahkan positif.
Laporan positif virus tersebut berlaku selepas dua hari Trump mengadakan debat pasca pilihanraya bersama lawannya, calon president sayap dekmokratik, Joe Biden. Yang mana menyaksikan presiden yang penuh kontroversi ini dilihat enggan megecam golongan ekstremis kulit putih yang popular dengan gelaran ‘White Supermacist’.
Amerika Syarikat kini merupakan negara yang mana rakyatnya paling ramai dijangkiti virus yang masih tiada penawar ini.
***P/S – Kes di negara kita pun semakin tinggi. Elakkan mengunjungi lokasi yang sesak dan sentiasa mengenakan pelitup muka. We are not ready for another MCO!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!