
Jutaan tahniah buat atlet muda berbakat besar dari Sabah, Alya Marissa binti Maizul Anuar!
Atlet ini baru saja mengharumkan nama negeri selepas berjaya merangkul pingat emas acara 3000 meter Terbuka Perempuan di Kejohanan MSSM 2025
yang berlangsung di Kangar, Perlis.Dengan catatan masa 10 minit 56.39 saat, Alya bukan sahaja muncul juara kebangsaan, malah menjadi satu-satunya peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan di bawah 11 minit.
Prestasi ini jelas menunjukkan tahap kesediaan dan komitmen tinggi yang dimiliki oleh atlet pelapis berusia muda ini.
Menariknya, kemenangan ini hadir hanya beberapa minggu selepas Alya mencipta rekod baharu MSS Sabah di Tambunan pada awal Julai lalu dengan catatan masa 11:11.97s.
Dengan rentak kecemerlangan sebegini, tak mustahil Alya berpotensi melangkah lebih jauh dalam arena olahraga, khususnya acara jarak jauh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti
Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.SUMBER: Facebook & Majlis Sukan Negeri Sabah