Setiap individu lahir dengan bakat yang tersendiri. Ia bagai mengalir dalam darah. Setengahnya tahu kelebihan diri sendiri, setengahnya pula perlu diasah untuk mengilapnya.
Bakat adalah kekuatan dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Bakat terpendam biasanya boleh dilihat melalui zodiac kelahiran. Korang boleh mempercayainya, boleh juga menafikan tentang zodiak ini. Boleh juga jadikan artikel ini sekadar info sendiri. Apa pun
Berikut merupakan bakat terpendam melalui zodiak seperti dipetik dari laman web Boldsky.
Aries – Optimis 21 Mac – 20 April Sebagai orang yang sangat optimis, anda akan berusaha mencari cahaya biar sesukar mana pun keadaan ketika itu. Mereka yang lahir berbintang Aries, memiliki keyakinan diri yang tinggi. Anda juga sentiasa melihat sisi positif dalam setiap keadaan. Tidak hairanlah anda dilihat sebagai seorang yang mampu memberikan keyakinan kepada orang yang dalam kesusahan.
Taurus – Kekuatan 21 April – 20 Mei
Apa saja cabaran, anda akan mendapat kekuatan dalam menghadapi kesukaran tersebut. Anda dilahirkan dengan kuasa yang agak unik. Walau pun terdapat rintangan dan cabaran, anda akan sentiasa mencari jalan untuk menakluki semua situasi.
Gemini – Komunikasi 21 Mei – 20 Jun
Jangan tersilap fikir. Komunikasi adalah bakat yang sangat penting dan bukan semua orang boleh melakukannya terutama memberi ucapan di hadapan orang lain. Untuk bintang Gemini, tahniah, anda mempunyai kemahiran komunikasi dengan semua orang.Dengan cara ini, anda mampu menjadi pengantara dan bertindak sebagai orang tengah dalam kumpulan. Di samping itu, orang Gemini juga cenderung aktif dalam pelbagai acara sosial.
Ads
Cancer – Setia 21 Jun – 20 Julai
Adakalanya anda akan mempersoalkan kesetiaan orang lain. Walau bagaimana pun tiada siapa yang akan bertanya kepada anda perkara yang sama. Bagi bintang Cancer, kesetiaan adalah sesuatu yang sangat penting untuk dipegang. Dan anda akan memberikannya kepada orang yang anda sayangi.
Leo –Capaian 21 Julai – 21 Ogos
Anda mempunyai bakat untuk mencapai apa saja ada fikirkan. Anda cenderung untuk menilai bahawa meraikan pencapaian itu sangat penting. Anda mempunyai bakat untuk mencapai apa sahaja yang ada di kepala anda. Anda cenderung untuk menilai bahawa meraikan pencapaian sangat penting. Bukan sahaja dapat mencapai sasaran tertentu, pada masa yang sama, anda juga dapat melihat nilai yang berikut.
Virgo – Fleksibel 22 Ogos – 22 September
Orang-orang Virgo biasanya dianugerahkan kemampuan untuk bertindak secara fleksibel dalam segala situasi kehidupan. Pada akhirnya anda mampu menemukan kebahagiaan di hujungnya.
Libra – Adil 23 September – 23 Oktober
Dalam satu-satu situasi, anda mampu memutuskan sesuatu perkara dengan sikap yang adil. Untuk itu, anda biasanya mendengar dan mengumpul semua fakta-fakta dan menganalisisnya sebelum di akhirnya membuat satu keputusan akhir dengan seadilnya. Orang lain melihat anda sebagai seorang yang dilahirkan sebagai pemimpin.
Ads
Scorpio – Sabar 24 Oktober – 22 November
Anda adalah seorang yang memiliki tahap kesabaran paling tinggi dalam hidup. Kalau menjalin hubungan dengan orang lain, ikatan itu akan tercipta penuh mendalam. Tak perlu khuatir, kesabaran akan menuntut anda dalam menjalani kehidupan ini.
Sagitarius – Mampu Menilai 23 November – 20 Disember
Anda punya kemampuan untuk menilai segala hal di sekitarkerana nilai adalah sesuatu yang hal sangat penting. Bintang Sagiturius juga cenderung mampu melihat nilai lebih dari satu benda atau hal. Apa lagi jika sesuatu itu amat bermakna bagi anda. Hal itu dapat mencipta satu ikatan yang kuat antara anda dan orang-orang terdekat.
Ads
Capricorn – Sukses 21 Disember – 19 Januari
Orang Capricorn biasanya punya keyakinan untuk selalu berjaya dalam hal apa pun yang dilakukannya. Tak hairanlah, anda mencapai tahap sukses dengan jayanya. Orang lain biasanya akan meminta tips-tips dari anda bagaimana mencapai sukses itu.
Aquarius – Ekspresi Diri 20 Januari – 18 Februari
Sebagai seorang berbintang Aquarius, anda dianugerahkan untuk mengekspresikan diri dengan cara yang unik. Ya, anda perlu memahami bahawa anda adalah orang yang sangat unik. Kerana keunikan ini, anda juga sering menjadi tumpuan orang ramai. Orang-orang akan melihat anda sebagai seorang yang agak unik.
Pisces – Suka Bermimpi 19 Februari – 20 Mac
Orang Pisces selalu memasang memandang sesuatu dengan cara yang tinggi. Korang selalu punya harapan dan mimpi-mimpi yang ingin anda capai.
Ya, itulah bakat terpendam masing-masing. Korang adalah pemimpi yang mahu mencapai impian itu dan korang juga tahu apa tujuan hidup bila bersama si dia. Pasangan ini biasanya mampu menjadi inspirasi kita untuk berjaya dalam apa juga bidang kita ceburi. Janganlah pula nanti kata tak faham pasangan pula sebab kita pun tak kenal sikapnya yang bagaimana. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal lebih kurang 6 hari saja lagi sebelum umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pastinya segala persediaan telah dilakukan serba sedikit. Namun, ada di kalangan remaja luar sana yang masih belum lakukan perancangan untuk balik ke kampung! Haih, busy sangat exam ke korang?
Jika korang sanggup meredah jalan raya pada malam Raya nanti, okay it is your call. Tapi kalau korang inginkan tiket penerbangan, AirAsia ada berita baik untuk semua.
Mereka telah mengumumkan tawaran penerbangan lewat malam istimewa sempena balk kampung bagi memenuhi tuntutan ramai penumpang.
Selalunya tambang akan naik mencekik darah bila sudah last minute seperti ini. Tetapi AirAsia melalui kenyataan CEO AirAsia, Riad Asmat berkata mereka ingin pastikan semua orang boleh raikan Aidilfitri bersama yang tersayang.
Tambang tetap rendah ini bermula dari RM99 untuk laluan terpilih dalam Semenanjung Malaysia dan dari RM149 dari Kuala Lumpur ke Kuching. Selain itu, AirAsia juga akan menambah kekerapan penerbangan sebanyak 43 penerbangan ekstra dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching. Lovenya!
Jadual penerbangan dalam Semenanjung.
Jadual penerbangan dari Kuala Lumpur – Kuching.
Tawaran ini valid bermula 12 hingga 19 Jun 2018 sahaja. Terima kasih REMAJA ucapkan kepada AirAsia dan Malaysia Airports Holding Berhad kerana memahami keperluan netizen sempena musim perayaan ini.
Bagi korang yang akan menaiki flight balik kampung, pastikan korang tiba di lapangan terbang lebih awal okay bagi mengelakkan kesesakan. Gunakan servis check in melalui laman web dan aplikasi sehingga 1 jam sebelum waktu berlepas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang dan penyanyi terkenal, Rosé BLACKPINK baru-baru ini dilaporkan telah menarik diri dan memfailkan penamatan kontrak dari Persatuan Hak Cipta Muzik Korea (KOMCA) pada bulan lalu.
Menurut satu laporan media Korea Selatan, Rosé atau nama sebenarnya Roseanne Park (28) telah memohon penamatan perjanjian kontrak bersama KOMCA pada Oktober tahun lalu dan ia rasmi ditamatkan selepas tiga bulan kemudian.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Drinks or Coffee’ dan ‘Toxic Till the End’ itu menjadi penyanyi Korea pertama yang meninggalkan persatuan KOMCA selepas penyanyi Seo Taiji mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui keahlian pada tahun 2002.
