Menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, pelakon meningkat naik, Zaki Azeman akhirnya memaklumkan dia dan isteri tercintanya yang juga personaliti media sosial, Siti Nur Shahira Ahmad atau Raa Suzuran bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon drama popular Ombak Rindu The Series itu menerusi sebuah hantaran video di platform Instagram miliknya.
“Bismillahirrahmanirrahim Aku Terima Orang Ketiga Sepenuh Hatiku #ZRJunior.” coretnya ringkas.
Menerusi hantaran tersebut turut dilihat pelakon tinggi lampai itu sempat mengimbau semula momen manisnya bersama isteri tersayang ketika di mailis resepsi mereka, pada tahun lalu.
Ads
Pelakon Telefilem Telunjuk Iblis itu bagaimanapun masih ‘merahsiakan’ jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menumpang gembira atas berita tersebut selain mereka mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Ads
“Syukur Alhamdulillah, tahniah brother and family,” komen penyanyi Mark Adam.
“MasyaAllah Tabarakallah, tahniah both of you. Alhamdulillah,” komen juga penyanyi Farisha Iris.
Ads
Sekadar infotmasi, Zaki dan Raa Suzuran telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Mei 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sesungguhnya, benar bahawa rezeki, jodoh, ajal serta maut itu berada di tangan Allah SWT.
Tengah hari semalam sekitar jam 1.00, pelakon senior negara, Allahyarham Azmil Mustapha telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Shah Alam.
Berusia 64 tahun, arwah meninggal dunia akibat masalah komplikasi jantung.
Walaupun mengetahui tentang kondisi kesihatan arwah, namun kami di Remaja baru saja menemui arwah pada pertengahan bulan Disember lalu apabila kami sempat menemu ramah arwah dalam satu sesi ringkas untuk Instagram LIVE.
Banyak yang sempat dikongsi arwah bersama Remaja dan salah satu daripada topik yang muncul adalah tentang keputusan arwah untuk membenarkan anak, Nur Alya Iman menceburi bidang peragaan fesyen Muslimah.
Walaupun baru berusia 17 tahun, Alya sudah popular di kalangan pereka fesyen Muslimah serta media Malaysia yang sering menjemputnya sebagai model.
Alya memulakan kerjaya sebagai model seawal usia 13 tahun berbekalkan kerja keras dan bukannya sekadar bersandarkan kepada paras rupa.
“Benar, dia seorang model. Sekarang pun (pada Disember lepas) masih shooting lagi,” kata arwah.
“Jika ada yang tanya kenapa anak model, ayahnya begini (guru agama), saya hanya boleh berkata hidayah itu milik Allah SWT.
“Anak saya muda lagi, minat pula ke arah itu… jadi kita okay sajalah. Kalau nak cakap lebih-lebih pun, kita dulu pun dalam bidan ini juga.
“Tak apalah, kita doa yang baik-baik saja,” tuntas arwah yang sememangnya mudah ramah walaupun dengan orang yang tidak dikenali.
Sementara itu, Alya turut berkongsi tentang pesanan arwah ayahnya.
“Babah pernah meniti zaman populariti dulu dan dia sentiasa mengingatkan saya supaya berhati-hati dan bersedia dengan asam garam dunia modelling.
“Dia tak pernah menghalang malah menyokong minat saya. Namun dia mahu saya menjaga batas, pergaulan serta menjaga nama baik keluarga.
“Asalkan saya pandai menjaga aurat, tak meninggalkan solat dan tak abaikan pelajaran, babah akan terus menyokong kerana dia tahu saya boleh menjaga diri,” kongsi Alya.
Sebagai seorang yang amat rapat dengan ayahnya memandangkan Alya adalah anak bongsu, dia mengambil tanggungjawab untuk menjaga arwah sepenuh masa kerana adik-beradik lain sudah mempunyai komitmen keluarga masing-masing.
“Pernah juga saya ajak babah teman ke event fesyen. Dia sporting dan akan temankan jika ada masa terluang.”
Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga dan kenalan rapat Allahyarham Azmil Mustapha. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mana-mana penuntut dan graduan universiti tertua di Malaysia iaitu Universiti Malaya, tentunya korang tahu mengenai sejarah penubuhannya pada tahun 1949 di Singapura.
Yes guys, Universiti Malaya mula beroperasi pada 8 Oktober 1949 di kota singa. Hanya pada tahun 1959, Universiti Malaya terbahagi kepada dua kampus iaitu kampus Singapura dan kampus Kuala Lumpur.
Penulis tertarik dengan muat naik yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Twitter bernama Dhevarajan Devadas yang merupakan seorang pakar dalam bidang sejarah dan kini bergelar tutor di National University of Singapore.
alam perkongsian berbentuk video ini, kita dapat melihat semula istiadat penubuhan Universiti Malaya secara rasminya di Singapura pada tahun 1949.
This is a British newsreel on the University of Malaya’s opening in 1949. Located in Bukit Timah, it combined the King Edward College of Medicine (where @chedetofficial studied) & Raffles College. In 1962, the uni split into @NUSingapore & @unimalaya (KL). pic.twitter.com/ywirchrclI
“Di auditorium yang penuh sesak di Singapura, Universiti Malaya memberikan harapan untuk masa hadapan. Wakil daripada 26 universiti dari seluruh dunia termasuklah dari Oxford, Harvard, Cambridge dan Yale bertemu di sini untuk menyaksikan hari pertama penubuhan Universiti Malaya.
“Rakyat Malaya pelbagai kaum bersama-sama meraikan pertabalan canselor pertama universiti tersebut iaitu Encik Malcolm Macdonald yang merupakan Ketua Pesuruhjaya Inggeris di Asia Tenggara. Acara bersejarah itu turut disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Perlis dan Sultan Pahang.”
Untuk pengetahuan kita semua, pembukaan semula bangunan di universiti ini berlaku selepas penempatan tentera Jepun di Malaya dari tahun 1941 hingga tahun 1945.
Universiti Malaya pada waktu itu terdiri daripada bangunan Kolej King Edward VII dan Raffles College; di mana Kolej King Edward mula beroperasi sebagai sebuah kolej perubatan pada tahun 1905.
Apabila Universiti Malaya ditubuhkan pada tahun 1949, ia bertukar menjadi Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Terletak di Bukit Timah Singapura, ini juga merupakah fakulti tempat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah melanjutkan pengajian mereka serta tempat pertemuan mereka untuk kali pertama.
Pada waktu tersebut, lebih 300 orang pelajar telahpun menyertai fakulti tersebut dengan fasiliti yang dianggap canggih dan ‘up-to-date’ pada waktu itu.
Jika korang masih ingat, Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah pernah melakukan lawatan ke Kolej Perubatan King Edward VII pada tahun 2018 untuk bertemu sahabat alumni mereka yang pernah bersama-sama menuntut di kolej itu.
Menurut laporan rakan media di Awani ,semasa lawatan itu diadakan, Dr Mahathir telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang demi menghargai kepimpinan luar biasa beliau kepada Malaysia.
Manakala Dr Siti Hasmah pula menerima anugerah Perkhidmatan Alumni Kehormat NUS untuk menghargai jasa beliau dalam memberikan inspirasi kepada doktor perubatan wanita di Malaysia.
Sejarah Masih Tercatat
Universiti Malaya mungkin telah berpindah ke Kuala Lumpur sepenuhnya sejak tahun 1962 dan sejarah kampusnya di Singapura diambil alih oleh National University of Singapore (NUS) dan kemudiannya, Nanyang Technological Universiti (NUT) Singapore.
Bagaimanapun, asal-usul universiti tertua di Malaysia itu masih dapat dilihat pada jata kedua-dua buah universiti di Singapura itu.
Mereka telah mengekalkan simbol ‘buku terbuka’ yang ada sejak zaman Universiti Malaya di Singapura. Simbol ini menandakan bahawa universiti tersebut adalah postal kepada dunia pendidikan.
Selain itu, simbol ‘singa’-nya pula berkait rapat dengan identiti negara Singapura dan menandakan keberanian dan kesediaan para penuntutnya untuk berkhidmat kepada negara.
Kampus Bukit Timah yang merupakan bangunan utama National University of Singapore sehingga tahun 1981 kini menjadi bangunan fakulti undang-undang dan Lee Kuan Yew School. Sumber: Twitter
Menarik bukan?
Penulis pasti banyak lagi detik bersejarah Universiti Malaya di Singapura yang masih tersimpan rapi di NUS, NUT dan juga di muzium simpanan sejarah pendidikan di Malaysia dan Singapura.
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita sedia maklum pelakon K-Drama popular, Park Seo-joon merupakan wajah rasmi buat minuman tenaga kegemaran rakyat Malaysia, MILO di bawah kelolaan Nestlé.
Terbaru, MILO telah mengumumkan bahawa Park Seo-joon akan berjumpa dengan peminat di Malaysia pada bulan 25 Februari ini.
Hi geng MILO! Pandailah korang, dah tahu #PSJSahabatMILO nak mai Malaysia! 😎 So meh sini Abang share macam mana korang boleh stand a chance to meet Park Seo-Jun this February! 💚 Jangan lupa ajak family & friends join contest ni sekali! Fighting! 💪🏼 pic.twitter.com/xXvkUXetab
Bagi peminat Park Seo-joon, inilah peluang untuk korang berjumpa dengan idola korang dengan menyertai peraduan oleh MILO. Dan dikatakan seramai 300 pemenang akan dipilih.
Rujuk poster di atas untuk ketahui lebih lanjut mengenai cara-cara penyertaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.