
Pelakon versatil, Azhan Rani berkongsi rasa kagum terhadap bakat penyanyi muda, Hussain yang juga merupakan anak kepada penyanyi veteran, Jamilul Hayat Abdillah.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Azhan turut menceritakan pertemuannya bersama Hussain yang disifatkan cukup sopan selain mengakui dirinya sendiri merupakan peminat kepada penyanyi berkenaan.
Menurut Azhan, dia pada awalnya ditegur terlebih dahulu oleh Hussain sebelum berkesempatan untuk bergambar bersama penyanyi tersebut.
“Yang ini aku tak malu. dia tegur aku dulu. sopan macam aku juga masa kecil dulu (up diri sendiri acikan). Lepas itu aku cakap saya peminat awak. boleh saya bergambar.
“Tak lah follow sangat program nyanyian dia sebab masa aku pun banyak kat set shooting. tapi tiap kali melintas pasal nyanyian dia aku memang tengok. ada tarikan suara dan pakej dia sebagai penghibur,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Azhan turut mendedahkan bahawa dia sememangnya meminati bapa Hussain, penyanyi veteran Jamilul Hayat Abdillah atau lebih dikenali sebagai Pak Ayat.
“tambah pulak aku memang minat Pak Ayat atau abang Jamilul Hayat Abdillah. Pernah ada kaset dia dulu masa zaman sekolah rendah,” katanya.
Azhan kemudian menitipkan ucapan buat Hussain yang kini meneruskan perjalanan dalam bidang nyanyian, malah menyifatkan bakat sebagai penyanyi itu sudah mengalir dalam dirinya.
“Good luck Hussain. DNA penyanyi tu memang dah ada dalam badan dia,” katanya.
Dalam pada itu, Azhan secara berseloroh mengakui dirinya tidak begitu arif untuk memberikan komen mengenai aspek teknikal nyanyian, namun tetap memuji kemampuan vokal Hussain.
“Nak komen pasal nyanyi aku tak pandai. aku nyanyi lagu helikopter pun pitching kelaut. Tapi Hussain suara lunak, pitching bagus, kontrol nafas pun bagus, cuma rambut itu sahaja kena buat balancing balik.
“Entah aku tak pandai komen,” coretnya lagi.
Mengakhiri perkongsian tersebut, Azhan turut menitipkan doa agar perjalanan Hussain dalam dunia seni sentiasa dipermudahkan selain dikelilingi insan yang baik.
“saya doakan terus sihat, stay humble, enjoy your stage, love your job, dikelilingi sahabat-sahabat yang betul dan sentiasa nyanyi je dengan ikhlas.. semoga mendapat perjalanan yang indah dunia dan akhirat. all the best. kirim salam dekat abah,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.