Selain itu, semua hak cipta yang berkaitan dengan muzik Rosé juga akan diuruskan oleh label di Amerika iaitu Atlantic Records menerusi kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan artis antarabangsa.
Atlantic Records turut akan mengurus hak cipta karya Rosé di peringkat antarabangsa melalui organisasi seperti American Society of Composers, Authors and Publishers (ASCAP) dan Broadcast Music Inc (BMI).
Sementara itu, salah satu pihak dalam industri juga menjelaskan bahawa langkah yang diambil oleh Rosé juga adalah wajar kerana beliau tidak mempunyai sebab untuk menguruskan hak ciptanya secara berasingan di Korea Selatan dan di Amerika Syarikat.
Malah, jika hal itu terjadi, Rosé terpaksa membayar dua kali ganda bayaran keahlian kepada dua organisasi tersebut.
Sehubungan itu, semua hak cipta Rosé juga akan diuruskan oleh penerbit AS Dream APT Publishing. Sebelum ini, Rosé juga menandatangani kontrak di bawah Warner Chappell Music, bermakna beliau kini merupakan salah seorang penulis lagu rasmi di bawah syarikat penerbitan muzik utama dan semua kredit penulisan lagunya kini diuruskan di bawah Warner Chappell.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan keadaan semasa di mana dunia masih ‘terperangkap’ dalam pandemik wabak Covid-19 dan acara sukan sukar dilaksanakan dalam skala besar seperti kebiasaan, pemandu remaja Adam Khalid tampil membanggakan Malaysia apabila menjuarai kategori MSF Ultimate pada perlumbaan Merdeka Race 2020.
Adam yang memandu jentera SEAT Leon Cupra (mirip jentera Golf GTI tetapi mempunyai spesifikasi Eropah) jelas selesa dengan jentera tersebut walaupun ia merupakan kali pertama dia memandunya.
Satu pencapaian yang REMAJA rasakan membanggakan apabila dia mampu mencapai kejuaraan dengan jentera yang mempunyai hanya 400 kuasa kuda berbanding jentera lain yang mencecah 600 hingga 700 kuasa kuda.
“Saya bermula dengan perlumbaan Formula BMW pada awal karier saya, sebelum saya beralih ke Formula 4 dan Formula 3. Sekitar 2016, saya memutuskan untuk beralih ke perlumbaan jentera Teen Top (seperti perlumbaan GT car ataupun TCR car) kerana bagi saya, ia lebih praktikal untuk jangka masa panjang.
“Dari situ, saya menyertai perlumbaan lokal seperti Malaysia Championship Series. Selepas setahun, saya menjadi di antara perlumba bertuah yang terpilih untuk melakukan shoot out (perlumbaan ujian dan kursus intensif) oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mewakili negara dan mengibarkan Jalur Gemilang,” kata pemandu berusia 22 tahun itu.
Kata Adam, tahun 2020 sepatutnya dipenuhi dengan jadual perlumbaan yang sibuk. Namun dia akur dengan keadaan pandemik di seluruh dunia yang tidak boleh dielakkan.
“Sepanjang tempoh PKP, saya telah mengisi masa berlatih dengan jurulatih kami, Roman dan SIC. Bukan saja latihan memandu dan kecergasan, tetapi juga latihan komunikasi agar saya bersedia untuk bertemu dengan media, sebagai contoh,” tambahnya lagi.
Walaupun perlumbaan Merdeka Race 2020 yang berlangsung baru-baru ini diadakan secara tertutup tanpa penonton, Adam tidak sesekali menganggap ia kurang penting berbanding perlumbaan lain. Ini memandangkan ia adalah perlumbaan pertama yang disertainya selepas Malaysia menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Saya lakukan sebaik mungkin dan saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan perlumbaan tersebut dijalankan,” katanya yang menyambut kejayaan itu dengan pemandu, Gilbert Tang bagi pasukan SIC Viper Niza.
Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba remaja ini!
KLIK video di bawah untuk mendengar tip oleh Adam Khalid bagi korang yang mempunyai impian untuk memulakan karier dalam sukan pemotoran. Macam mana eh..?