Selepas hampir tiga tahun memegang portfolio sebagai Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek akhirnya menunaikan janjinya kepada rakyat, mengembalikan semula kalendar persekolahan ke bulan Januari!
Fadhlina berkata, langkah ini bukan keputusan tiba-tiba, sebaliknya hasil perancangan teliti dan mendengar suara ramai yang mahu sesi persekolahan kembali seperti dahulu.
“Antara perkara awal yang saya janjikan sewaktu mula-mula menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan hampir tiga tahun lalu adalah untuk mengembalikan kalendar persekolahan kepada bulan Januari.
“Sewaktu ditanyakan di Parlimen Malaysia, saya sudahpun berikan bayangan bahawa sesi persekolahan akan dikembalikan ke Januari 2026, paling awal.
Ads
“Kami mendengar permintaan ini dan sedaya upaya menyusun semua jadual serta ingin melakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Menurut beliau, keputusan ini juga dibuat dengan penuh berhati-hati supaya tidak menjejaskan sebarang urusan pengoperasian institusi pendidikan, termasuk peraturan penggal, hari persekolahan, cuti dan peperiksaan.
Ads
“Segala perancangan dilaksanakan dengan teliti sehinggalah Kalendar Akademik Tahun 2026 diumumkan secara rasmi.
Ads
“Kepada semua warga Kementerian Pendidikan (KPM) dan anak murid kami, selamat memulakan persekolahan di bulan Januari 2026!” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pemergian tragis adik Zara Qairina masih jadi bualan hangat di media sosial. Nama arwah trending dengan hashtag #JusticeForZara, ramai netizen tampil menunjukkan solidariti dan ada yang merancang untuk turun ke perhimpunan aman demi menuntut keadilan.
Tapi guys, menurut laporan Harian Metro, peguam yang mewakili keluarga Allahyarham mohon agar perhimpunan tu ditangguhkan buat sementara waktu. Kenapa? Sebab nak beri ruang kepada prosiding inkues yang akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian si kecil ini.
Permintaan Dari Ibu Zara
Peguam tersebut menjelaskan bahawa permohonan ini dibuat selaras dengan kehendak ibu arwah, Noraidah Lamat.
GAMBAR fail, pasukan peguam mewakili ibu Zara Qairina ketika hadir prosiding inkues di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Rabu lalu. FOTO NSTP
“Kami hargai sangat sokongan orang ramai melalui perhimpunan aman solidariti Justice For Zara. Terima kasih yang tidak terhingga,” kata wakil peguam.
Dalam masa sama, orang ramai juga dinasihatkan untuk berhati-hati bila komen atau kritik di media sosial, sebab ia boleh beri kesan terhadap perjalanan kes di mahkamah.
Apa Itu Inkues?
Bagi korang yang mungkin tertanya-tanya, inkues ni adalah proses mahkamah untuk siasat punca sebenar sesuatu kematian. Semua bukti forensik, keterangan saksi dan laporan perubatan akan dikaji dengan teliti.
So, sebelum buat sebarang tindakan atau perhimpunan, lebih baik tunggu keputusan inkues ni selesai. Lepas tu, barulah langkah seterusnya boleh diteruskan.
Rakyat Tetap Bersatu
Walaupun perhimpunan ditangguhkan, semangat rakyat Malaysia tetap kuat. Hashtag #JusticeForZara terus trending, dan ramai masih meluahkan doa serta sokongan buat keluarga arwah.
Kisah Zara Qairina memang beri kesan mendalam. Ia bukan saja menyentuh hati, tapi juga jadi pengajaran untuk kita lebih peka tentang isu keselamatan dan hak kanak-kanak.
✨ Remaja simpulkan: #JusticeForZara bukan sekadar trend di media sosial, tapi perjuangan untuk cari kebenaran. Jadi, hormati proses inkues, sabar menunggu, dan teruskan doa agar keadilan untuk arwah Zara Qairina akhirnya ditegakkan.
Seorang warga emas, Siti Gayah Zakaria, 70, menjadi korban banjir Kelantan kedua selepas kereta yang dinaikinya bersama anaknya dihanyutkan arus deras di Kampung Batu Lima, Jalan Jedok, pada awal pagi Rabu. Insiden ini bukan sekadar kejadian duka, tetapi satu lagi peringatan nyata tentang bahaya sebenar musim tengkujuh yang kini semakin tidak dapat dijangka. Setiap tahun, banjir Kelantan membawa risiko yang sering dipandang ringan, namun tragedi seperti ini mengingatkan kita betapa kuatnya kuasa air deras.
Menurut laporan Sinar Harian, Mangsa ditemukan tidak jauh dari lokasi kereta mereka tersangkut, manakala anaknya, Shamila Suzie Ahmad Basharuddin, 48, dilaporkan selamat. Kejadian berlaku sekitar jam 4.13 pagi selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai sebuah Proton Saga FLX yang dihanyutkan air deras.
Banjir Kelantan
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Bomba Kanan II Azhari Mamat, terdapat dua orang mangsa dalam kereta berkenaan ketika arus deras menolak kenderaan itu ke kawasan pembentung air.
“Seorang berjaya menyelamatkan diri. Seorang lagi, warga emas, telah hanyut dibawa arus,” katanya.
Operasi mencari mangsa dijalankan segera sebelum anggota penyelamat menemukan Siti Gayah dalam keadaan tidak sedarkan diri tidak jauh dari lokasi kejadian. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Kejadian ini sekali lagi menunjukkan betapa cepatnya arus deras boleh menenggelamkan kenderaan dan membahayakan nyawa, terutamanya dalam situasi banjir Kelantan yang sering berlaku pada awal musim tengkujuh.
Apa Pengajaran Untuk Remaja?
Tragedi seperti ini bukan sekadar statistik. Ia adalah peringatan untuk generasi muda—yang sering bergerak aktif, memandu malam, atau pulang lewat—bahawa:
1. Jangan Ambil Risiko Melalui Jalan Dinaiki Air
Walaupun nampak cetek, arus bawah sangat kuat dan boleh menyeret kereta dalam beberapa saat. Banyak kejadian di musim banjir Kelantan bermula dengan anggapan bahawa air tidak dalam, sedangkan arus deras mampu mengubah keadaan dalam sekelip mata.
2. Elakkan Memandu Waktu Hujan Lebat Terutamanya Tengah Malam
Paras air boleh naik mendadak tanpa disedari. Pada waktu malam, keadaan sekitar lebih sukar dilihat dan halangan tidak dapat dikenal pasti dengan tepat.
3. Peka Dengan Amaran Cuaca & Laluan Ditutup
Gunakan media sosial secara bijak—pantau info sahih daripada MetMalaysia, APM dan polis. Jangan bergantung pada andaian atau melihat kereta lain sebagai tanda selamat.
4. Keselamatan Keluarga Adalah Tanggungjawab Semua
Jika nampak ibu bapa atau ahli keluarga berisiko melalui laluan banjir, ingatkan mereka. Kadang-kadang suara seorang anak boleh menyelamatkan nyawa. Musim tengkujuh sudah bermula dan keadaan banjir Kelantan boleh berubah dalam beberapa minit sahaja.
Musim tengkujuh baru bermula, dan tragedi ini adalah bukti jelas bahawa banjir bukan perkara main-main. Sebagai remaja yang cergas dan peka, jadikan kes ini sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati, melindungi diri serta keluarga, dan sentiasa meletakkan keselamatan sebagai keutamaan. Lives can be gone in minutes—so stay alert, stay safe.
Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Aleeya Maisarah Azizzani, berkongsi detik cemas dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli, awal pagi tadi.
Menurut Aleeya, ketika kejadian dia perasan bas yang dinaiki seperti hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri dan langgar pembahagi jalan.
“Saya duduk di belakang, jadi saya tak nampak sangat keadaan depan. Lepas itu baru saya tahu ada Perodua Alza biru turut terbabit,” jelasnya.
Dalam keadaan gelap dan cemas di dalam bas, Aleeya turut melihat ada rakan-rakan yang cedera parah, termasuk yang tersepit dan ada yang tak sedarkan diri.
“Ada yang terperangkap dan meronta. Ada juga yang saya nampak duduk dalam longkang… rupa-rupanya dah meninggal.
“Dari awal lagi, bila bas masuk lopak, saya dah rasa tak sedap hati,” tambahnya.
Sekadar info, kemalangan tragis ini melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 44 orang, termasuk 42 pelajar UPSI. 15 nyawa terkorban, dengan 13 meninggal di lokasi kejadian dan dua lagi ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...