
Genap sebulan menimang cahaya mata, penyanyi rap terkenal, MK K-Clique dan isteri tercintanya, Siti Hajaar mengumumkan nama puteri sulung mereka.
Menerusi sebuah hantaran di entri Instagram, ada dua nama yang dikongsikan oleh penyanyi lagu popular Peluang Kedua itu iaitu Aya dan Rayana.
BACA: Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan! MK K-Clique Kini Bergelar Bapa!

Malah, MK turut berkongsi makna dua nama tersebut yang membawa maksud memuji keagungan kuasa Allah S.W.T.
“Aya, bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, al-Quran dan asal Arab. Rayana, bermaksud pintu Syurga,” kongsinya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian terhadap nama yang dipilih MK dan isteri disifatkan mempunyai maksud yang sangat baik.
BACA: Jurusolek Dedah MK K-Clique ‘Request’ Labuhkan Tudung Isteri Tuai Pujian Warganet

“MasyaAllah… sedapnya nama princess,” komen seorang pengikut.
“Subhanallah, sedapnya nama baby girl, semoga membesar dengan bijak solehah dan sihat ya baby Aya Rayana. Amin,” komen pengikut yang lain.
“MasyaAllah tabarakallah…semoga menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihat. Amin,” tulis lagi seorang pengguna.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 16 Jun 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 3 Ogos lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram MK K-Clique
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Netflix THE CROWN ‘Tapau’ Semua Kategori Pelakon Terbaik EMMY’S 2021

Amboi, tak bagi ‘chance’ kepada orang lain nampak!
Jika kualiti dan kreativiti diambil secara serius dalam pembikinan sesebuah drama bersiri, inilah hasil yang akan diperolehi.
Sukar untuk mana-mana penonton setia saluran penstriman, Netflix untuk menidakkan kehebatan dan keunikan drama bersiri, The Crown terutamanya musim keempatnya. Ia tampil dengan plot dan cara penceritaan yang cukup menarik lantas membuatkan penonton sukar berhenti daripada menonton setiap episodnya secara berturut-turut!
Hari ini di acara Anugerah Emmys, AKHIRNYA drama bersiri yang mengambil plot sebenar daripada kehidupan keluarga diraja Britain sejak Ratu Elizabeth II diangkat sebagai kuasa utama bumi Inggeris itu setelah kemangkatan ayahandanya; diiktiraf.
Respect-lah!
Panel juri Academy yang menentukan para pemenang di Emmy’s jelas mengakui kehebatan impak The Crown pada hari ini apabila drama tersebut menyapu bersih KESEMUA kategori pelakon terbaik bagi kategori drama bersiri.
Ini termasuklah menerusi pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik (Josh O’Connor sebagai Putera Charles), Pelakon Wanita Terbaik (Olivia Colman sebagai Ratu Elizabeth II), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Tobias Menzies sebagai Putera Philip) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Gillian Anderson sebagai Margaret Thatcher).
Wow! Tapau habis nampak.
And guess what, biarpun Claire Foy tidak lagi bergelar pelakon utama siri ini pada musim keempat, penampilannya sebagai Ratu Elizabeth II ketika muda dalam babak ‘flashback’ (untuk tempoh dua minit saja dalam episod 8) sudah cukup untuk menobatkannya sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Jemputan Terbaik dalam drama bersiri.



ARTIKEL BERKAITAN : ‘Putera Charles & Lady D’ Paling Stail! Lihat 6 Gaya Pilihan Di EMMY’s 2021 – REMAJA
Dominasi The Crown tidak terhenti setakat itu saja apabila ia membawa pulang ‘hadiah terbesar’ di Emmy’s apabila dinobatkan sebagai Drama Terbaik bagi edisi Emmy Awards ke-73 ini. Ini juga merupakan kemenangan terbesar pertama Netflix dalam sejarah pencalonannya dalam acara anugerah di Hollywood.

