Al-Fatihah untuk arwah Amin Faiz Nohani, pelajar dari Universiti Putra Malaysia yang maut selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya semalam di Kilometer 224 Lebuhraya Plus arah ke Kuala Lumpur susur Pedas Linggi ketika dalam perjalanan dari Kluang, Johor ke kampus bagi menyiapkan tugasan tahun akhir.
Apa yang menyayat hati, arwah sempat memuat turun di ig storinya beberaja jam sebelum kemalangan bahawa dirinya sudah dua kali berhenti dan tertidur di tepi lebuhraya akibat terlalu mengantuk (microsleep).
Di sebalik rakan dan pensyarah menyifatkan anak muda ini seorang yang baik, meghormati rakan, berbakat menyanyi dan lain lagi, tentu sebahagian dari kita ingin tahu apa dimaksudkan dengan microsleep dan apa langkah mudah mengatasi microsleep ini.
REMAJA kongsikan petikan artikel ditulis oleh Asyikin Md Isa dalam page Hello Doktor mengenai microsleep.
Pernah tak anda mengalami situasi; anda sedang memandu dan anda hilang tumpuan, atau mungkin anda terlelap. Apabila tersedar, kenderaan anda rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin anda dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah? Jika anda pernah mengalaminya, keadaan itu dipanggil microsleep.
Apa itu ‘microsleep’?
Ads
Ia merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat. Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.
Kebiasaannya individu yang mengalaminya tidak menyedari bahawa mereka telah tertidur. Masalah microsleep ini mendatangkan bahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.
Simptom
Gejala microsleep agak sukar untuk dikenal pasti kerana anda mungkin sudah tertidur untuk menyedarinya. Namun antara simptomnya adalah seperti:
Lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.
Pandangan kosong, fikiran menerawang jauh.
Terjatuh sesuatu yang dipegang.
Kepala terlentuk.
Mata lambat berkedip.
Terkejut atau tersentak secara tiba-tiba (body jerk).
Sukar untuk mengingati apa yang berlaku 1 atau 2 minit lepas.
Masalah ini juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.
Ads
Tanda amaran
Terdapat beberapa perkara yang anda lakukan ketika anda bakal menghadapi masalah microsleep adalah:
Tidak mampu atau terlalu sukar untuk memastikan mata sentiasa terbuka.
Menguap berlebihan atau kerap.
Tersentak secara tiba-tiba.
Mata berkelip lebih kerap dari biasa.
Tanda amaran ketika memandu:
Memandu keluar dari laluan atau lorong tanpa anda sedari dan secara berbahaya.
Berulang kali menguap.
Terlepas jalan keluar.
Kelopak mata memberat.
Apakah puncanya?
Ads
Microsleep biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk anda, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya. Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama. Apabila kita dalam keadaan mengantuk, sebahagian otak kita sebenarnya mula tertidur walaupun secara fizikalnya kita masih terjaga namun hakikatnya otak kita tidak berfungsi sepenuhnya.
Langkah pencegahan
Cara yang paling berkesan untuk mencegah microsleep adalah dengan memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.
Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur, seperti:
Elakkan pengambilan kafein dan alkohol terutama jika anda sudah letih.
Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio.
Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan.
Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.
Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, berikan diri anda masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.
Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri anda berasa lebih mengantuk dan lesu. Sumber : Hello Doktor
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Sekaligus, perlantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Bertempat di Istana Balai Besar Kota Bharu, Kelantan; pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmah Yakob. Dalam perucapannya, ia memberitahu bahawa pengisytiharan dibuat mengikut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
”Pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ini turut dinamakan di dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Her Highness Sultanah of Kelantan’ dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan sebagai ‘Her Highness Che Puan Mahkota of Kelantan’.
”Baginda turut mengampuni perkenan untuk mengurniakan pangkat kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan ke hadapan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Lousie Johansson Petra iaitu isteri Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan; Tengku Muhammad Fa-iz Petra,” umumnya.
Dengan ini, Che Puan Sofie Lousie akan menggunakan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penularan wabak koronavirus (Covid-19) membuatkan sebahagian penduduk dunia berada dalam keadaan panik sehingga mencetuskan pelbagai ‘malapetaka’ kerana masing-masing cuba menyelamatkan diri daripada jangkitan
Terbaru, menerusi data hasil kajian daripada pasukan saintis perubatan Universiti Perubatan Nanjing yang dikenali oleh Dr Jianging Wing, Ketua Bahagian Urologi di Hospital Suzhou, mendapati Coronavirus ini menjadi ancaman terbesar kepada pesakit lelaki.
