Gambar sekadar hiasan.

Majlis Olahraga Dunia, badan induk bagi acara trek dan padang antarabangsa telah mengeluarkan undang-undang baharu melarang atlet transgender daripada menyertai pertandingan elit untuk wanita asli.

Dasar majlis itu akan berkuat kuasa mulai 31 Mac akan datang, sebahagian besar dasar tersebut menyasarkan atlet transgender yang beralih daripada lelaki kepada wanita selepas melalui akil baligh sebagai lelaki. Ia juga akan mengetatkan peraturan untuk atlet yang mengalami gangguan perkembangan seksual, mengurangkan separuh tahap testosteron yang boleh dimiliki oleh atlet untuk bersaing dalam acara wanita.

Keputusan ini diambil oleh majlis tersebut demi memberi “keadilan dan integriti” persaingan kepada wanita berbanding penyertaan. Walaupun majlis mengatakan tidak ada atlet transgender yang sedang dalam pertandingan trek dan padang antarabangsa, keputusan itu boleh menghalang beberapa orang yang pernah memenangi pingat Sukan Olimpik sebelum ini.

“Keputusan sentiasa sukar apabila ia melibatkan keperluan dan hak yang bercanggah antara kumpulan yang berbeza, tetapi kami terus berpandangan bahawa kami mesti mengekalkan keadilan untuk atlet wanita melebihi semua pertimbangan lain,” tulis Sebastian Coe yang merupakan Presiden Majlis Olahraga Dunia dalam satu kenyataan akhbar.

IKLAN

BUKAN ISU TERPENCIL

Sukan trek dan padang antarabangsa bukanlah satu-satunya sukan yang tidak mengiktiraf penyertaan atlet transgender. Tahun lepas badan induk dunia untuk renang, FINA, melarang wanita transgender daripada menyertai pertandingan renang wanita. Pada 2020 pula, Pertubuhan Ragbi Dunia juga memutuskan bahawa wanita transgender tidak boleh bermain ragbi di peringkat antarabangsa atas kebimbangan “keselamatan dan keadilan” untuk wanita bukan transgender.

IKLAN

Sementara itu di Amerika Syarikat, 19 negeri setakat ini melarang atlet transgender daripada menyertai pasukan atau sukan wanita. Di rumah perundangan merentas Amerika Syarikat , terdapat berpuluh-puluh lagi undang-undang baharu yang dicadangkan dilihat akan terus menyekat hak transgender.

IKLAN

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI