Tahun lepas, ada seorang murid tahun satu yang sangat pendiam. Perempuan. Aku perasan tudung dia selalu tutup dahi. Macam tak pandai pakai tudung. Baju pun selalu comot.
Tahun ini, dia masih tidak pandai pakai tudung. Masih begitu, bajunya juga masih comot-comot. Banyak kali aku bertanya tentang keluarga, tapi dia mendiamkan diri sahaja.
Tahun ini dia tidak keseorangan. Dia berteman. Ada adik lelaki di tahun satu. Adik dia ini sangat aktif. Hyperaktif aku rasa. Memang langsung tak boleh duduk diam dalam kelas, dewan atau perhimpunan.
Pakaian adik dia pun sama juga. Tidak terurus dan selalu comot.
Pakaian sekolahnya selalu comot dan pakai tudung pun tutup di dahi…pix sumber FB Cikgu Fadhli
Dua hari lepas, adik dia dengan sengaja pecahkan bangku kantin. Bangku buah-buahan yang aku beli dengan duit kiriman sahabat-sahabat aku yang baik hati.
Maka unit disiplin, guru kelas dan pentadbir berbincang. Perlu panggil ibu bapanya untuk bincang kelakuan anaknya yang hyperaktif ini. Mencari jalan terbaik bagi murid ini agak tidak ternafi haknya untuk belajar dengan sempurna.
*******
Hari ini, selepas habis kelas pertama ada pengawas datang menjemputku ke pejabat. Katanya pentadbir panggil. Aku dah agak, pasti si ayah murid itu telah datang.
Dengan tenang aku terus ke pejabat. Diluar pintu pejabat, ada sepasang kasut lusuh.
Nampak comot dengan selut dan kotoran.
‘ Ini kasut orang kerja buruh,’ getus hati aku.
Sebaik masuk, kelihatan lelaki lewat 40an duduk bersama barisan pentadbir. Mukanya kelihatan penat, malah peluh pun tidak sempat kering dari baju.
Kulitnya gelap. Nampak jelas kerjanya pasti dibawah terik mentari. Tangannya kasar dan kotor tanda kerja berat.
Aku bersalaman dan menegur dia dengan mesra. Duduk betul-betul disebelah dia dan sesekali aku bergurau mencuit paha dan memegang bahunya. Tidak sesekali aku merasa geli atau membuat muka tidak selesa walau bau badannya tidak sewangi orang kerja pejabat.
Ads
Aku tidak mahu dia resah dan rasa bersalah. Aku nak dia tahu, kami bukan hendak menyalahkannya. Sikap budak, memang begitu. Namun kami ada minta dia bawa anaknya ke Hospital Selayang unit Mekar untuk pemeriksaan.
Anaknya kelihatan agak hyperaktif dan baru saja pecahkan sebuah bangku di kantin sekolah
Pada pengamatan mata kasar aku dan guru-guru lain, anak dia ini kategori istimewa. ADHD mungkin. Sangat aktif hingga sukar dikawal.
Aku susun ayat sebaik mungkin, memberitahu dia dengan lembut. Dia terima dengan tenang, dan dia pun tahu anak dia memang tidak terkawal. Dia berjanji akan bawa anak lelakinya itu ke hospital secepat mungkin.
Bila disahkan, anak dia boleh masuk kelas pemulihan. Kelas yang layak dan sepatutnya anak itu duduk dan belajar. Lagi pun, murid pendidikan khas ini ada elaun.
Sebelum dia beredar, kami bagitahu kerosakan yang dibuat anaknya perlu diganti. Dengan serba salah dia cakap,
“Cikgu. Boleh. Tapi tunggu saya dapat gaji ya.”
Jantung aku seakan berhenti mendengar jawapan pendek itu. Gugur seketika. Nilai bangku itu yang tidaklah besar di zaman ini. Tapi masih ada yang perlu tunggu gaji. ?
Terus aku pegang bahu dan mengajaknya pergi. Aku bukakan pintu pejabat, aku tunggu dia sarung kasut buruk itu.
Ads
Aku iringi setiap langkah dia ke motor buruknya sambil bertanya tentang kehidupannya.
“Abang kerja kat mana?”
“Saya kerja kat Kuang. Kerja ukur jalan. Ni dari Kuang dapat telefon dari sekolah terus saya datang.”
Allah. Kuang ke Gombak bukan dekat. Dengan motor tengah panas terik pula tu. Terus tinggal kerja bila tahu anak buat angkara.
“Rumah abang kat mana? Isteri kerja apa? Anak berapa orang?” soalku bertalu-talu.
“Rumah saya di Batu 5. Anak saya empat. Yang paling kecil, kembar dua orang duduk dengan isteri saya. Yang sulung tahun dua dan tahun satu ini tinggal dengan saya. Dah tiga tahun kami berpisah,” balasnya tenang.
Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Aku minta dia hubungi aku terus kalau ada apa-apa. Nombor telefon aku tinggalkan, dan dia berlalu pergi.
Berlalu pergi dibawah teriknya sinar mentari untuk mencari sesuap rezeki.
*******
Ads
Patutlah. Patutlah anak perempuannya tidak pandai pakai tudung. Rupanya dijaga oleh ayah sejak sekian lama.
Ayah yang kerja buruh mana pandai hendak pakaikan anak perempuan tudung. Asal tersarung, asal tertutup rambut baginya dah cukup elok.
Pakaian patutlah selalu nampak comot. Tidak terjaga seperti orang lain yang punya keluarga. Rupanya tinggal bersama ayah.
Kelu. Aku kelu sebenarnya.
Terharu. Aku sangat terharu melihat pengorbanan seorang bapa. Jika aku ditempat dia, aku pun tidak tahu apa aku mampu menjaga anak aku sebaik dia.
Makan minum, sakit demam, duit belanja, basuh pakaian dan segala urusan rumah tangga seorang diri. Menguruskan anak bukan mudah. Tambah-tambah bagi kaum lelaki.
Sebaik dia jawab hendak ganti kerusi itu bila dapat gaji, terus aku niatkan dalam hati,
‘Bangku yang perlu diganti itu aku yang akan ganti. Bahkan apa keperluan anak-anaknya yang mampu aku bantu, aku cuba bantu.’
Esok aku akan settlekan hal bangku diam-diam. Esok juga aku nak jumpa ustazah guru kelas anak sulungnya, minta ustazah tolong ajar murid ini pakai tudung dengan betul.
Semoga anak-anak ini rajin belajar seterusnya menjadi insan yang berguna dan berjasa.
Kerana bangku pecah semuanya terdedah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
Khabar baik buat semua peminat K-Pop apabila dua penyanyi terkenal dari Korea Selatan iaitu (G)I-DLE dan BamBam dari GOT7 bakal disatukan dalam satu konsert istimewa di Stadium Merdeka pada Jun ini.
Dalam satu perkongsian di media sosial, konsert yang dibawakan oleh Live Universe pada 14 Jun itu juga menjadi momen bersejarah kerana ini merupakan konsert K-Pop pertama yang dibuat di Stadium Merdeka selepas stadium itu siap digunakan selepas renovasi.
“Kami mahu membawakan pengalaman yang tiada tandingan kepada peminat K-Pop di Malaysia. Sebagai tuan rumah kepada (G)I-DLE dan BamBam di Stadium Merdeka, acara ini bukanlah sekadar konsert, tetapi ia adalah pencapaian bersejarah yang akan dikenang untuk tempoh yang panjang”, kata Live Universe dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Live Universe turut menawarkan cabutan bertuah eksklusif kepada 10,000 pembeli tiket awal kategori CAT1, CAT2, atau CAT3 dan berpeluang membawa pulang sebuah kereta Toyota Vellfire.
Selain itu, bagi pembeli tiket CAT4, CAT5, atau CAT6, mereka berpeluang untuk menyertai cabutan berasingan dengan lima pemenang bertuah akan menerima telefon pintar iPhone 16.
Sekadar info, ini merupakan konsert kedua BamBam di Malaysia selepas kejayaan konsert jelajah solonya ‘AREA 52’ yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2023 lalu. Antara lagunya yang popular adalah seperti Sour & Sweet, Let’s Dance, LAST PARADE, dan Thank You Come Again.
Manakala, (G)I-DLE dianggotai oleh Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi, dan Shuhua yang sebelum ini pernah menggemparkan pentas Kuala Lumpur pada 9 September 2022 lalu kembali membuat penampilan yang lebih bersemangat dengan lagu popular seperti Nxde, Tomboy, Queencard, dan Oh my god.
Peminat boleh membuat pembelian tiket bermula pada 16 April menerusi Ticket2U.com.my dan harga tiket bermula dari RM294, RM408, RM556, RM670, RM852, dan RM1098.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun ramai di antara kita yang mempunyai akaun media sosial, lebih-lebih lagi bagi golongan selebriti untuk tujuan kerja atau berinteraksi bersama peminat, namun masih ada lagi yang tidak mempunyai apa-apa media sosial atas alasan peribadi.