Ia akan menjejaskan tahap kesuburan mereka kerana mendapati bahawa coronavirus COVID-19 biasanya menyerang ACE2 ( Angiotensin Converting Enzyme 2) dalam tisu manusia.
ACE2 (Angiotensin Converting Enzyme 2) paling banyak dijumpai pada jaringan buah pinggang dan testis, terutamanya sel tubular buah pinggang, sel-sel dan sel-sel Leydig dalam saluran-saluran seminiferous dalam buah zakar. Kerosakan yang dilakukan kepada tisu-tisu ini boleh meninggalkan luka, dan akibatnya menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki.
Kajian itu telah dijalankan berdasarkan data yang mereka perolehi daripada 146 pesakit lelaki, namun ia akan dikaji semula dan boleh diakses secara dalam talian di medRxiv.
Ahli-ahli pasukan juga telah menasihati pakar perubatan dan doktor untuk memantau secara dekat fungsi buah pinggang pesakit lelaki mereka untuk memastikan mereka dapat mengesan apa-apa kelaianan semasa rawatan.
Jadi marilah kita menjaga kesihatan diri masing-masing dan terhindar dari penyakit bahaya ini.
Hampir enam bulan berlalu, sejak kali pertama wabak Corona virus heboh diperkatakan di Wuhan, China kini sudah lebih empat juta rakyat di seluruh dunia dijangkiti wabak ini. Amerika Syarikat masih menduduki carta teratas dengan lebih dari sejuta rakyatnya dijangkiti.
Ekoran pandemic yang mencetuskan ketakutan dan kebimbangan malah dikatakan virus ini tidak akan hilang selama-lamanya, gabungan 62 buah negara terus mendesak China untuk berkata benar bagaimana virus ini boleh tersebar dan meminta agar satu penyelidikan bebas dilakukan.
Desakan dilakukan semalam di Majlis Kesihatan Sedunia (WHA) yang diadakan di Geneve, Switzerland . Bermula dari kebangkitan suara dari Australia, pendirian negara itu bagaimana dikecam oleh China dan menyifatkan ia sebagai dendam politik malah China berkata, mereka akan memboikot Australia jika permintaan itu diteruskan.
Namun “suara” itu ternyata telah berkembang dan disambut oleh negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Turki, Russia, Afrika Selatan dan Britain termasuklah Indonesia selain negara-negara Eropah.
Antara desakan yang disuarakan dalam gabungan 62 negara ini ialah penilaian yang tidak berat sebelah, bebas dan menyeluruh" dari "WHO dalam menyelaraskan tindak balas kesihatan antarabangsa terhadap Covid-19".
“Ada dokongan positif mengenai usaha ini dalam membantu dunia mempelajari untuk kesihatan global kata Menteri Luar Australia,Marise Payne seperti dilaporkan ABC.
"Ada dukungan positif untuk peninjauan independen terhadap pandemi untuk membantu dunia mempelajari pelajaran yang diperlukan untuk kesehatan global," kata Menteri Luar Negeri Australia Marise Payne seperti dikutip ABC.
Katanya lagi, Australia dan sejumlah negara Eropah yang bersama-sama mahukan satu penyelidikan yang bebas dan tidak memihak kepada mana-mana selain bersifat komprehensif,”katanya lagi.
Dalam pada itu, negara besar China ternyata tidak senang dan marah-marah dengan tindakan gabungan 62 buah negara ini. Menurut Kementerian Luar Negara China, terlalu awal untuk melakukan penyelidikan tentang asal usul dan bagaimana penyebaran virus corona ini yang telah menewaskan lebih 300,000 di seluruh dunia.
Mengutip dari Reuters, jurucakap Kementerian Luar Negara China, Zhao Lijian menyatakan kepada para wartawan dalam sidang akhbar di Beijing, sebahagian besar negara di dunia percaya bahawa pendemik virus corona belum berakhir.
Ya, sudah banyak negara yang bertanya, adakah penyebaran virus ini sebahagian dari konspirasi mengurangkan penduduk dunia atau ada teori lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik...