Selepas berjaya membawa pulang pingat gangsa pada Kejohanan Dunia Remaja IFMA 2025 di Abu Dhabi, atlet muda Muay Thai negara, Adrynna “Chicha” Thanicha, sekali lagi membuktikan kemampuan apabila berjaya meraih pingat emas pada edisi tahun ini di Greece.

Lebih membanggakan, atlet muda dari Sarawak itu berjaya melengkapkan koleksi pingatnya selepas turut meraih pingat perak dalam satu lagi kategori yang disertainya.

Atlet Muda Sarawak, Chicha Thanicha Bergelar Juara Dunia Muay Thai Di Greece!

Terpaksa Akur Dengan Perak Sebelum Bangkit Raih Emas

Dalam aksi final kategori tempur Bawah 12 Tahun 36kg pada 14 November lalu, Chicha berdepan wakil Kazakhstan, Amira Alzhanova.

Bagaimanapun, atlet daripada pasukan Rentap Muaythai itu terpaksa akur dengan kekalahan menerusi keputusan sebulat suara apabila ketiga-tiga pusingan berakhir dengan catatan 9-9-9, sekali gus menyaksikan dirinya membawa pulang pingat perak.

Ads

Atlet Muda Sarawak, Chicha Thanicha Bergelar Juara Dunia Muay Thai Di Greece!

Namun begitu, peluang Chicha untuk meraih gelaran juara dunia masih belum berakhir apabila dia sekali lagi turun beraksi dalam kategori teknikal Bawah 12 Tahun 38kg.

Kali ini, Chicha berjaya menewaskan wakil Perancis, Lina Badouch dengan catatan 10-10-10 berbanding 9-9-8, sekali gus memastikan atlet muda itu berdiri di puncak podium untuk membawa pulang pingat emas.

Ads

Atlet Muda Sarawak, Chicha Thanicha Bergelar Juara Dunia Muay Thai Di Greece!

Pernah Raih Gangsa Ketika Berusia 10 Tahun

Untuk rekod, Chicha sebelum ini pernah meraih pingat gangsa dalam kategori Junior 10–11 Female -32kg pada Kejohanan Dunia Remaja IFMA 2025 yang berlangsung di Abu Dhabi.

Atlet Muda Sarawak, Chicha Thanicha Bergelar Juara Dunia Muay Thai Di Greece!

Ads

Ketika itu, dia baru berusia 10 tahun dan kejayaan terbaharunya di Greece membuktikan peningkatan prestasi yang cukup membanggakan dalam tempoh setahun.

Sebagai makluman, Kejohanan Dunia Remaja IFMA 2026 yang bermula pada 6 November lalu melabuhkan tirainya pada 16 November di Olympia, Greece.

Atlet Muda Sarawak, Chicha Thanicha Bergelar Juara Dunia Muay Thai Di Greece!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads