Semalam, REMAJA ada melaporkan mengenai empat orang susupek yang berkelakuan biadap ketika menggunakan tandas yang dikhaskan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Video yang tular di TikTok itu menunjukkan bagaimana dua orang wanita dan dua orang lelaki dalam persalinan penunggang basikal mempersendakan golongan OKU sambil sakan bergelak tawa setelah salah seorang mengajuk gaya insan OKU di hadapan pintu tandas.
Perbuatan tersebut telah menerima kecaman daripada rakyat Malaysia termasuklah selebriti berpengaruh seperti Senator Ras Adiba yang mendesak agar suspek dalam video tersebut membuat permohonan maaf terbuka kepada golongan OKU.
Well guys, nampaknya kelakuan mereka ini akan menerima balasan setimpal setelah pihak polis mengesahkan sedang mengesan kesemua suspek yang terlibat dalam video ini DAN dalam sebuah lagi video tular di parkir kenderaan Mid Valley Megamall yang juga mempersendakan golongan OKU pada minggu ini.
Ads
Pada waktu yang sama, suspek dalam kedua-dua video itu juga jelas menyalahgunakan harta benda awam yang dikhaskan untuk golongan OKU.
Kata Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, aduan telah diterima oleh pihaknya setelah pengadu menonton dua klip video yang dimuat naik di TikTok itu.
Ads
Khabarnya, aduan diterima oleh pengadu yang berada di bangunan Parlimen. Tidak mustahil aduan itu telah dibuat oleh Senator Ras Adiba sendiri.
Ulas Beh Eng Lai, “Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan sama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian.
“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dengan penggunaan media sosial secara tidak wajar,” katanya.
Ads
Demi membantu siasatan, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek dalam dua video tular ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2206.
Ingat, nak bergurau pun perlu lihat tempat dan masanya. Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan jenaka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti bagi mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga ramai teragak-agak adakah boleh membawa lebih empat penumpang dalam satu kenderaan. Namun pertanyaan ini sudah ada jawapannya kerana kerajaan kini membenarkan jumlah penumpang berdasarkan kapasiti kenderaan yang dinaiki.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Menteri yang diadakan baru-baru ini.
Menurutnya, sebelum ini berdasarkan Akta 342, hanya empat orang termasuk pemandu dibenarkan berada di dalam sebuah kenderaan.
"Dalam Mesyuarat Khas Menteri sudah putuskan jumlah penumpang mengikut kapasiti kenderaan dan tidak terhad hanya empat orang seperti sebelum ini contohnya kenderaan pelbagai guna (MPV) yang boleh muatkan enam orang.
"Akta dipinda tapi belum pasti sama ada sudah diwartakan atau sebaliknya," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri meletakkan keyakinan budi bicara sepenuhnya kepada polis ketika menjalankan pemeriksaan sepanjang musim perayaan ini.
Katanya, jika sebuah kereta dinaiki lebih empat individu polis masih boleh menggunakan budi bicara sama ada untuk mengeluarkan kompaun atau sebaliknya.
"Jika sekatan jalan raya dapati sebuah kereta dinaiki lebih empat orang dan penumpang kelima adalah bayi, sudah pasti polis juga budi bicara.
"Berdasarkan akta memang sudah menjadi kesalahan namun polis masih ada budi bicara mengikut kesesuaian keadaan," katanya.
Ismail Sabri berkata, setakat ini kerajaan masih kekal dengan keputusan tidak membenarkan rakyat merentas negeri.
"Setakat ini masih kekal (tiada pergerakan rentas negeri). Kita akan putuskan ikut keadaan dalam Mesyuarat Khas Menteri nanti," katanya.
Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahi ayam bukan je digunakan sebagai baja organik untuk menyuburkan tumbuhan, tapi ia juga boleh menjadi ‘senjata’ elak penyebaran Covid-19.
Sejak bermulanya penyebaran COVID-19, pelbagai inisiatif dilakukan oleh setiap negara yang terjejas bagi mengekang penyebaran pandemik pembawa maut ini.
Baru-baru ini, kerajaan wilayah Lund, Sweden telah mengenal pasti satu kaedah baharu dalam mengekang penularan wabak pandemik di sana, iaitu dengan menggunakan tahi ayam.
Dalam mengawal kedegilan penduduk untuk berkumpul dan meningkatkan risiko penularan, pemerintah bandar telah mengarahkan supaya tahi ayam disembur di sekitar kawasan tumpuan ramai.
Risau tentang festival musim bunga Walpurgis Night mampu mengumpulkan sehingga 30,000 orang dalam satu-satu masa lantas penyebab penularan pandemik covid-19. Ini kerana sudah menjadi tradisi penduduk setempat berkumpul di taman bersempena dengan festival ini.
Mendapat sokongan penuh daripada ketua bandar, pemerintah bandar memberitahu mereka tidak melarang penganjuran festival tetapi perlu fikir yang terbaik demi keselamatan bandar dan penduduknya.
Turut menjadikan tahi ayam sebagai baja untuk rumput di taman, Sweden setakat ini telah mencatatkan 24,623 kes positif COVID-19 dengan kadar kematian mencecah 3,040 orang.
Bagus juga idea Sweden ni, dekat Malaysia korang rasa berkesan ke kalau kita gunakan inisiatif kreatif macam ni?
Jika video tersebut diulang kembali pasti akan mengundang tawa, namun kalau difikirkan malang sungguh nasib peserta-peserta Miss Thailand 2020 ini. Sudah siap bergaya cantik, tiba-tiba struktur jambatan patah pula.
Kejadian yang berlaku pada 7 Disember lalu Ketika para finalis pertandingan ratu cantik itu sedang mengunjungi sebuah kafe yang popular di daerah Chiang Mai. Dalam video tersebut dapat dilihat, para peserta sedang memegang minuman sambil melambai-lambai sambil aksi mereka dirakam oleh jurugambar dan juruvideo.
Wajah Kaget Setiap Peserta Sempat Dirakam Video. Sumber: YouTube Newsflare
Setelah masing-masing jatuh ke dalam kolam ada yang masih mampu tersenyum dan ketawa kerana kejadian itu, namun terdapat tiga peserta yang mengalami kecederaan ringan. Walaupun begitu, kecederaan tersebut tidak menganggu mereka untuk meneruskan pertandingan.
Pihak kafe tersebut memohon maaf di atas kejadian yang berlaku. Segala rawatan hospital dan juga cucian baju-baju yang dipakai oleh para peserta ditanggung oleh pihak pengurusan kafe.
Foto sebelum kejadian jambatan runtuh. Sumber: Facebook Miss Thailand
Pertandingan Miss Thailand merupakan pertandingan yang akan menentukan wakil negara tersebut ke pertandingan Miss International. Tahun lalu pemenang Miss Thailand 2019, Bint Sireethorn telah berjaya merangkul gelaran juara Miss International sekaligus menjadi wakil pertama negara Gajah Putih itu memenangi gelaran tersebut di peringkat antarabangsa.
OMG! | A restaurant's rope bridge collapsed in the middle of photo session sending Miss Thailand 2020 candidates plummeting into the water below. No one was seriously hurt.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...