
Selepas hampir tiga tahun memegang portfolio sebagai Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek akhirnya menunaikan janjinya kepada rakyat, mengembalikan semula kalendar persekolahan ke bulan Januari!
Fadhlina berkata, langkah ini bukan keputusan tiba-tiba, sebaliknya hasil perancangan teliti dan mendengar suara ramai yang mahu sesi persekolahan kembali seperti dahulu.
“Kami mendengar permintaan ini dan sedaya upaya menyusun semua jadual serta ingin melakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Menurut beliau, keputusan ini juga dibuat dengan penuh berhati-hati supaya tidak menjejaskan sebarang urusan pengoperasian institusi pendidikan, termasuk peraturan penggal, hari persekolahan, cuti dan peperiksaan.
“Segala perancangan dilaksanakan dengan teliti sehinggalah Kalendar Akademik Tahun 2026 diumumkan secara rasmi.
“Kepada semua warga Kementerian Pendidikan (KPM) dan anak murid kami, selamat memulakan persekolahan di bulan Januari 2026!” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.