Tatkala individu lain mengambil peluang mencari duit dan populariti melalui media sosial, ada segelintir selebriti yang tidak mahu membabitkan diri dalam platform tersebut.
Berikut kami senaraikan antara selebriti Korea yang tidak mempunyai akaun peribadi media sosial.
Pelakon kacak ini pernah mengatakan bahawa dia berusaha untuk tidak berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial kerana akan ada memori-memori yang ingin dia lupakan.
Pelakon ini menjelaskan dia tidak menggunakan media sosial kerana bimbang menjadi ketagih dan akhirnya tidak melakukan kerja-kerja yang lain sepanjang hari.
Song Joong Ki mendedahkan bahawa dia tidak menggunakan media sosial kerana tidak mahir dengan teknologi. Dia memang mempunyai Instagram tetapi dikendalikan oleh agensinya.
Park Bo Young mengatakan bahawa dia tidak mempercayai dirinya untuk menggunakan media sosial kerana dirinya seorang emosional dan mudah marah. Baru-baru ini, dia membuka akaun Instagram dan dikendalikan bersama dengan syarikat pengurusannya, BH Entertainment.
Personaliti ini tidak menggunakan media sosial kerana tiga sebab, iaitu tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan, mempunyai sikap peribadi yang tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan tidak melihat media sosial sebagai tempat untuk berkomunikasi.
Pelakon ini berpendapat bahawa media sosial bakal membawa banyak masalah, jadi lebih baik dia tidak menggunakannya walaupun dia mengakui ia adalah platform terbaik untuk berkomunikasi dengan peminat.
Ha Jung Woo mengatakan bahawa dia tidak melihat keperluan untuk menggunakan media sosial, tambah pula usianya yang sudah menginjak 50-an.
Walaupun tidak mempunyai akaun peribadi media sosial, kami pasti populariti yang dikecapi mereka tidak pernah sedikit pun berkurang. Selebriti-selebriti Korea ini masih mampu meraih hati peminat di seluruh dunia dengan hasil kerja mereka.
Apa-apa pun hormati sahaja keputusan mereka untuk tidak menggunakan platform media sosial ini.
Siapa pula remaja yang jadi jutawan di usia muda ini? Untungnya lahir-lahir memang terus kaya.
Mungkin korang yang seusia India Rose James ini sedang sibuk mencari kerja. Yelah, selalunya diusia 21 tahun kita baru habis mendapat segulung ijazah mahupun diploma. Tetapi tidak bagi remaja ini ye..
Foto Via TATLER
Dilaporkan jumlah kekayaan beliau ialah sebanyak £329 juta mengalahkan kekayaan Ratu Elizabeth tersenarai dalam antara individu terkaya di Sunday Times pada usia 21 tahun. Sekarang dia dah 30 tahun…mesti lagi banyak dari nilai itu kan harta dia.
Baru sahaja meraikan ulang tahun yang ke-30, India mengakui tidak menghargai wang semasa kecil. India hanya memahami erti wang bila sudah dewasa sekarang. Bahkan India turut mengakui bahawa dia tidak pernah disuruh bekerja.
“Orang fikir ia satu set wang yang selamat, sebenarnya tidak. Ia terikat dengan perniagaan. Tapi ada beberapa moment dalam hidup saya di mana persepsi terhadap wang tidak selalu positif kerana ia sentiasa ada,” katanya.
India Rose James ini berbeza sedikit kerana dia memperoleh pendapatan dari warisan datuknya, seorang pengusaha video porno iaitu Paul Ramond. Untuk info, pada usianya 18 tahun, India Rose sudah mengumpul kekayaan pada nilai 75 juta pounds atau 91.1 juta dollar US pada tahun 2010.
Mendiang Paul Raymond. Foto – The Times
Datuk kepada India mengumpul kekayaan bermula dengan membuka Raymond Revuebar yang terkenal pada tahun 1958 sebelum berkembang dan mengasaskan empayar majalah dewasanya sendiri pada tahun 1964.
Apabila Paul Raymond meninggal dunia pada tahun 2008, majoriti hartanya diserahkan kepada India dan saudara perempuannya, Fawn.
India Rose James bersama Fawn, Foto Via DAVID VINTINER THE SUNDAY TIMES MAGAZINEFoto Via Instagram @IndiarosejamesFoto Via Instagram @Indiarosejames
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.