Ahli kumpulan Monsta X, IM baru-baru ini dilaporkan terpaksa menggantung semua aktivitinya buat sementara waktu apabila disahkan mengalami masalah kesihatan, sakit belakang.
Menurut agensi Monsta X, Starship Entertainment dalam satu kenyataan pada 29 Julai lalu memaklumkan pemilik nama sebenar Im Chang Kyun (28) kini sedang mendapatkan rawatan bagi menangani masalah tersebut.
“Buat masa ini, IM sedang menjalani rawatan untuk sakit belakang”
“Mengikut pandangan pihak perubatan, IM memerlukan rawatan berterusan dan tempoh pemulihan yang stabil. Oleh itu, kami memutuskan untuk menghentikan segala aktiviti IM buat sementara waktu supaya dia boleh memberi fokus kepada proses penyembuhan,” jelas kenyataan itu.
Ads
Dalam pada itu, disebabkan perkara ini, beliau turut tidak akan menyertai acara besar seperti ‘KCON LA 2025’ yang dijadualkan berlangsung pada 2 Ogos 2025 serta beberapa aktiviti lain yang telah dirancang.
“Bagi jadual selepas itu, kami akan memaklumkan secara berasingan bergantung kepada keadaan kesihatan IM dan pandangan doktor yang merawatnya,” tambah pihak agensi.
Ads
“Kami memohon maaf di atas berita mengejutkan ini dan berharap para peminat dapat memberikan sokongan agar IM dapat pulih sepenuhnya dan kembali bertemu anda di pentas,” ujarnya.
Ads
Terdahulu, pelantun lagu ‘God Damn’ itu juga tidak menghadiri acara ‘Waterbomb Busan 2025’ pada 26 Julai lalu atas faktor kesihatan. Ketika itu, agensi memberitahu bahawa IM mengalami sakit belakang yang semakin teruk, lalu mendapatkan rawatan di hospital dan diarahkan untuk berehat serta menjalani rawatan.
Sementara itu, IM dilaporkan akan terus memberi tumpuan kepada pemulihan dan rawatan serta peminat diminta bersabar sekaligus terus memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka ini.
Untuk perkembangan terkini, Monsta X dijangka bakal melancarkan mini album terbaru berjudul ‘The X’ pada 1 September hadapan dan akan kembali dengan aktiviti promosi berskala penuh sebaik sahaja keadaan IM mengizinkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hijrah bukan sahaja dari sudut material, malah menyeluruh meliputi fizikal dan rohani.
Setelah menimang Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu dan kini sedang berbadan dua, finalis Dewi Remaja 2014/2015, Mawar Rashid baru-baru ini tampil dengan penampilan baru iaitu bertudung litup sejak awal Muharram lalu.
Menerusi perkongsian video di laman Instagram Mawar, pelakon itu telah menjelaskan antara faktor yang membuatkan pintu hatinya untuk mengenakan hijab.
Menurut Mawar, di dalam kehidupan telah terlalu banyak nikmat dunia yang dirasainya, daripada segi kekeluargaan, kerjaya dan juga perniagaan, semuanya dipermudahkan.
.
Dalam nada sebak, Mawar meluahkan rasa syukur apabila perubahannya ini memberikan ketenangan dalam hidupnya dan memberi semangat untuk terus mengenali Tuhan.
“Allah dah bagi banyak dekat kita, Allah sayangkan kita..so sekarang ini Mawar nak lebih mengenali Allah…”
Cantiknya finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini berhijab. Semoga Mawar terus istiqamah dan dapat menjadi inspirasi kepada wanita-wanita Muslim di luar sana untuk turut berubah ke arah yang lebih baik.
Sumber : Instagram Mawar Rashid
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon jelita, Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian apabila beliau mengambil keputusan untuk menjual semua koleksi kasut tumit tinggi berjenamanya selepas sedar akan akibat menyimpan barang yang tidak digunakan.
Menurut Nora atau pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif (43), beliau terdetik untuk melakukan hal sedemikian selepas terdetik untuk membaca catatan yang dibuat sewaktu menghadiri kelas agama sebelum ini.
Dalam pada itu, Nora juga sempat menerangkan beberapa pengisian sebahagian surah Al-Humazah kepada para peminat yang menceritakan mengenai neraka Al-Hutamah merupakan tempat bagi golongan manusia suka mengumpat dan mengumpul harta benda.
Kredit foto: Instagram Nora DanishKredit foto: Instagram Nora Danish
“Saya ulangkaji semula apa yang saya belajar dekat kelas, terbuka surah Al-Humazah tentang golongan pengumpat dan pengkeji yang akan dimasukkan dalam neraka khas iaitu al-Hutamah”
“Neraka ketiga ke bawah. Bawah sekali neraka Jahanam, Jahim dan Al-Hutamah. Neraka ini dibuat untuk golongan pengumpat dan pengkeji termasuk golongan yang menghitung harta iaitu meletakkan harta lebih dari Allah,” katanya.
“Saya refleks balik diri saya, apa yang tidak dipakai dekat rumah dan simpan saya nak jual,” jelasnya.
Kredit foto: Instagram Nora DanishKredit foto: Instagram Nora Danish
Selepas menyedari mengenai keburukan menyimpan barang yang tidak digunakan itu, Nora langsung menyatakan hasrat untuk menggunakan hasil jualan barangan tersebut bagi perkara yang lebih baik dan bermanfaat.
“Duit tersebut akan digunakan untuk beli benda baharu yang kita perlukan atau bersedekah atau mana-mana yang sesuai dengan anda. Semoga bermanfaat,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Nora Danish pernah dilaporkan telah mendermakan semua baju-baju seksi miliknya kepada rakan-rakan bukan Islam selepas memilih untuk berhijrah dan tampil berhijab.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar Malaysia telahpun membanggakan negara setelah dia menempah kejayaan dalam sebuah pertandingan pidato Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.
Bertempat di Hangzhou China pada Ahad lalu, Nicol Yong Jia Jia telah dinamakan pemenang kategori Belt & Road Youth English Speaking Competition dan 21st Century Cup International English Speaking Competition setelah dia menewaskan 30 orang peserta lain daripada 30 negara dan daerah China.
Pesaing terdekat Nicol iaitu Che Qiyu dari China pula berpuas hati di tempat kedua.
Menurut pelajar tahun terakhir di St. Joseph’s Institution International School ini, dia merasakan pertandingan tersebut membantu membuka matanya kepada pengalaman baru. “Saya dapat berkawan dengan ramai remaja sebaya lain dari Mauritius, Hungary dan sebagainya. Ini kali pertama saya bertukar-tukar pendapat mengenai perbezaan budaya kami sepanjang beberapa hari lepas,” katanya.
Nicol juga pada tahun lepas pernah menyertai pertandingan English Speaking Union (ESU) Malaysia Public Speaking Competition 2018 dan memperolehi tempat kedua.
***
Pertandingan 21st Century Cup International English Speaking Competition merupakan usaha sama akhbar China Daily, kerajaan perbandaran Hangzhou dan Persatuan Bahasa Inggeris (ESU) untuk membentuk remaja berlainan latar belakang agar lebih yakin berbahasa Inggeris, memahami negara asing serta budaya lain.
Aww, lain betul konsep pidato sebegini.
Contohnya, tema yang diberikan kepada peserta juga tidak seperti kebiasaannya. Antaranya adalah ‘Let Us Be True To One Another’ atau ‘The Great Truth Is Simple’. Dan..
“You may speak now..”
Menurut penganjur, tema seperti ini sengaja diberikan agar remaja boleh berkongsi harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik.
Apapun, tahniah kepada Nicol dan REMAJA harapkan lebih ramai remaja di luar sana yang yakin untuk sertai pertandingan seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon jelita, Bella Astillah tidak dapat menahan air mata apabila menerima sebuah mikrofon putih yang sudah lama menjadi impiannya.
Momen itu dikongsikan oleh...