Pada hemat REMAJA, pelbagai faktor telah membantu kemenangan besar The Crown ini. Biarpun musim pertama hingga keduanya telah meletakkan aras yang cukup tinggi buat para pelakon baharunya dalam musim keempat ini. Namun pemilihan kesemua pelakon baharu The Crown AMAT tepat bagi merealisasikan watak masing-masing. Bukan mudah ya memandangkan kebanyakan daripada watak-watak tersebut masih bernyawa.
Jalan cerita yang bermula dari era lewat 1970-an di mana permulaan bibit-bibit percintaan Putera Charles dan mendiang Puteri Diana adalah antara faktor kuat yang menarik perhatian penonton ke Netflix. Ia ditambah pula dengan konflik love-hate relationship yang tercetus di antara Ratu Elizabeth II dan Perdana Menteri Britain pada waktu itu iaitu Margaret Thatcher.



Kita juga dapat melihat sisi Putera Philip dan Puteri Margaret yang berdepan krisis sendiri walaupun sebentar (kerana musim ini lebih menfokuskan kepada empat watak lain itu). Penulis juga suka melihat bagaimana skripnya tidak ‘menganak-tirikan’ tiga lagi watak adinda Putera Charles iaitu Puteri Anna, Putera Andrew dan Putera Edward yang masing-masing mempunyai isu semasa usia muda.
*
Secara peribadinya, kemenangan paling manis ialah kemenangan Olivia Colman kerana dia meneruskan legasi pemain watak Ratu Elizabeth II sebelumnya, Claire Foy yang pernah memenangi Emmy’s menerusi The Crown pada tahun 2018.

Kemenangan besar ini juga adalah hadiah terbaik para pelakonnya kepada The Crown sementelah mereka tidak lagi akan terbabit dalam musim kelima dan keenam drama ini.
Musim kelima The Crown dijangka menemui penonton pada tahun 2022 dengan para pelakon baharu seperti Imelda Staunton (Olivia Colman), Jonathan Pryce (Putera Philip), Leslie Manville (Puteri Margaret), Dominic West (Putera Charles), Elizabeth Debicki (Puteri Diana) dan Jonny Lee Miller (Perdana Menteri John Mayor).
ARTIKEL BERKAITAN : Pengebumian Bermakna! Lihat Titisan Air Mata Putera Charles & 5 Momen Lain – REMAJA
BACA LAGI : Puteri Beatrice Pilih Gaun Ratu Elizabeth II Untuk Majlis Kahwinnya – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umpama Hadiri Perkahwinan Diraja Inggeris! Ini Stail Selebriti Di Pertunjukan #RizalmanForZalora

Ingatkan perkahwinan Diraja Inggeris, rupanya pertunjukan fesyen koleksi Raya.
Berlangsung di Stadium Chin Woo Kuala Lumpur semalam, pasukan Zalora dan Rizalman Ibrahim nyata telah berhempas pulas untuk menyiapkan sebuah persembahan fesyen Raya yang lain daripada yang lain.
Dengan konsep Diraja Inggeris, rata-rata inspirasi dekor dan lagu yang dimainkan begitu hampir dengan realiti yang sebenar. Apa yang lebih mengujakan adalah apabila para tetamu mereka menyarungkan persalinan seperti betul-betul ingin menghadiri perkahwinan puteri dan putera kerabat diraja Inggeris!
Siapa paling wow semalam? Jom kita lihat.
01
Scha Al-Yahya & Awal Ashaari

Walaupun caption “Lalu kami pun feeling mengikut tema” mencuit hati ramai pengikut mereka di Instagram, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari seperti biasa tidak mengecewakan dalam bab berfesyen apabila menyarungkan jenama Rizalman. Selain bahagian belakang skirt Scha yang cukup menarik, kami juga gemarkan solekan dan dandanannya yang minamal.
02
Izara Aishah

Kemunculan muse koleksi Raya 2018 Dato’ Rizalman Ibrahim ini amat dinanti-nantikan. Jika pada tahun lalu Izara mempersembahkan tarian Bollywood khas untuk para tetamu, kali ini dia mengambil tempat duduk khas sebagai tetamu VIP.
Dress paras lutut kelihatan cantik terletak pada figuranya. Lihatlah perincian butang pada bahu yang menaikkan seri wajah Izara serba matte. Less is definitely more!
03
Noor Neelofa

