Cecah Usia 50-an, Aktres Telenovela ‘Yo Soy Betty, La Fea’ Kekal Jelita & Cantik!

Share

Ingat tak dulu waktu zaman persekolahan, balik rumah je sanggup tak tidur petang sebab excited nak tonton siri telenovela di kaca tv.

ARTIKEL BERKAITAN : 8 Telenovela Latin Popular Zaman 90-an, Mana Satu Korang Layan?

Salah satu telenovela tahun 90-an yang popular ialah ‘Yo Soy Betty, La Fea’. Pasti ramai yang mengikuti telenovela ini kerana watak utamanya, Betty sangat menghiburkan. “Yo Soy Betty, La Fea” yang mengisahkan tentang gadis bernama Betty ini sering dipandang hina kerana wajahnya yang kurang cantik. Signature look

Betty adalah kaca mata tebal, rambut bang, pakaian oversized dan braces.

Bintang utama telenovela yang pernah mencetuskan fenomena ini dibintangi oleh Ana Maria Orozco, aktres Colombia yang memiliki kecantikan yang luar biasa!

Mencecah usia 49 tahun, dalam diam ramai yang kagum dan terpesona dengan kecantikannya. Bukannya makin meningkat usia, makin nampak tua. Tetapi makin lama makin nampak muda, langsung tak menua!

Aktres dan juga ibu kepada dua anak ini sering tampil bergaya seperti orang muda. Dengan rambut panjangnya yang hitam lebat itu, naikkan lagi seri dan kecantikan semula jadinya.
Cantik betul Ana Maria Orozco ni. Betul-betul tak dimakan usia.
Tapi memang tidak dinafikan ketika zaman kegemilangan telenovela di Malaysia, pendek kata, memang tak pernah missed la setiap episod. Apa yang kami faham, telenovela Amerika Latin ni sarat dengan drama dan konflik keluarga atau percintaan, itu yang membuatkan peminat tegar drama ini ‘melekat’ depan tv.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN