..dan ini merupakan kali pertama dia menyertai Kejohanan Dunia!
Pada awalnya, atlet berusia 15 tahun iaitu Muhammad Aliff Mohd Azizi tak meletakkan apa-apa expectation pun semasa menyertai Kejohanan Muay Thai Dunia ke 16.
Berlangsung di Bangkok Thailand, penyertaan sulungnya itu sekadar untuk menimba pengalaman bersaing dalam kejohanan bertaraf dunia. Bukan mudah untuk melepasi senarai peserta dari 60 negara dan layak ke kejohanan tersebut.
Ads
And for that we are proud of him!
Bercakap kepada rakan media di BERNAMA, Muhammad Aliff menganggap kejayaan merangkul 2 pingat emas itu adalah kerana semangat dan dorongan daripada keluarga, jurulatih dan pihak-pihak yang terlibat.
Ads
“Sokongan ayah, Mohd Azizi Bakar, jurulatih Azrol Mohammad dan rakan sepasukan membuatkan saya sentiasa fokus dan terus positif sehingga berjaya,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, Butterworth itu.
Untuk pengetahuan, abangnya Muhammad Adam Mohd Azizi, 17, juga berjaya memperolehi satu pingat perak dalam kategori remaja 54-57 kilogram.
Pada kejohanan yang berlangsung dari 12 hingga 20 Mac itu, Muhammad Aliff bersaing dalam kategori kadet 45-48 kilogram. Walaupun mempunyai purata berat badan sama, saiz tubuhnya nyata jauh lebih kecil berbanding atlet negara lain yang besar dan tinggi.
Semoga dengan kejayaan ini, pusat latihan Muay Thai dapat ditambah baik dengan fasiliti lengkap untuk meningkatkan semangat atlet Muay Thai mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem seram bakal menemui penonton di pawagam pada 15 April ini, The Unholy yang diadaptasi berdasarkan novel popular ‘Shrine’ karya James Herbert.
Filem yang dibintangi oleh Jeffrey Dean Morgan, Katie Aselton, William Sadler, Cricket Brown, Diogo Morgado, Cary Elwes menceritakan tentang seorang wartawan yang bernama Gery Fenn cuba untuk menghidupkan kembali kerjayanya dan berhijrah ke bandar kecil New England untuk menyiasat.
Fenn menemui seorang gadis muda yang cacat pendengaran dikenali sebagai Alice. Namun selepas dikunjungi ‘Virgin Mary’, dia mampu mendengar, berbicara dan menyembuhkan penyakit. Berita mengenainya tersebar, dan ramai orang datang untuk melihat keajaibannya.
Daripada keajaiban itu rupa-rupanya tersembunyi sebuah rahsia yang dapat dirungkai oleh lelaki itu. Fenn berusaha untuk membantu Alice dan masyarakat di sekitar Benfield agar tidak terpedaya dengan ‘Virgin Mary’ itu.
Filem ini memaparkan kepercayaan yang dianuti oleh agama Kristian yang menyanjung ‘Bonda Tuhan’ mereka iaitu Mary. Marry dianggap mampu memberikan keajaiban kepada masyarakat yang mempercayai kewujudannya dan melihatkan kepada penyembuhan Alice dan seorang lagi kanak-kanak lelaki cacat yang sudah boleh berjalan, ramai yang menyanjung dan memuja ‘Bonda Tuhan’ itu.
Jalan cerita filem ini boleh dikatakan straight forward dan tidak akan membuatkan penonton tertanya-tanya kerana semuanya telah disusun dengan baik. Pada mulanya, kami juga terfikir apakah konflik filem ini kerana diawalnya semuamya seperti ‘baik-baik’ sahaja. Bermula dengan agak perlahan, The Unholy berjaya mengalihkan semula perhatian penonton untuk lebih fokus melihat apakah yang akan berlaku seterusnya.
Apa yang menariknya, diakhir filem ini ada tertulis mesej yang bermaksud lebih kurang “jangan mempercayai musang berbulu ayam yang menggunakan agama untuk memperdayakan orang lain”. Tiba-tiba kami terfikir tentang isu yang sering disebut oleh masyarakat Malaysia, si ‘penunggang agama’. Tak sangka pula ‘mat salleh’ pun ada yang ‘menunggang agama’. Hiks!
Jangan lupa saksikan The Unholly yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 15 April 2021. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kolaborasi Kaka Azraff, Loca B dan Noki Kclique nampaknya mendatangkan hasil apabila lagu nyanyian mereka berjaya menambat hati juri pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35. Seakan tidak percaya, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji meluahkan rasa syukur apabila lagu ciptaan bersama Ezra Kong, Loca B dan dirinya sendiri dinobatkan sebagai pemenang.
“Sejujurnya memang saya mengharapkan kejayaan lagu Gila ini di pentas akhir AJL 35. Sebelum ini ada banyak hint yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan, sepertinya lagu ini bakal mendapat pengiktirafan. Tetapi, saya tidaklah berharap untuk menjadi juara. Asalkan dapat tempat di dalam senarai pemenang, kami sudah cukup berpuas hati,”
“Ketika diumumkan Aina Abdul sebagai naib juara, waktu tu saya seperti dapat merasakan bahawa kami sudah tidak ada rezeki untuk mendapat tempat dalam AJL 35 itu. Tetapi, sebaik sahaja diumumkan lagu Gila sebagai juara, memang saya rasa terkejut dan kalau korang boleh nampak, saya terduduk di atas pentas. Muka dah ganas, buat lirik rap, tapi menangis bila diumumkan sebagai pemenang,” jawab Noki sambil ketawa.
Kemenangan ini sememangnya memberi satu makna besar buat Noki kerana sekali lagi, mereka telah membuktikan bahawa muzik rap mampu untuk memberikan persaingan dan diiktiraf di anugerah berprestij.
“Alhamdulillah, semakin muzik rap diterima ramai, semakin murah rezeki untuk artis-artis hip hop mencari rezeki di negara kita. Ini membuka lebih banyak peluang untuk penggiat seni hip hop mendapat tempat dalam industri muzik,”
“Kalau nak cerita tentang pembabitan saya dalam lagu ini pula, sebenarnya saat pertama kali diberikan demo untuk lagu Gila ini, saya terus bersetuju kerana merasakan ia adalah sesuatu yang unik. Lagu ini tidak common dan muziknya juga segar. Pendek kata, pendengar tidak akan pernah mendengar bait-bait lagu ini seperti lagu-lagu lain,”
“Lirik yang ditulis oleh saya ini juga berlaku secara on the spot sewaktu rakaman. Pada mulanya, lirik yang dibuat tanpa melodi, tapi bila waktu rakaman tu barulah semuanya dilengkapkan,” kongsi Noki.
Nama Kclique bukan hanya dikenali sebagai kumpulan rap, seperti yang kita sudah maklum, mereka juga menghasilkan lagu single tersendiri dan kolaborasi bersama penyanyi lain. Selain Noki, anggota Kclique yang lain turut aktif dalam projek solo mereka sendiri, termasuklah MK, Tuju, FareedPF dan SoMean.
Namun, kejayaan Noki di pentas akhir AJL 35 telah membuka mata ramai, sekali gus membuktikan bahawa usahanya selama ini tidak sia-sia.
“Sebenarnya kemenangan ini bukan untuk Noki, tapi ia adalah rezeki buat keluarga Kclique. Mereka sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah menghalang jika salah seorang daripada kami ingin berkarya secara solo atau berkolaborasi bersama orang lain,”
“Setiap ahli Kclique yang mempunyai projek solo, pastinya kami semua memberikan sokongan dan kejayaan saya pada malam AJL 35 itu juga adalah kejayaan bersama Kclique,” jelasnya lagi.
Noki juga menjelaskan bahawa dia kini sibuk dengan persembahan pentas bersama Kclique, selain mereka juga sedang mempersiapkan album penuh.
“Buat masa ini saya memang memberikan keutamaan kepada Kclique kerana kami sedang dalam usaha menyiapkan album penuh. Namun, insyaAllah saya juga akan menghasilkan single terbaru yang akan dilancarkan dalam tahun ini,” tambahnya.
Sekali lagi Remaja ingin mengucapkan tahniah kepada Noki, Kaka Azraff, Loca B dan Ezra Kong kerana dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 35.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kim Namjoon, yang dikenali secara profesional sebagai RM dan ahli kumpulan K-pop terkenal BTS tular baru-baru ini di media sosial berikutan keputusannya untuk berkongsi lagu ‘Bad Religion’ Frank Ocean di Instagram Story beliau.
Meski kelihatan enteng pada awalnya, tindakan penyanyi tersebut telah mencetuskan gelombang tindak balas antara dengan peminat dan pengkritik mengenai dakwaan Islamofobia.
Namjoon yang sering berkongsi lagu kegemarannya bersama peminat menerusi laman Instagram mula dibadai kontroversi apabila mendedahkan lagu Bad Religion dari Frank Ocean selaku lagu yang disukainya di aplikasi tersebut.
Tanda pagar #RM_Apologize_to_Muslims dengan pantas mendapat perhatian di pelbagai platform media sosial, dengan majoriti penyokong dan pengkritik pemuzik berkongsi pendapat mereka tentang isu hangat tersebut.
Lagu yang dimaksudkan, Bad Religion merupakan sebahagian daripada album studio sulung Frank Ocean ‘Channel Orange’ pada tahun 2012 yang meneroka tema cinta tidak berbalas dan menggambarkan metafora antara keadaan emosi tersebut dan agama.
Pertikaian paling merisaukan para peminat adalah lirik “Allahu Akbar” yang disebut di dalam lagu tersebut dek kerana ia membawa maksud Allah Maha Besar.
Penggunaan frasa tersebut dalam konteks lagu itu telah menimbulkan kemarahan dan mendapat kritikan daripada komuniti penganut agama Islam yang menganggapnya tidak sesuai dan menyinggung perasaan.
As a Muslim , I’m a BTS army since 4 years and I love BTS more than you can imagine. But this is totally unacceptable. No one can disrespect our Islam . This is the first time I’m hurt by BTS but I do know they can’t hurt anyone . Everyone makes mistakes. Rm apologise to Muslims pic.twitter.com/RX4HJJURf8
Baris-baris, “Dia berkata ‘Allahu Akbar’ diulangi sepanjang lagu dan telah mencetuskan perdebatan baharu tentang sensitiviti budaya dan penghormatan agama.
Para peminat juga berpendapat bahawa selaku duta UNICEF, penyanyi popular tersebut perlu lebih peka dan sensitif dengan setiap perkongsian beliau di media sosial dan elakkan dari menyiarkan lagu yang mempunyai maksud penuh kontroversi agama atau perkauman.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Koreaboo, Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!