Bintang terkenal China, Datuk Fan Bingbing (44) nyata terpesona dengan aura dan kehebatan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (46) ketika kedua-duanya bertemu di Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 yang berlangsung di Melaka baru-baru ini.
Menurut Datuk Fan yang juga merupakan Duta Setiakawan Pelancongan Melaka mengakui pengalaman menyaksikan persembahan Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti pada majlis tersebut memberikan inspirasi besar kepadanya. Malah, pelakon itu menyifatkan perjalanan seni Tokti sebagai sesuatu yang luar biasa dan penuh makna.
Menerusi sebuah perkongsian gambar di media sosial, beliau tampil menawan dalam kebaya pendek rekaan pereka fesyen terkenal Malaysia, Fizi Woo. Beliau juga turut memuat naik foto pertemuannya dengan Tokti dengan kapsyen ringkas berbunyi, “gembira bertemu dengan anda @ctdk” di mana Tokti kelihatan anggun dalam persalinan kemeja oversized polkadot yang dipadankan dengan rantai mewah Chanel.
Ads
“Aura pentas beliau sangat kuat dan saya kagum bagaimana Siti Nurhaliza mampu membuat persembahan penutup dengan penuh gemilang dan sudah tentu saya menantikan persembahannya,” katanya.
“Untuk itu, saya sangat bertuah dapat bertemu dan bergambar dengannya dan jika berpeluang, saya mahu belajar nyanyi lagu Melayu dengan beliau, sekaligus menjadi satu bentuk kolaborasi budaya,” jelasnya ketika ditemui oleh pihak media di Melaka.
Ads
Selain menzahirkan rasa kagum terhadap penyanyi nombor satu negara itu, Datuk Fan turut berbesar hati apabila berkesempatan menghadiahkan produk jenamanya sendiri kepada Siti sebagai tanda penghargaan peribadi.
Kredit foto: BERNAMAKredit foto: BERNAMA
Apa yang lebih menarik, beliau yang sebelum ini pernah membintangi filem adiwira Hollywood popular berjudul ‘X-Men: Days of Future Past’ turut menyatakan minatnya untuk menjadikan Melaka sebagai lokasi penggambaran seni dan filem pada masa hadapan. Selain itu, Datuk Fan juga terbuka untuk bekerjasama dengan pengarah muda tempatan seperti Chong Keat Aun bagi projek kreatif akan datang.
Ads
“Melaka bukan sahaja bersejarah, tetapi juga sangat sesuai untuk menghasilkan karya seni dan kreatif yang boleh diperkenalkan kepada dunia. Saya harap dapat terus menjadi jambatan yang menghubungkan Melaka dengan masyarakat antarabangsa,” ujarnya.
Pada masa sama, pelantikan semula Datuk Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka bagi Tahun Melawat Melaka 2026 dilihat mampu memberi impak positif. Sehubungan itu, beliau bertekad untuk terus memperkenalkan budaya, makanan, mural dan keramahan masyarakat Melaka kepada pelancong luar.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada individu yang memang suka memilih pantai sebagai tempat percutian bagi menjauhkan diri daripada kesibukan kota.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu korang alert jika mahu pergi ke pantai. Percutian di kawasan seperti ini tidak sama macam tempat-tempat lain yang korang pergi. Jadi ada barang ‘extra’ yang perlu dibawa sekali. Barulah dapat bercuti dengan syok!
Nah, ini antara barang-barang yang perlu ada jika mahu menghabiskan masa di pantai.
1. Sunglass
Bukan hanya nak bergaya tepi pantai, tapi kaca mata hitam memang sangat berguna untuk melindungi mata korang daripada pancaran sinar matahari.
2. Sunblock
Kalau takut kulit jadi gelap, jangan lupa untuk sapukan sunblock pada kulit sebelum ke pantai. Iye la, dah seharian berjemur, macam mana kulit tak ‘rentung’ kan. Hiks! So, sunblock ni memang wajib korang bawa kalau melakukan aktiviti outdoor.
3. Topi
Selain kaca mata hitam, aksesori lain seperti topi juga dapat membantu mengurangkan silau pancaran sinar matahari dan melindungi wajah daripada menjadi lebih gelap.
4. Goggles
Nak buka mata lama-lama dalam air susah kan, jadi bawa la sekali goggles ni ke pantai. Barulah boleh melihat keindahan dasar laut tanpa perlu risau mata masuk air.
5. Dry bag
Dry bag berfungsi untuk menyimpan barang-barang seperti dompet dan kaca mata semasa korang menghabiskan masa di dalam air. So, tak ada la risau nak tinggalkan barang merata-rata kan?
