Bintang dan penyanyi terkenal, Rosé BLACKPINK baru-baru ini dilaporkan telah menarik diri dan memfailkan penamatan kontrak dari Persatuan Hak Cipta Muzik Korea (KOMCA) pada bulan lalu.

Menurut satu laporan media Korea Selatan, Rosé atau nama sebenarnya Roseanne Park (28) telah memohon penamatan perjanjian kontrak bersama KOMCA pada Oktober tahun lalu dan ia rasmi ditamatkan selepas tiga bulan kemudian.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Drinks or Coffee’ dan ‘Toxic Till the End’ itu menjadi penyanyi Korea pertama yang meninggalkan persatuan KOMCA selepas penyanyi Seo Taiji mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui keahlian pada tahun 2002.

Rosé BLACKPINK Rasmi Tarik Diri Dari KOMCA, Hak Cipta Lagu Kini Diuruskan Oleh Penerbit Amerika

Ads

Selain itu, semua hak cipta yang berkaitan dengan muzik Rosé juga akan diuruskan oleh label di Amerika iaitu Atlantic Records menerusi kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan artis antarabangsa.

Atlantic Records turut akan mengurus hak cipta karya Rosé di peringkat antarabangsa melalui organisasi seperti American Society of Composers, Authors and Publishers (ASCAP) dan Broadcast Music Inc (BMI).

Ads

Rosé BLACKPINK Rasmi Tarik Diri Dari KOMCA, Hak Cipta Lagu Kini Diuruskan Oleh Penerbit Amerika Rosé BLACKPINK Rasmi Tarik Diri Dari KOMCA, Hak Cipta Lagu Kini Diuruskan Oleh Penerbit AmerikaSementara itu, salah satu pihak dalam industri juga menjelaskan bahawa langkah yang diambil oleh Rosé juga adalah wajar kerana beliau tidak mempunyai sebab untuk menguruskan hak ciptanya secara berasingan di Korea Selatan dan di Amerika Syarikat.

Ads

Malah, jika hal itu terjadi, Rosé terpaksa membayar dua kali ganda bayaran keahlian kepada dua organisasi tersebut.

Sehubungan itu, semua hak cipta Rosé juga akan diuruskan oleh penerbit AS Dream APT Publishing. Sebelum ini, Rosé juga menandatangani kontrak di bawah Warner Chappell Music, bermakna beliau kini merupakan salah seorang penulis lagu rasmi di bawah syarikat penerbitan muzik utama dan semua kredit penulisan lagunya kini diuruskan di bawah Warner Chappell.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI