Terbaru, kumpulan K-Pop popular, BABYMONSTER meraih perhatian apabila mengumumkan siri jelajah dunia ‘CHOOM’ sekaligu membuatkan para peminat (MONSTIEZ) di Malaysia teruja apabila Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai salah satu destinasi mereka tahun ini.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial rasmi BABYMONSTER, kumpulan naungan YG Entertainment itu mengumumkan tarikh bagi siri Asia dan Oceania yang bakal menjelajah beberapa bandar utama termasuk Manila, Jakarta, Bangkok dan Kuala Lumpur.
Untuk peminat tempatan, konsert mereka dijadual berlangsung pada 14 November ini di Unifi Arena yang sebelum ini dikenali sebagai Axiata Arena. Walaupun butiran lanjut seperti harga tiket dan pelan tempat duduk masih belum diumumkan, ramai peminat sudah mula meluahkan keterujaan di media sosial.
Untuk info, konsert ini juga merupakan kemunculan semula BABYMONSTER di Malaysia selepas kali terakhir mereka mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sekitar Jun tahun lalu. Ketika itu, kumpulan tersebut menerima sambutan hangat daripada peminat tempatan yang memenuhi ruangan konsert sejak awal pagi lagi.
Jelajah dunia ‘CHOOM’ ini diadakan sempena pelancaran mini album terbaru mereka dengan judul yang sama. Album tersebut dilancarkan secara rasmi pada 4 Mei lalu dan terus mencuri perhatian peminat global menerusi konsep lebih matang serta elemen performance yang lebih hebat berbanding ‘comeback’ sebelum ini.
Selain Asia dan Oceania, konsert jelajah berkenaan bakal menjelajah beberapa lokasi lain termasuk Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Pengumuman tersebut sekaligus membuktikan populariti BABYMONSTER yang semakin berkembang sebagai antara kumpulan generasi baru K-Pop paling mendapat perhatian ketika ini.
Setakat ini, pihak penganjur masih belum mendedahkan tarikh rasmi jualan tiket. Namun, ramai menjangkakan perang tiket bakal berlaku memandangkan ‘fanbase’ kumpulan itu di Malaysia dilihat semakin besar sejak debut mereka beberapa tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan sebarangan pelakon baharu boleh mendabik dada dengan pengiktirafan anugerah hiburan tempatan serta antarabangsa hanya dalam tempoh lima tahun pertama penglibatan.
Well, Nadhir Nasar bukanlah ‘sebarangan’.
Nadhir Nasar.
Dalam beberapa tahun usai menjuarai pencarian Hero Remaja 2020, Nadhir telahpun diiktiraf oleh Asian Academy Creative Award bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi drama bersiri Nusyuz Berkiblat Cinta.
Hasil lakonan mantapnya sebagai Erfhan; seorang suami yang mendera isterinya, Safiana (lakonan Shaza Bae) secara emosi, fizikal dan seksual; penonton mudah menjiwai perasaan benci terhadap watak lakonan Nadhir itu apabila melihat penderitaan seorang isteri diperlakukan sebegitu rupa.
Jelas Nadhir, bukan anugerah yang dikejar-kejar olehnya. Sebaliknya, apabila dapat menjayakan watak yang mencabar baginya, itu adalah kepuasan yang lebih tidak terhingga.
Kelebihan yang dimiliki oleh Nadhir Nasar sebagai selebriti yang diminati ramai peminat tanpa mengira usia sebenarnya berbalik kepada kredibiliti yang dibawakan olehnya dalam setiap naskah.
Nadhir berjaya mengekalkan minat orang ramai disebabkan keberaniaan untuk mencuba pelbagai jenis genre drama, filem dan telefilem dari semasa ke semasa.
Sebagai contoh, di saat peminat masih mengingati impak ‘kebencian’ terhadap Erfhan (Nusyuz Berkiblat Cinta), Nadhir beralih arah dengan melakonkan watak Jamie bagi drama bersiri My Famous Ex-Boyfriend yang sesuai ditonton seisi keluarga yang menggemari genre komedi romantik pula.
Dan… siapa boleh lupakan penangan drama bersiri Projek: Anchor SPM yang memperkenalkan Nadhir kepada sebilangan besar peminat remajanya. Drama yang mencedok kisah kehidupan pelajar sekolah menengah ini membuatkan ramai jatuh cinta terhadapnya serta karakter Hilmi.
Selang beberapa tahun, sekali lagi Nadhir tidak gentar untuk mempelbagaikan jenis watak. Kali ini, dia menjayakan pula karakter seorang guru menerusi drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi; sebuah adaptasi daripada drama Jepun yang cukup popular dewasa ini.
Daripada pelajar sekolah ke cikgu psiko dan kemudian menjadi suami kaki dera sebelum seterusnya menjadi duda yang digelar ‘Suami Dari Neraka’. Luas sungguh perjalanan karier Nadhir dalam tempoh empat hingga lima tahun pertamanya ini!
Cikgu Dalam Industri Lakonan
Rata-rata peminat Nadhir Nasar sudahpun mengetahui mengenai fascination beliau terhadap pelakon berkaliber, Beto Kusyairy.
Menganggap Beto sebagai idola serta ‘cikgu’ dalam aliran lakonan, perasaan itu bangkit menerusi nilai-nilai autentik yang dibawakan Beto menerusi lakonannya selama ini tanpa mengira watak apa jua yang dimainkan olehnya – sesuatu yang cuba dilakonan oleh Nadhir sendiri.
Selepas melakonkan telefilem sulungnya bersama Beto Kusyairy, Nadhir sekali lagi berpeluang berada dalam satu set bersama Beto. Kali ini, ia menerusi drama Astro Ceria berjudul Super Wira yang bergenre ‘lebih ringan’ tetapi masih sarat dengan mesej berguna; bersesuaian dengan penonton kanak-kanak.
Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Super Wira merupakan siri adiwira berunsur tradisional Melayu pertama seakannya dihasilkan di Malaysia. Berbeza dengan hiburan adiwira Barat yang sering kita tonton, Super Wira mengangkat seni pertahanan diri tradisional seperti silat sebagai sebahagian daripada gaya pertarungan dalam babak yang dipertontonkan.
Sekaligus, ia sedikit sebanyak mengubah landskap produksi perfileman Malaysia yang tidak mengulang pakai plot sama.
Hormati Generasi Sebelumnya
Bercakap mengenai sutradara yang digemari lagi dihormati oleh Nadhir, jejaka berusia 28 tahun ini sememangnya tidak pernah puas untuk mengkaji naskah-naskah tempatan yang memberi impak kepadanya.
Bukan sahaja gemar mengulang kaji lakonan anak-anak seni handalan yang terlebih dahulu makan garam sebelumnya seperti Beto Kusyairy, Que Haidar dan Jalil Hamid. Nadhir juga cuba mendalami genre drama serta filem yang mencabar minda serta emosi.
Antaranya seperti drama bersiri Scammer 1 dan Scammer 2 arahan Norhanisham Muhammaf. Dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha, drama tersebut mengisahkan kegiatan money laundering dalam kalangan kolar putih akibat desakan kehidupan.
Kongsi Nadhir, dia turut meminati drama bergenre seram thriller, Sembilan arahan Razaisyam Rashid yang dijayakan hasil kolaborasi pelakon dari Malaysia serta Indonesia. Selain itu, dia tidak mengenepikan karya-karya yang lebih santai pada permukaan tetapi padat dengan penyampaian moral seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah – kesemuanya merupakan arahan Allahyarham Mamat Khalid.
Karya-karya deep sebegini menjadi kegemaran Nadhir. Tidak kiralah sama ada karya baharu mahupun lama, setiap daripadanya mempunyai nilai sentimental yang membuatkannya ia berbekas di hati.
Kata orang, jika anda ingin menjadi yang terbaik, belajarlah daripada gerak geri mereka yang terbaik.
