Satu-persatu, personaliti tempatan popular tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana banjir bermula minggu ini. Kebanyakannya turun padang di sekitar Lembah Klang di mana penduduk di sesetengah kawasan masih terkesan dengan keadaan kediaman yang dilanda lumpur.
Namun buat personaliti media sosial, Azfar Heri; dia telah mengambil kesempatan untuk ke Bentong, Pahang dan memberi pertolongan kepada mangsa banjir di sana pada hari Selasa (22 Disember 2021).
Ini memandangkan keadaan penduduk di sana dimaklumkan agak terdesak dek ketiadaan jumlah bantuan yang meluas seperti yang dicatatkan di Lembah Klang, contohnya.
Azfar tidak keseorangan apabila dia ditemani seorang lagi personaliti media sosial merangkap usahawan, Khairul Aming serta pasukan sukarelawan mereka ketika membeli beberapa barangan keperluan untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di Bentong. Antara termasklah seperti ubat gigi, berus gigi, roti, biskut, kaya, sabun, syampu, tuala wanita dan beberapa barangan lain.
Setelah tiba di sana, Azfar terkejut untuk melihat betapa dalamnya kesan lumpur di kawasan penduduk setelah air banjir surut. Selain menyerahkan sumbangan, mereka turut berkesempatan menolong penduduk membersihkan kesan lumpur di salah sebuah kediaman.
Azfar berkongsi bahawa mereka akan kembali semula esok bagi menyambung kerja amal tersebut dengan lebih banyak peralatan disiap sediakan serta lebih ramai tenaga kerja.
Bencana banjir yang melanda negara sekarang sekaligus membibitkan perasaan dukacita dalam kalangan rakyat. Sewajarnya, semua pihak harus bertindak sensitif dalam hantaran di media sosial dan itulah yang cuba dipraktikkan oleh Azfar sekarang.
Katanya pada minggu ini, dia tidak akan memuat naik sebarang kandungan video di saluran YouTube demi menghormati keadaan semasa.
Ads
“Saya hendak fokus dalam memaklumkan saluran bantuan kepada followers dengan cara retweet di media sosial; selain cuba untuk turun padang memberi sumbangan mengikut kemampuan.”
“Saya percaya kita kena ada sedikit ‘social empathy’ kepada mangsa banjir. Saya ingin menghormati situasi banjir sekarang dengan tidak memuat naik kandungan video yang menunjukkan saya sedang berseronok.
“Lagipun pada bencana kali ini, ramai kawan saya yang ‘terkena’. Kita pun faham apa yang mereka rasai walaupun tidak berada di tempat mereka,” jelasnya.
Dalam pada itu, Azfar turut mengumumkan bahawa dia akan mengembalikan semula produk popularnya, NYALA Gift Box (set lilin aromaterapi) bermula 12 tengah hari esok (22 Disember 2021). Demi membantu mangsa banjir, sebahagian daripada hasil jualan tersebut akan dihuluukan kepada yang memerlukan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah diucapkan kepada perenang negara, Low Zheng Yong kerana mengunggui acara 400 meter gaya bebas lelaki, sekali gus meraih emas pertama di temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand.
Zheng Yong mencatatkan masa selama 3 minit 59.57 saat untuk menewaskan atlet Indonesia, Subagyo Nicholas Karel yang menduduki saingan di tempat kedua. Lebih membanggakan lagi, seorang atlet negara, Welson Sim menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 4 minit 7.29 saat.
Aksi kecemerlangan itu membuatkan kontinjen Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2018 yang berlangsung di Myanmar.
Namun begitu, hasrat perenang wanita negara untuk meraih pingat emas kedua tidak kesampaian apabila Goh Chia Tong sekadar menamatkan saingan dengan catatan 28.51 saat di belakang atlet Singapura, Zi Yi Chan yang menduduki tempat pertama dengan minit 27.58 saat.
Tahniah diucapkan kepada semua atlet wakil negara bagi Sukan Universiti Asean kali ini. Semoga lebih banyak kejayaan yang akan diraih oleh kontinjen negara di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menjadi contoh yang baik dan inspirasi kepada rakyat Malaysia apabila baginda berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran di Universiti Malaya (UM).
Baginda menerima skrol penganugerahan pada Majlis Konvokesyen UM kali ke-63 pada Sabtu lalu daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga merupakan canselor universiti tertua di Malaysia itu.
Turut berangkat sama menghadiri majlis konvokesyen tersebut ialah suami baginda, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Apabila berbicara tentang Ijazah Kedoktoran, semestinya sebuah kajian atau tesis diwajibkan untuk setiap calon tamat pengajian sekaligus bergelar doktor falsafah. Seperti calon lain, baginda turut menyiapkan tesis.
Berada di bawah Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam UM, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyiapkan tesis dalam Bahasa Inggeris bertajuk “The Importance of Islamic Regal Leadership in Zakat Delivery to the Asnaf in Perlis”.
Sangat mementingkan pendidikan, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Humanities) di La Trobe University, Melbourne, Australia pada tahun 1989 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2014.
Kini baginda merupakan Pro Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).
Semoga dengan kejayaan yang ditempa oleh baginda menjadi inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk turut sama mementingkan pelajaran dan tidak mengabaikan pengajian di peringkat tertinggi.
Kredit foto: Universiti Malaya & Bernama
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan calang-calang atlet boleh meraih sembilan pingat emas, namun perkara itu tidak mustahil apabila dibuktikan oleh Muhammad Fakhrullah bin Mohd Rumaize yang merupakan atlet kanu mewakili negeri Johor Darul Takzim.
Selain mendapat sembilan pingat emas, remaja berusia 21 tahun ini turut mencipta sejarah apabila berjaya mencatat dua rekod kebangsaan yang baharu.
Pingat emas yang diraih oleh Fakhrullah adalah menerusi acara K2 500m (rekod kebangsaan), K2 1,000m (rekod kebangsaan), K1 200m, K2 200m, TBR 1,000m, TBR 500m, TBR 500m campuran, TBR 200m dan TBR 200m campuran.
Ulasnya kepada pihak media mengenai pencapaian cemerlang yang diperolehinya, “Selama saya berlatih memang tak ada terfikir untuk dapat anugerah ini. Saya hanya fokus untuk berikan yang terbaik saja dan inilah hasil usaha saya selama tujuh ke lapan tahun. Alhamdulillah saya berjaya dapatkan sembilan pingat emas untuk Johor.”
Mendedahkan rahsia kecemerlangannya selain giat berlatih sekian lama, Fakhrullah berkongsi bahawa dia dan rakan sepasukan dilatih di luar negara. “Saya berlatih dengan jurulatih profesional yang merupakan juara dunia dari Hungary.”
Pada majlis penyampaian anugerah Olahragawan SUKMA 2022, Fakhrullah telah menerima piala daripada jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang.
Selain bergelar seorang atlet Fakhrullah juga merupakan seorang pelajar di Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!