Pelakon versatil, Azhan Rani berkongsi rasa kagum terhadap bakat penyanyi muda, Hussain yang juga merupakan anak kepada penyanyi veteran, Jamilul Hayat Abdillah.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Azhan turut menceritakan pertemuannya bersama Hussain yang disifatkan cukup sopan selain mengakui dirinya sendiri merupakan peminat kepada penyanyi berkenaan.
“Yang ini aku tak malu…”
Menurut Azhan, dia pada awalnya ditegur terlebih dahulu oleh Hussain sebelum berkesempatan untuk bergambar bersama penyanyi tersebut.
“Yang ini aku tak malu. dia tegur aku dulu. sopan macam aku juga masa kecil dulu (up diri sendiri acikan). Lepas itu aku cakap saya peminat awak. boleh saya bergambar.
“Tak lah follow sangat program nyanyian dia sebab masa aku pun banyak kat set shooting. tapi tiap kali melintas pasal nyanyian dia aku memang tengok. ada tarikan suara dan pakej dia sebagai penghibur,” tulisnya.
Ads
Minat Dengan Bapa Hussain
Dalam perkongsian sama, Azhan turut mendedahkan bahawa dia sememangnya meminati bapa Hussain, penyanyi veteran Jamilul Hayat Abdillah atau lebih dikenali sebagai Pak Ayat.
“tambah pulak aku memang minat Pak Ayat atau abang Jamilul Hayat Abdillah. Pernah ada kaset dia dulu masa zaman sekolah rendah,” katanya.
‘DNA Penyanyi Tu Memang Dah Ada Dalam Badan Dia’
Azhan kemudian menitipkan ucapan buat Hussain yang kini meneruskan perjalanan dalam bidang nyanyian, malah menyifatkan bakat sebagai penyanyi itu sudah mengalir dalam dirinya.
Ads
“Good luck Hussain. DNA penyanyi tu memang dah ada dalam badan dia,” katanya.
Dalam pada itu, Azhan secara berseloroh mengakui dirinya tidak begitu arif untuk memberikan komen mengenai aspek teknikal nyanyian, namun tetap memuji kemampuan vokal Hussain.
“Nak komen pasal nyanyi aku tak pandai. aku nyanyi lagu helikopter pun pitching kelaut. Tapi Hussain suara lunak, pitching bagus, kontrol nafas pun bagus, cuma rambut itu sahaja kena buat balancing balik.
Mengakhiri perkongsian tersebut, Azhan turut menitipkan doa agar perjalanan Hussain dalam dunia seni sentiasa dipermudahkan selain dikelilingi insan yang baik.
“saya doakan terus sihat, stay humble, enjoy your stage, love your job, dikelilingi sahabat-sahabat yang betul dan sentiasa nyanyi je dengan ikhlas.. semoga mendapat perjalanan yang indah dunia dan akhirat. all the best. kirim salam dekat abah,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah Thailand dan Indonesia, akhirnya aiskrim baharu Cornetto berperisa Black Hojicha muncul juga bagi pasaran Malaysia!
Aiskrim viral ini menjadi sebutan ramai warga net kebelakangan ini disebabkan warna hitam dan perisanya yang dikatakan mirip dengan dessert dari negara Jepun.
Lantas apabila Cornetto mengajak REMAJA untuk menjadi di antara yang pertama untuk mencubanya, tentulah kami tak sabar menunggu!
Apa yang boleh kami katakan adalah ia mempunyai perisa yang unik.
ornetto Black Hojicha ini menggabungkan rasa berkrim, sos coklat gelap yang tidak terlalu manis, kon wafel coklat dan bijian hitam di bahagian atas persis rupa boba (tapi tidak berperisa seperti boba).
Jujurnya, korang tak akan merasa muak selepas menghabiskan sebatang kon aiskrim ini. Mungkin kerana ia tidak manis seperti aiskrim lain dan ia mempunyai ‘aftertaste’ seperti roasted tea (Hojicha) yang menjadikan setiap gigitan pada aiskrim ini terasa segar.
Satu lagi sebab mengapa Cornetto Black Hojicha ini digemari ramai adalah kerana bungkusannya yang Instagrammable. Cantik seperti origami Jepun!
Ia kini dijual di kedai runcit pada harga RM3.00 saja.
*
Khas sempena bulan Februari yang popular sebagai bula meraikan cinta, Cornetto ingin mengajak korang untuk membeli sejambak bunga khas Hojicha daripada 2 penggubah bunga kreatif iaitu 50Gram dan Ed’s Fleur.
Jambakan bunga ini akan cantik dibalut menggunakan kertas bercorak Cornetto Black Hojicha.
Bagi setiap jambak yang dibeli dari 1 Februari hingga 15 Februari ini, Cornetto akan mendermakan RM5 kepada badan kebajikan bernama Love Force House.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama ini apabila membeli bijirin, adakah korang menggunakan kotak bungkusan bijirin tersebut atau terus membuangnya?
Tahukah korang sebenarnya kotak bungkusan bijirin itu mempunyai fungsinya yang tersendiri?
Menurut perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna di Facebook, Haatim Roslan telah pun berkongsi fungsi sebenar kotak bijirin yang mungkin ramai tidak tahu.
Ianya boleh dilipat seperti dalam gambar untuk menyimpan lebihan bijirin yang tidak habis dimakan.
Kalau korang nak lebih jelas, rasanya boleh lihat sendiri di penutup kotak bijirin tersebut kerana ia sudah pun mempunyai keratan dan hanya perlu dilipat mengikut arahan.
Ha, mudah je kan? Lepas ni tak perlulah lagi terus membuat kotak bungkusan tersebut sebaliknya boleh digunakan untuk penyimpanan lebih bijirin yang lebih praktik. Hiks!
Penyanyi yang semakin meningkat naik dari United Kingdom (UK), Finn Askew kembali mencuri tumpuan di kalangan peminatnya di Malaysia; tetapi kali ini bukannya disebabkan oleh lagu baru.
Ia gara-gara peluang yang diberikan Finn kepada seorang pelukis digital dari Malaysia bernama Haiqal Iman untuk mencipta video lirik bagi salah sebuah lagu hitnya berjudul Roses.
Finn Askew.
Keinginan Finn untuk berkolaborasi dengan Haiqal ini timbul setelah penerimaan peminatnya dari rantau Asia Tenggara semakin meningkat pada tahun ini. Lalu dia ingin memasukkan sentuhan dari Malaysia ke dalam video lirik terbarunya.
Untuk pengetahuan, pemuda bernama Haiqal Iman ini sememangnya mempunyai minat dalam bidang grafik 3D dan produksi video. Dia menghasilkan video tersebut dengan visual ala ‘8-bit arcade’ persis visual permainan video era 90-an.
Sepanjang video Roses tersebut, beberapa elemen yang berkait rapat dengan Malaysia telah dimasukkan seperti Bunga Raya, banjaran Titiwangsa dan bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas, Menara TM, Menara Kuala Lumpur serta banyak lagi.
Kata Haiqal, “Banyak sebenarnya yang ingin saya tampilkan tapi saya kecilkan skop kepada tiga elemen utama yang mencerminkan Malaysia iaitu mercu tanda nasional, bunga kebangsaan dan snek kegemaran Malasyia.
“Kita bertuah kerana mempunyai kepelbagaian di Malaysia dan saya harapkan agar sentuhan peribadi saya (untuk video ini) dengan elemen Malaysia berjaya menghiburkan penonton.”
Video tersebut kini telah mendapat respon positif daripada peminat Finn dari Malaysia yang mengucapkan terima kasih kerana memilih Malaysia sebagai subjek dalam videonya kali ini.
Sebelum ini, lagu Roses nyanyian Finn Askew ini pernah tular disebabkan oleh penyanyi kumpulan NCT, Taeyong yang mempromosikannya dalam salah satu sesi ‘live’-nya.