Oleh itu, Nadhir tidak kekok untuk mengakui karya-karya yang boleh ditonton semula menerusi Astro Go ini telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya sebagai seorang pelakon disamping menghiburkan jiwa seninya di waktu senggang.
Korang pun boleh menonton semula drama atau program televisyen yang dilakonkan oleh Nadhir atau yang disukai olehnya tadi!
Jom usha kesemua naskah menarik itu secara On Demand dan strim di Astro Go serta sooka; pada bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada.
Saksikan temu bual penuh bersama Nadhir Nasar ini di saluran YouTube Astro Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain Instagram, channel YouTube juga menjadi platform anak muda untuk mendapatkan pendapatan. Disebabkan itu ramai yang berlumba-lumba untuk menghasilkan video terbaik demi meraih jumlah viewer yang tinggi.
Pernah tak korang terfikir berapa keuntungan yang mereka boleh dapat dengan hanya membuat video di YouTube? Ha, berikut kami senaraikan antara 10 YouTuber terkaya di dunia. Laporan ini diambil direkodkan pada 7 Disember lalu oleh Forbes.
1. Ryan ToysReview
Menjadi YouTuber paling muda dengan penghasilan sebanyak USD 22juta atau RM90,552,000. Korang tengok la viewers satu video budak ni pun dah berpuluh juta. Mana la dia tak dapat pendapatan yang masyuk macam ni kan.
Perghh, kecil-kecil lagi dah pegang duit berjuta-juta. Hebat sangat!
2. Jake Paul
Menampilkan content komedi, muzik dan isu-isu yang menarik perhatian netizen membuatkan lelaki ini memperoleh pendapatan sekitar USD 21.5 juta bersamaan dengan RM88,494,000 setahun.
3. Dude Perfect
Mempunyai seramai 38 juta subscribers di YouTube, dua beradik ini, Cory Cotton dan Coby Cotton menerima pendapatan sebanyak USD 20 juta iaitu RM82,320,000. Mereka menampilkan content-content seperti tips dan trik yang boleh menarik perhatian netizen.
4. DanTDM
Merupakan seorang YouTuber yang memberi fokus kepada gaming content. 20 juta subscribers yang diperolehinya membuatkan dia berada di tempat ke empat dengan pendapatan sebanyak USD 18.5 juta, RM 76,146,000 setahun.
5. Jefree Star
Seorang beauty blogger yang hanya mempunyai 11 juta subscribers, Jefree Star sering membuat make up review dan tutorial yang mencecah hingga berjuta viewers. Personaliti ini mampu meraih pendapatan sehingga USD 18 juta iaitu RM74,088,000 dalam setahun.
6. Markiplier
YouTuber gamer ini mampu menghasilkan sebanyak USD17.5 juta atau RM72,030,000 setahun denga jumlah subscribers seramai 22 juta orang.
Okay korang nampak tak macam mana social media boleh menjana pendapatan yang lumayan? Jadi apa lagi gaiss, cubalah fikirkan sesuatu dan try untuk hasilkan content menarik di socmed. Tapi, janganlah pula korang buat content-content yang merapu.
Carilah sesuatu content yang boleh mendorong remaja untuk lebih berjaya dan memberi faedah. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK adalah antara penyanyi yang kini menjadi sebutan para peminat terutamanya kaum wanita. Berasal dari Tawau Sabah, anak muda berusia 24 tahun ini juga merupakan ahli kumpulan rap K-Clique. Baru-baru ini, Remaja berkesempatan bertemu dengan penyanyi kegilaan ramai ini dan jelas sekali seperti yang pernah tular sebelumnya, MK sememangnya seorang personaliti yang mudah didekati.
Dikenali dengan lagu-lagu hit seperti Mimpi dan Pulang, anak muda ini memulakan kariernya bersama K-Clique sekitar tahun 2014 secara indie/underground. Kini boleh dikatakan 2020 merupakan tahun terbaik bagi kumpulan K-Clique kerana nama mereka sering disebut dan menjadi perhatian peminat muzik tempatan.
“Kami K-Clique bermula lebih daripada sebagai kumpulan rapper yang mempunyai minat yang sama. Kenal dari zaman sekolah, Alhamdulillah disatukan dengan minat yang sama. Keluarga K-Clique ini besar, ramai lagi kawan-kawan yang setia dibelakang kami. Kami sendiri tidak sangka dengan apa yang kami ada sekarang, tetapi apa yang saya boleh katakan, niat kami memulakan kerjaya ini adalah untuk membantu keluarga dan rakan-rakan. Alhamdulillah, sampai sekarang niat itu kami kekalkan,”
“Kejayaan pada tahun ini adalah ganjaran daripada kerja-kerja keras yang kami lakukan dan saya bersyukur dengan semua kejayaan saya dan K-Clique. Apa yang penting, definisi kejayaan bagi saya adalah apabila saya dapat menyenangkan dan mengembirakan keluarga, serta orang-orang disekeliling,” jelas MK.
Walaupun negara berhadapan dengan waktu-waktu sukar ketika pandemik COVID-19, namun bagi MK dia bersyukur dengan pencapaian yang diperoleh sepanjang tahun ini. Penerimaan luar biasa daripada peminat terhadap kolaborasinya bersama Nabila Razali dalam lagu Peluang Kedua antara yang menjadi kenangan manis yang dicipta bagi tahun 2020 yang lalu.
Tidak hanya itu, MK juga turut meluahkan rasa kesyukuran apabila kumpulan K-Clique menerima pencalonan dalam kategori Best Southest Asia Act di MTV EMA 2020.
“Sejujurnya kami terkejut dengan pencalonan ini, so sama ada menang atau kalah bukan lagi isu kerana apa yang penting kami sudah mewakili Malaysia dalam acara anugerah tersebut,” katanya.
Pengalaman sewaktu PKP
Awal tahun lalu, masyarakat Malaysia melalui detik-detik sukar apabila terpaksa mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani kes positif COVID-19. Sekitar hampir tiga bulan, masyarakat kita perlu ‘berkurung’ di rumah dan sudah tentu ia adalah satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Bagi selebriti ini pula, dia sentiasa berfikiran positif dan akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Baginya, pasti ada hikmah disetiap yang berlaku.
“Sewaktu PKP yang lalu, saya tidak nafikan bahawa pada waktu itu banyak mengajar kita untuk lebih berfikir dan macam-macam perkara yang kita dapat belajar. Saya lebih menghargai setiap masa, peluang dan orang yang ada disamping saya. Saya banyak meluangkan masa bersama keluarga, belajar dan berkongsi ilmu dengan ahli kumpulan K-Clique yang lain. Pada waktu malam, kami akan ke studio yang berdekatan dengan rumah, dan saat inilah kami mengambil peluang untuk menghasilkan lebih banyak karya muzik,” jawab ¬anak kelahiran Sabah ini.
Rapat dengan ibu
Buat yang mengikuti pemuda ini di laman media sosialnya, pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa MK seorang yang rapat dengan ibunya. Sering membuat live di IG bersama ibu, kami pasti ini antara sebab kenapa MK diminati peminatnya, lebih-lebih lagi golongan wanita kerana dia sentiasa mendahulukan ibunya dalam semua perkara.
“Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Ibu bapa saya bekerja keras untuk meyara kami lapan beradik. Ibu saya seorang suri rumah dan mempunyai pendapatan sampingan dari bisnes kecilnya dan ayah seorang pesara polis. Saya mempunyai 6 orang kakak dan seorang adik lelaki. Saya anak ketujuh daripada lapan beradik. Alhamdulillah, kami adik-beradik gembira dengan apa yang kami ada sekarang dan semuanya menyimpan impian untuk membalas jasa kedua orang tua kami,”
“Boleh dikatakan saya kerap menghubungi Mama melalui panggilan video. Biasanya, setiap kali selepas waktu Subuh di KK, saya akan terus menghubunginya. Mama memang mengajar kami untuk sama sekali tidak menipu tentang apa-apa hal sekali pun. Jadi, cukup untuk peminat tahu yang Mama tahu segala perihal saya luar dan dalam. Secara tidak langsung, ia dapat membentuk jambatan keakraban yang sangat kuat diantara kami. Setakat ini, belum ada perkara yang saya sembunyikan atau tipu Mama” sambung MK lagi.
Gadis pilihan
MK turut memberitahu satu rahsia tentang wanita idamannya. Mungkin ramai yang tidak tahu, MK sebenarnya seorang yang suka makan makanan pedas. Jadi tidak hairanlah jika dia ingin mencari seorang wanita yang pandai memasak lauk Masak Lemak Cili Api. Bercakap soal gadis pilihannya pula, MK dlihat seorang yang sederhana dan tidak mengharapkan wanita yang sempurna kerana dia juga merasakan dirinya bukanlah seorang yang sempurna.
“Ciri-ciri perempuan yang saya suka (gelak) adalah seorang wanita yang baik dan tulus menyayangi. Daripada segi fizikal pula, saya sedar fizikal saya pun tidak sempurna mana, jadi jika dia sedap mata memandang, cukuplah (Hehe),” jelasnya.
Dipalit kontroversi
Selain daripada bakatnya yang mendapat perhatian peminat, lelaki berusia 24 tahun ini juga tidak lari daripada terpalit dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan dirinya. Walau bagaimanapun, MK dilihat sentiasa tenang dan tidak mudah melatah walaupun dikaitkan dengan pelbagai isu.
“Kita tidak akan lepas daripada kritikan ataupun andaian orang terhadap diri kita. Tetapi, bukan tugas kita untuk memberitahu semua yang kita ini seorang individu yang baik. Jadi, terpulang untuk mereka menilai, mana yang baik saya ambil dan sebaliknya, abaikan atau tegur dengan cara yang sesuai. Alhamdulillah, setakat ini saya jujur dengan peminat saya. Saya sangat bersyukur dengan sokongan yang diterima. Tanpa mereka, saya bukan MK yang dikenali ramai.
MK juga sering dilabel sebagai ‘bad boys’ dikalangan masyarakat. Tidak melatah dengan tohmahan tersebut, anak kelahiran Sabah ini punya pendapatnya tersendiri.
“Oh yang tahu, tahulah (gelak). Saya sebenarnya tak kisah tentang pendapat orang tetapi untuk yang mengenali saya, yang tahu saya macam mana, bila mereka yang beri pendapat itu baru saya peduli. Tapi bagi saya kalau first impression orang itu tidak penting, kerana selepas mengenali saya baru mereka akan tahu siapa diri saya yang sebenarnya,” jelas MK.
Ditanya adakah perempuan memang suka kepada ‘bad boys’, MK berseloroh menjawab, “Terpulang. Saya bukannya bad boys tapi kalau dia mahu bad boys boleh, kalau nak jadi ‘baik’ boys pun boleh.”
Rancangan untuk 2021
Tetap menyimpan impian untuk membantu dan menyenangkan keluarga serta orang-orang disekelilingnya, MK berharap agar tahun ini dia akan menjadi seorang individu yang lebih baik dari tahun lalu.
“Saya akan tetap berdoa dan berusaha untuk menjadi lebih baik berbanding tahun 2020. Kalau boleh, sebelum usia menjangkau 25 tahun, saya mahu membanggakan dan menyenangkan keluarga, mencari kesenangan untuk diri sendiri dan ahli K-Clique yang lain serta memberi kesenangan buat orang-orang disekeliling,” jelasnya mengakhiri perbualan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin berkongsi fasa bahagia selepas bergelar isteri, kisah perkenalan dengan Esmeer Mansor serta bagaimana cinta dan kematangan mengubah hidupnya.