Proses siasatan insiden helikopter terhempas yang dinaiki oleh lagenda bola keranjang, Kobe Bryant dan 8 lagi mangsa lain masih diteruskan.

 

Begitu juga dengan reaksi sedih oleh para selebriti dan atlet sedunia – mereka masih sukar untuk menerima berita kematian Kobe dan anaknya, Gianna dalam tragedi yang berlaku Isnin lalu.

[Audio] Bunyi Dentuman, Helikopter Kobe Bryant Tiba-Tiba Terhenti Buatkan Netizen SEBAK

Walaupun kita masih tidak mendapat apa-apa perkhabaran terkini yang sahih mengenai punca kejadian, beberapa klip yang dikongsikan di media sosial ini meruntun hati ramai netizen yang menontonnya.

Klip yang diambil daripada kamera keselamatan kediaman di sekitar kawasan insiden jelas memperdengarkan bunyi bising daripada helikopter Sikorsky S-76B yang sedang berlegar di ruang udara mereka, beberapa saat sebelum waktu insiden tersebut berlaku.

IKLAN

 

IKLAN

Jelas, bunyi dentuman kecil kedengaran diikuti dengan bunyi senyap.

Kedua-dua kamera keselamatan itu menunjukkan jam 9.45 pagi di kawasan bukit Calabasas.

*

IKLAN

Menurut laporan awal, helikopter yang dinaiki mangsa menjunam 2000 kaki dari udara pada kelajuan sebelum terhempas di tepi pergunungan dan terbakar 42km/h.

7 lagi mangsa yang terlibat dalam insiden ini ialah jurulatih bola lisut John Altobelli, isterinya Keri, anak Alyssa, Sarah, Chester, Payton Chester, jurulatih bola keranjang Mamba Academy Christina Mauser dan juruterbang Ara Zobayan.

Lagenda NBA Kobe Bryant Antara 9 Korban Insiden Helikopter Terhempas

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI