
Penampilan anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila ada yang mengkritik gaya fesyennya yang dikatakan terlalu menyerupai lelaki.
Bagaimanapun, Cik B menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa pakaian yang digayakannya sebenarnya bersifat uniseks serta boleh dipakai oleh lelaki mahupun wanita.
Menurutnya, gaya rambut pendek yang dimiliki mungkin menjadi punca masyarakat sering memandang serong terhadap penampilannya.
Dalam pada itu, dia yang kini berusia 21 tahun itu tersebut mengakui faktor keselesaan dan bentuk badan menjadi keutamaan dalam pemilihan busananya.
Sementara itu, Vida yang juga bertindak selaku pengurus mengambil inisiatif menyediakan persalinan lebih feminin buat Cik B bagi memberi kelainan terhadap penampilannya sepanjang pertandingan tersebut.
“Mama sediakan baju ini untuk Cik B, ada skirt. Saya doa supaya dia pakai nak penampilan berbeza.
“Tak nak nampak sama dah tiga minggu, biar ada ‘wow factor’ walaupun minimalis tapi memberi kesan,” katanya.
Sebelum ini, Cik B pernah menjadi bahan kritikan apabila penampilannya ketika minggu kedua Talk To My Manager Musim Kedua didakwa terlalu ‘boyish’.
Malah, ini bukan kali pertama penyanyi tersebut menerima teguran memandangkan sebelum ini dia juga sering dinasihati supaya menggayakan pakaian yang lebih feminin dan sopan sebagai seorang wanita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.