Jika sebelum ini, Thailand sudah pun bersedia untuk membuka ‘pintu rumah’ mereka kepada lebih ramai pelawat asing terutamanya Malaysia dalam usaha untuk merangsang sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Terbaru satu lagi negara jiran kita memberi ‘green light‘ untuk membuka sempadan iaitu Singapura.
Foto: FMT
Menariknya lagi, kerajaan bersetuju memberi pengecualian bayaran tol di plaza-plaza tol di pintu masuk Malaysia-Singapura selama tujuh hari bermula 1 April ini. Wow!
Semua jenis kenderaan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri berkata pengecualian bayaran tol tersebut melibatkan semua jenis kenderaan yang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua).
Ads
“Ia adalah selaras dengan pendekatan untuk memudahcara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura. Pengecualian ini adalah untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ dan ‘Smart Tag’.
“Pemberian pengecualian bayaran tol ini melibatkan perjalanan masuk dan keluar menerusi kedua-dua plaza tol yang terlibat sepanjang tempoh tersebut.
Ads
“Keputusan ini turut mengambil kira penutupan sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu dan bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol tersebut dengan pembukaan sempadan laluan darat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, pengecualian itu adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.
Apalagi, boleh la buka puasa di Singapura nanti…Apa-apa pun jangan lupa untuk menjaga SOP ya kerana virus COVID-19 masih berada disekeliling kita. Stay safe guys!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Covid-19 yang diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) nyata masih belum menunjukkan akan reda buat masa ini.
Jika kes postif Covid-19 di Malaysia dilaporkan semakin meningkat iaitu kepada 790 kes dengan dua kematian diumumkan tetapi di Indonesia kes yang dicatat adalah 227 kes tetapi kadar kematiannya sangat tinggi.
Menurut jurucakap pemerintah bagi kes Covid-19 Indonesia, Achmaf Yurianto angka pertambahan pesakit dilihat mula meningkat.
Jumlah yang meninggal akibat virus corona ini adalah 19 orang,” katanya seperti dilaporkan Tempo.Co.
Jumlah kematian paling tinggi datang dari Jakarta dengan 12 orang, diikuti Bali 1 orang, Banten (1), Jawa Barat (1), Jawa Tengah (2), Jawa Timur (1) dan Sumatera Utara 1 orang.
Jujurnya inilah kita bimbangkan bila perhimpunan tabligh seasia diadakan di Indonesia pula kerana sudah terbukti gelombang kedua di Malaysia berpunca dari pertemuan di Masjid Seri Petaling sebelum ini. Namun lega kerana sudah dibatalkan. Buat masa ini mereka akan dikuarantin.
Sumber : Tempo.Co
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salam takziah kami sampaikan kepada seluruh keluarga Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di atas pemergian ibunda tercinta, pada hari yang mulia ini.
Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang tadi di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur. Pada usia 87 tahun, Allahyarhamah juga merupakan balu kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
Perkhabaran tersebut baru saja diberitahu oleh Datuk Seri Najib sendiri menerusi akaun Twitter rasmi beliau. Ia berbunyi;
Selain daripada Datuk Seri Najib, Allahyarhamah meninggalkan empat lagi orang anak.
Mereka ialah Datuk Ahmad Johari Razak (bekas Pengarah Eksekutif Ancon BHD), Datuk Mohamed Nizam Razak, Datuk Mohamed Nazim Abdul Razak (arkitek dan ahli perniagaan) dan Datuk Seri Mohamed Nazir Razak yang juga merupakan bekas Pengerusi CiMB Group Malaysia.
Setelah Allahyarhamah mengahwini Tun Abdul Razak, kakak beliau iaitu Suhaila pula berkahwin dengan Perdana Menteri ketiga negara, Tun Hussein Onn dan itulah bagaimana Datuk Seri Najib dan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein boleh menjadi sepupu.
Terdahulu semalam, tinjauan REMAJA pada perkongsian Datuk Seri Najib di Facebook pula mendapati beliau merafak sembah dan menjunjung kasih di atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas kunjungan diraja ke wad di hospital tersebut.
Patik merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI dan DYMM Paduka Seri Sultan Perak atas perkenan Tuanku-Tuanku mencemar duli berangkat menziarahi bonda patik Tun Rahah yang berada di hospital untuk rawatan. pic.twitter.com/idB2VKRj7f
Baru keluar tentera, Jin BTS wakili Korea Selatan bawa Obor Sukan Olimpik Paris 2024.
Acara ini menjadi sangat istimewa kerana bersempena dengan Hari Bastille, hari cuti besar di Perancis. Jin akan mewakili Korea Selatan sebagai pembawa obor dalam acara larian berganti-ganti di Paris, dari Jalan Rivoli ke Carrousel Square di Muzium Louvre.
Kehadirannya mendapat sambutan hangat daripada peminat yang telah berkumpul di lokasi dengan sepanduk dan sorakan semangat.
Rasa terhormat dan bangga
Dalam wawancaranya dengan KBS News, Jin berkata,
“Saya amat berbangga untuk terlibat dalam larian obor pada hari ini. Saya berterima kasih kepada ARMY dan kepada semua peminat yang menyokong saya hinggakan saya mampu mengangkat obor pada hari ini.”
Melalui agensinya, Big Hit Music, Jin juga menyampaikan harapannya agar atlet Korea Selatan mencapai kejayaan dalam Olimpik dan Paralimpik Paris ke-17 yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti.
Untuk pengetahuan, acara obor Olimpik ini akan melalui lebih 400 lokasi di Perancis, meliputi perjalanan kira-kira 12,000km. Tambahan, terdapat 11,000 pembawa obor yang akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti ini termasuklah Jin, Didier Drogba, Tony Parker dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!