6. Samsung Galaxy A8
Tak perlu risau macam mana nak dapatkan gambar-gambar menarik ketika berada di kawasan air kerana Samsung Galazy A8 ni boleh berada pada kedalaman 1.5 meter bawah paras air selama 30 minit. Jadi, tak ada alasan lagi untuk korang missed momen-momen indah dalam air. Style kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vokalis Drama Band, Aepul Roza diangkat sebagai juara musim pertama pertandingan realiti nyanyian, The Hardest Singing Show 2024.
Menerusi dua persembahan cemerlang dengan menyampaikan lagu It’s My Life (Bon Jovi) dan Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7) bergandingan dengan Putera Muhammad, Aepul mengenepikan lima finalis lain sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM150,000, pakej pelayaran dan trofi kemenangan.
Dalam ucapannya sebagai juara, Aepul menzahirkan rasa syukurnya kepada Ilahi kerana dikurniakan rezeki berkenaan memandangkan dirinya tidak pernah merasai sebarang bentuk kemenangan sebelum ini.
“Terima kasih semua. Team produksi dan Astro untuk ruang dan peluang ini. Saya terkejut. Saya tidak pernah menang apa-apa pertandingan walaupun cabutan bertuah!
“Alhamdulillah, rezeki Allah. Terima kasih buat juri yang saya hormati kerana mempercayai saya,” kata Aepul di hadapan penonton siaran langsung.
Dalam pada itu, gelaran naib juara pula menjadi milik Ayda Jebat yang membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000, pakej pelayaran dan trofi.
Manakala kedudukan pemenang tempat ketiga pula disandang oleh Stacy yang melayakkannya membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, pakej pelayaran dan trofi.
Stacy juga kekal unggul apabila sekali lagi memenangi Anugerah pilihan THSS Alha Alfa yang mempertaruhkan hadiah wang tunai minggu bernilai RM10,000.
Aisha Retno menduduki tempat keempat diikuti oleh Putera Muhammad, tempat kelima, dan Zizi Kirana di tempat keenam.
Keenam-enam finalis juga menerima kejetuan apabila kesemuanya menerima wang tunai tambahan RM10,000 sebagai tanda penghargaan di atas usaha keras mereka daripada pihak penaja, Alha Alfa Cosmetic.
Episod akhir THSS turut menjemput penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri jemputan diiringi oleh Adlin Aman Ramli untuk duduk di meja panel juri bersama-sama tiga juri tetap rancangan iaitu Edry Abdul Halim, Dato’ Sri Rossa dan Zizan Razak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdullilah, kita sekarang berada di bulan Ramadan penuh barakah.
Setahun sekali menemui Ramadan, seharusnya kita tidak melepaskan peluang untuk mendekatkan diri kepadanya LEBIH berbanding bulan-bulan yang lain. Inilah masa untuk kita ikhlas dan rajin melakukan ibadah.
Namun, ada sesetengah remaja yang melihat kedatangan Ramadan sebagai satu bentuk kesusahan. Mengapa? Mereka merungut sebulan ini akan lapar, dahaga. Tambahan pula dengan cuaca tak menentu di Malaysia ini, lagilah tak tahan!
Haipp, korang lihat kesusahan berpuasa di Malaysia je. Ada negara lain yang lebih panas dan lebih panjang waktu berpuasa mereka berbanding kita tau!
Australia
11 Jam 46 Minit
Dari 5.18 pagi hingga 5.04 petang
Masjid Lakemba, Sydney.
Indonesia
13 Jam 20 Min
Dari 4.26 pagi hingga 5.48 petang.
Masjid Istiqlal, Jakarta.
Malaysia
13 Jam 52 Minit
Dari 5.33 pagi hingga 7.25 malam.
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Dubai UAE
15 Jam 15 Minit
Dari 4.00 pagi hingga 7.15 malam
Masjid Al Zarooni, Satwa Dubai
Mesir
16 Jam 2 Saat
Dari 2.55 pagi hingga 6.57 petang.
Masjid Sultan Hassan, Mesir.
Afghanistan
16 Jam 24 Minit
Dari 2.44 pagi hingga 7.06 malam
Kabul, Afghanistan.
Amerika Syarikat
16 Jam 36 Minit
Dari 3.57 pagi hingga 8.33 malam
State Dining Room, Washington DC.
Perancis
18 Jam 1 Saat
Dari 3.10 pagi hingga 9.51 malam
Paris, Perancis.
England
18 Jam 35 Minit
Dari 2.39 pagi hingga 9.14 malam
East London.
Rusia
19 Jam 33 Min
Dari 1.35 pagi hingga 9.08 malam
Moscow, Rusia.
Iceland
21 Jam 51 Minit
Dari 1.56 pagi hingga 11.47 malam
Rejkjavik, Iceland.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!