Bahang Musim Akhir Money Heist Sudah Terasa, Peminat Puji Nyanyian Bella Ciao Versi Yuna

Share

Drama bersiri popular Money Heist akan memasuki musim tayangan kelima yang akan disiarkan mulai esok. Drama itu akan ditayangkan dalam dua bahagian dengan bahagian pertama sebanyak lima episode dan bahagian kedua akan diterbitkan pada 3 Disember.

Money Heist merupakan drama bersiri Sepanyol yang ditayangkan kali pertama pada tahun 2017. Ia menceritakan tentang sebuah kes rompakan bank yang dirancang penuh teliti oleh ketuanya, Profesor. Drama bersiri ini juga berjaya memecahkan rekod apabila berjaya meraih tontonan paling tinggi dalam saluran Netflix

.

Apa yang menariknya, penyayi popular Malaysia, Yuna dilihat telah merakamkan lagu Bella Ciao dengan diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia. Cover lagu tersebut telah dimuat naik di laman Instagram Netflix dan mendapat perhatian serta maklum balas positif daripada warganet.

Rata-ratanya menyifatkan lagu tersebut disampaikan dengan baik oleh penyanyi terkenal bertaraf antarabangsa itu.

Yuna dan pemain muzik orkestra itu juga dilihat mengenakan busana berwarna merah, seakan kena dengan tema Money Heist.

Sumber: (1)

IKLAN