Setakat pada hari ini iaitu 21 Mac 2020, Malaysia telah mencatat kan 8 kes kematian yang melibatkan wabak COVID-19. Sudah pastinya berita ini sangat meninggalkan kesan, terutamanya kepada ahli keluarga arwah ataupun si mati.
Bahana ‘Rahsia’ Maklumat Kesihatan, Hospital Terpaksa Ditutup Selepas Pesakitnya Hidap COVID-19
Terbaru satu hopital di Kedah terpaksa ditutup selama dua hari, bermula hari ini selepas mengesahkan kes pertama Covid-19 (koronavirus) di hospital tersebut. Hospital ini akan menutup operasinya untuk dua hari iaitu pada 22 dan 23 Mac ini untuk sesi pembersihan dan sanitasi diseluruh kawasan hospital.
Bahana ‘Rahsia’ Maklumat Kesihatan, Hospital Terpaksa Ditutup Selepas Pesakitnya Hidap COVID-19

Kes ini  melibatkan seorang wanita Malaysia berusia 30 tahun yang tidak memberikan pendedahan sepenuhnya semasa proses pemeriksaan di hospital ini dan dimasukkan ke hospital mengikut proses biasa untuk bersalin pada 18 Mac 2020.

Tunjuk Simptom Selepas Melahirkan Anak

Bagaimanapun, pesakit telah menunjukkan simptom demam selepas melahirkan anaknya pada 18 Mac 2020. Hasil sampel klinikal dan siasatan lanjut telah mengesahkan bahawa wanita itu menetap sekali bersama seorang ahli keluarga yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur dan telah disahkan positif Covid-19.

Bahana ‘Rahsia’ Maklumat Kesihatan, Hospital Terpaksa Ditutup Selepas Pesakitnya Hidap COVID-19

Keputusan sampel juga telah mengesahkan pesakit positif Covid-19 telah diperolehi pada 19 Mac 2020. Rentetan berita itu, Pantai Hospital Laguna Merbok dengan segera telah menutup kesemua bilik rawatan dan wad yang menempatkan wanita itu pada hari yang sama dan menjalankan proses membersihkan kawasan tersebut secara teliti dengan garis panduan kawalan jangkitan ketat.

IKLAN

Ujian Saringan Dilakukan

Ujian saringan pengimbasan Covid-19 segera dilakukan pada semua kakitangan yang pernah berhubungan atau kontak terus dengan pesakit telah dikenal pasti serta diletakkan di bawah kuarantin.

Semua keputusan setakat hari ini adalah negatif. Pantai Hospital Laguna Merbok terus merujuk kes ini dengan segera dan sewajarnya menurut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IKLAN

Bahana ‘Rahsia’ Maklumat Kesihatan, Hospital Terpaksa Ditutup Selepas Pesakitnya Hidap COVID-19

Kini, pesakit itu sedang menerima rawatan selanjutnya di Hospital Sultanah Bahiyah. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Pantai Hospital Laguna Merbok, Puan Tio Bee Chan, bagi menangani penularan wabak dan langkah kawalan tambahan, pihak hospital telah mengambil keputusan untuk menutup premisnya pada 22 dan 23 Mac.

IKLAN

Kesemua perkhidmatan klinikal akan beroperasi semula pada Selasa, 24 Mac 2020. Sejak Januari 2020, Pantai Hospital Laguna Merbok telah melaksanakan langkah-langkah berjaga-jaga terhadap Covid-19, termasuk menghadkan pintu masuk ke hospital dan melakukan pemeriksaan kesihatan untuk kesemua staf dan pelawat yang datang ke hospital.

Di samping itu, pihak hospital telah mengambil inisiatif untuk menyekat pelawat, waktu melawat dan melaksanakan arahan menjarakkan kontak sesama staf. Pihak hospital ini menggesa semua pelawat untuk melakukan ujian saringan Covid-19 untuk membendung penyebaran Covid-19. Ini termasuklah mengamalkan kebersihan diri yang baik dan menyediakan perkongsian lengkap dan tepat semasa proses saringan dilakukan.

So korang penulis nasihatkan tolong la jangan mementingkan diri jika rasa diri mungkin dijangkiti Covid-19. Jangan membahaya nyawa disekeliling korang. 

Sumber : Sinar Harian 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI