Jujurnya, dah lama sebenarnya kita menantikan pengakhiran bahagia untuk pasangan penyanyi, Syameel dan Ernie Zakri.
Iyalah, sejak duet mereka berdua menerusi Aku Cinta, ramai yang mengharapkan bahawa dua penyanyi berbakat ini akan membawa hubungan mereka dari sekadar rakan duet kepada pasangan sebenar, in real life!
Amboi amboi.. nampaknya harapan dan doa kalian bertukar realiti semalam apabila Symaeel dan Ernie dijodohkan menerusi majlis pertunangan tertutup.
Alhamdulillah gaiss! Kami sangat gembira apabila melihat mereka berdua telah ke fasa seterusnya.
Satu lagi perkara yang mencuri tumpuan ramai adalah pakaian yang digayakan oleh Ernie Zakri. Potongan kurung moden yang dipadankan dengan skrit selisih hadapan itu sememangnya cukup cantik digayakan oleh Ernie.
Penulis bertanyakan kepada pereka fesyen di sebalik pembikinan persalinan tersebut.
Kata wakil duo itu iaitu Zeed Jamel, persediaan bermula hanya 4 minggu sebelum majlis semalam.
Ads
“Sebenarnya kami pun diberitahu lambat dan perancangan ini berlangsung kurang dari sebulan. Mulanya, kami duduk dahulu dengan Ernie seperti biasa untuk berbincang mengenai rekaan dan konsep.
“Jujurnya, agak stres juga memandangkan kita masih dalam musim wabak Covid-19 dan ia menyukarkan kerja pemilihan material. Seperti biasa, fasa perincian dan sulaman pada baju mengambil masa yang paling lama. 2 minggu pasukan AMAZE gigihkan diri untuk ‘tambour beadwork saja.
“Manakala, proses fitting berlangsung hanya beberapa hari sebelum majlis semalam,” jelas Zeed yang turut mewakili Amar Madfie.
Ads
Konsep Tradisional Moden Jadi Pilihan Ernie
Ramai yang tampil memuji potingan kurung moden berwarna kelabu tersebut kerana ia klasik namun longgar pada masa yang sama. Bagi AMAZE, keselesaan perlu diutamakan untuk acara pertunangan kerana klien mereka akan duduk lama semasa acara tersebut.
“Warna kelabu Pantone Raindrops dipilih oleh Ernie sendiri. Kurung moden ini bersulam tebuk renda penuh perincian, dengan potongan high collar bagi menutupi leher.
“Kami padankannya dengan skirt yang turut disulam dan diperincikan. Ramai yang menyukai material shantung silk ini kerana ia nampak eksklusif – sesuailah untuk konsep moden tradisional.
“Bagi finishing touch pula, kami memilih selendang chiffon sebagai kerudung. Ia disulam dan dilisu pada sebelah bahagian saja manakala sebelah lagi dibiarkan meleret,” tambahnya lagi.
Haa, ini baru untuk majlis pertunangan tau. Dah detail seperti ini. Tak sabar pula penulis untuk menunggu rekaan baju Ernie Zakri untuk majlis akad nikah dan resepsi akan datang. Eh cepat betul kita dah berangan untuk mereka!
Apapun, REMAJA tertanya-tanya juga sekiranya AMAZE akan sekali lagi menjadi pilihan Ernie untuk majlis yang akan datang.
“Kami ada berbincang, tetapi masih dalam fasa permulaan. Kami hanya menunggu kata putus daripada Ernie. Sekiranya AMAZA jadi pilihan empunya badan, barulah kami akan teruskan dengan perancangan tersebut.”
“Ayden juga dibuli di sekolah secara emosi dan fizikal, tapi kita dah selesaikan isu tersebut dengan berjumpa keluarga, pihak sekolah dan pelaku sendiri.
“Paling sedih bila ada yang menjerit dan panggil di sekolah agama sebagai anak yatim,” katanya.
Bella dalam masa sama berharap kejadian sebegitu tidak lagi berulang serta mendoakan agar anak lelakinya itu kuat berdepan cabaran hidup.
“Saya ada pergi sekolah juga minta tolong ustazah. Insya-Allah semoga ada perubahan yang baik.
“Bukan sahaja jumpa keluarga, tapi pelaku itu sendiri saya jumpa terus cakap dengan dia, sebab yang buli dia adalah perempuan.
“Jadi saya cakap dengan Ayden dia kena kuat sikit selepas ini,” tambahnya.
Sekadar info, Ayden merupakan anak hasil perkahwinan Bella dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Ara Adreanna.
Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila Bella dan Aliff sah bercerai pada 13 Jun 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berdiam diri apabila beribu-ribu rakyat Palestin diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti Hollywood dek kerana enggan kehilangan tawaran kerja dan peminat.
Namun antara bintang Hollywood yang mengejutkan orang ramai dengan keputusannya untuk membuka mulut menyokong Palestin adalah Kehlani.
Penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat itu jelas menunjukkan solidaritinya dengan mereka yang menjadi sasaran serangan kejam tentera Israel menerusi Instagram Story beliau baru-baru ini.
“Apa masalah kamu semua (rakan artis) ? Kalian sanggup berdiam diri demi wang dan perniagaan seperti itu sama dengan apa yang sedang berlaku. Terlalu banyak kekejaman yang dipamerkan oleh pihak sana. Ia menyayat hati dan menjijikkan.”
Pada masa ini, gencatan senjata nampaknya tidak berkemungkinan akan terjadi dek kerana tentera Israel masih giat meningkatkan serangannya ke arah utara Semenanjung Gaza, yang menempatkan kira-kira 2 juta rakyat.
Sehingga pagi Ahad, angka kematian melepasi 2,300, dan jumlah mereka yang cedera terus meningkat sehingga ribuan.
Penyanyi It Was Good Until It Wasn’t juga mengeluarkan kenyataan kepada rakan artis yang berlindung di sebalik media sosial.
“Adakah kamu semua mendengar diri sendiri? Pernahkah anda melihat diri anda di cermin dan mempersoalkan adakah diri saya seorang manusia yang baik?’” komennya.
Pada perhimpunan pro-Palestin yang diadakan di Downtown Los Angeles pada Sabtu lepas, penyanyi tersebut turut hadir untuk menunjukkan sokongan dan sempat memberi pendapatnya tentang isu berkenaan kepada pihak media.
“Saya rasa isu ini sudah cukup hitam dan putih, dan anda mempunyai pilihan untuk melihatnya atau tidak… Saya mahu semua pengikut dan rakan artis saya untuk berada di pihak yang benar.
“Saya mahu mereka membuat keputusan yang lebih besar daripada diri mereka sendiri. Saya mahu mereka membuat keputusan yang tidak mementingkan diri sendiri.
“Dan saya hanya berharap mereka memilih untuk melakukan perkara yang betul. Kita akan terus pertahankan isu ini kerana sudah jelas lagi nyata bukanlah sesuatu yang rumit untuk difahami.” jelasnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Write for Wion
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaharu, pelakon tinggi lampai, Arja Lee, menzahirkan kesyukuran apabila berjaya menjadi salah seorang penerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pendidikan Persembahan pada Majlis Konvokesyen Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, pelakon naskhah Bahagia Bukan Bidaan itu mendedahkan perasaannya yang tidak dapat terungkap dan bercampur baur pada majlis tersebut.
Bagaimanapun, segala perasaan gementar dan gemuruh yang dirasainya sebelum itu terus ‘lenyap’ di saat mendengar jeritan penuh kasih sayang dari keluarga tercinta yang hadir bagi meraikan kejayaannya.
“Debarnya sungguh berbeza kali ini! Tak dapat saya gambarkan perasaan dan apa yang bermain di fikiran saya pada waktu ini… teramat berbeza!
“Tatkala nama saya disebut sehinggalah terdengar jeritan penuh kasih sayang dari keluarga tercinta di depan mata menjadi penawar dikala gugup setelah menerima ijazah di atas pentas. Ya, aku kini bergelar graduan Ijazah Sarjana,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut sama menumpang gembira selain mengucapkan kata tahniah buat Arja atas kejayaannya itu.
Dalam perkongsian lain, pelakon itu juga berkesempatan menitipkan penghargaan buat sahabat handai dan orang sekeliling yang tidak pernah lekang mendoakan sepanjang pengajiannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.