Fesyenista hijab ini membuktikan persalinan baju Raya pun boleh kelihatan chic dan elegan apabila dia memilih salah satu rekaan koleksi #RizalmanForZalora. Kemudian, Neelofa memadankannya dengan aksesori sarung tangan baldu (woot!), topi fascinator dan solekan nude oleh jurudandan, Dr. Mukhlis.
04
Hael Husaini

Siapa kata lelaki tak boleh tampil bergaya? Hael Husaini memilih sut kemas dan fitted bercorak plaits untuk digandingkan dengan beg sandang Christian Dior. Seperti biasa, Hael kemaskan look ini dengan aksesori kaca mata hitam.
05
Yaya Zahir

Ringkas tetapi elegan!
Yaya Zahir kelihatan cukup chic dengan persalinan tuksedo moden yang diberikan nafas segar. Penulis cukup menggemari bahagian lapel blazer yang mempunyai bentuk wajah orang.
06
Puteri Kesultanan Pahang

Dan tentunya, puteri kesayangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar tidak ketinggalan untuk menjadi jemputan VIP semalam.
Walaupun ada yang memilih untuk berbaju kurung seperti Tengku Puteri Jihan Azizan Abdullah (2 dari kiri) dan Tengku Puteri Iman Afzan Abdullah (3 dari kiri), mereka cukup kena dengan tema yang ditampilkan #RizalmanForZalora iaitu Royal Escort. Turut hadir ialah (dari kanan) Tunku Kaiyisah, Puteri Afzan Shakira dan Puteri Suraiya Afzan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kekal Awet Muda, Bintang Utama Pangako Sa Yo Masih Kacak Seperti 23 Tahun Lalu

Pangako sa ‘yo. Ipaglalaban ko….
Siapa boleh lupa penangan telenovela terkenal Filipina, Pangako Sa Yo yang menjadi kegilaan ramai lebih 23 tahun lalu. Tidak kira golongan remaja hingga ke golongan dewasa, boleh dikatakan fenomena drama bersiri ini melekat di hati ramai.
Gandingan pelakon muda Filipina yang baru naik daun ketika itu iaitu Jericho Rosales dan Kristin Hermosa cukup serasi dan ikonik. Bayangkan, drama bersiri ini bukan hanya popular di negara Asia Tenggara bahkan ia turut disiarkan di Tanzania dan Kenya.
STILL HOT!
Jadi apa khabar terkini pelakon utama lelaki drama ini, Jerico Rosales yang meniti usia 44 tahun? Biarpun usia hampir setengah abad, namun kekacakannya masih jelas terlihat dan kekal awet muda. Dengan bentuk tubuh yang tegap, dia kerap menghiasi kempen dan juga muka hadapan majalah.

Masih lagi aktif sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut berjinak-jinak sebagai seorang penerbit. Pada tahun 2018 dia menjadi penerbit kepada filem yang bertajuk The Girl In The Orange Dress yang menyaksikan dia turut berperanan sebagai pelakon utama lelaki.
Jerico yang memulakan langkah dalam dunia seni sejak berusia belasan tahun lagi sepanjang kerjanya telah memenangi lebih 30 anugerah yang merangkumi pengiktirafan terhadap kerja kerasnya sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi.
KISAH CINTA & ANAK
Dikaitkan rapat dan pernah bercinta dengan rakan pelakonnya seperti Kristin Hermosa dan Heart Evangelista, hubungan tersebut tidak berakhir di jinjang pelamin. Sebaliknya pada tahun 2014, Jericho atau lebih mesra digelar Echo menikahi Kim Jones yang merupakan seorang warga Australia yang bekerja dalam bidang digital kreatif.


Walaupun perkahwinannya bersama Kim belum dikurniakan cahaya mata, Jericho memiliki seorang anak lelaki berusia 23 tahun hasil perhubungannya dengan model, Kai Polamores. Anaknya, Santino Rosales dilahirkan pada tahun 2000 ketika dia berusia 21 tahun.
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Santino yang memiliki ketinggian 180cm menceburi dunia peragaan ketika berusia 17 tahun, dan pernah telah mengikat kontrak dengan syarikat pengurusan Viva Artist Agency.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

