Pelakon, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah dan isteri, Alia Natasha selamat bergelar ibu bapa dengan kelahiran bayi lelaki, Isnin lalu di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor.
Perkhabaran gembira yang dikongsikan oleh Atiq, 26 menerusi akaun Instagram itu turut mendedahkan nama yang diberikan buat cahaya mata sulung mereka berkenaan.
“Raja Muhammad Aaryan. Selamat datang ke keluarga kami, bayiku yang amat istimewa. Alhamdulillah atas rezeki yang sangat indah dari Allah SWT,” catatnya.
Dengan penuh harapan, Atiq yang menempah populariti menerusi drama bersiri Nur mendoakan agar Aaryan membesar menjadi seorang anak yang soleh, kuat, bijaksana dan dilindungi Allah dalam setiap langkah kehidupan.
“Semoga Allah memberkatimu dengan rezeki kesihatan berpanjangan, iman yang teguh, rezeki yang luas dan hati yang sentiasa penuh dengan kasih sayang.”
Pada masa yang sama, Atiq turut memanjangkan ucapan panjang lebar buat isterinya sambil menyifatkan Alia sebagai wanita paling kuat yang pernah dikenalinya.
Ads
“Dan buat isteriku tercinta, terima kasih atas pengorbanan, kesabaran dan kekuatan yang tidak terungkap dengan kata-kata.
“Awak adalah wanita paling kuat yang saya kenali, dan hari ini menjadi saksi betapa besarnya kasih sayang seorang ibu.
“Terima kasih kerana menghadiahkan keluarga ini sebuah anugerah yang paling berharga,” ungkapnya lagi.
Ads
Rakan Selebriti Ucap Tahniah
Tinjauan di ruangan komentar mendapati barisan selebriti menjadi antara pengguna media sosial terawal untuk memberikan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.
“MashaAllah, congratulations to the new parents.” – Penyanyi, Yasmin Aziz
“Congrats brother.” – Penyanyi, Zynakal
“Tahniah brother!! Alhamdulillah.” – Pelakon, Esma Daniel
Ads
“Alhamdulillah, tahniah Atiq dan isteri.” – Penyanyi, Tajul
Selain Raja Atiq, dua lagi selebriti tempatan yang selamat menimang cahaya mata pada awal tahun 2026 termasuklah Aryan Naim dan Ain Edruce.
Sebagai info, Atiq dan Alia telah mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2025 dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata pada bulan Jun, tahun yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemilik nama Alif Satar bukan asing di persada seni tanah air. Terkenal dengan sikap romantik terhadap isteri dan anak-anaknya. Malah, pernah saja Alif mendapat gelaran lelaki paling gentleman dan juga disenangi ramai orang kerana sikapnya terhadap orang ramai.
Terbaru, Alif sekali lagi menjadi perhatian apabila tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan pelakon dan penyanyi Alif Satar dilihat melayan peminat yang ingin bergambar dengannya.
Apa yang menjadi perhatian, Alif dilihat berbual mesra dengan peminatnya itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai bisu menggunakan bahasa isyarat.
Malah, pengguna TikTok yang memuat naik sebuah video berdurasi 00:42 saat itu memaparkan tindakan Alif Satar melayan peminat yang ingin bergambar dengannya di hadapan sebuah lif.
Lebih menarik, peminatnya itu merupakan seorang pekerja di bangunan tersebut dan dipercayai orang kelainan upaya (OKU) percakapan (bisu).
Tidak kekok melayan peminatnya itu, Alif sebaliknya berkomunikasi dengan pekerja tersebut menggunakan bahasa isyarat. Malah, boleh dikatakan begitu lancar dan fasih!
Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan dan dia juga fasih menggunakan bahasa isyarat!
Tambah pemilik akaun tersebut yang dikatakan rakan kepada Alif Satar itu, dia juga tidak menyangka bahawa pengacara Big Stage tersebut boleh menggunakan bahasa isyarat dengan baik.
Difahamkan, Alif boleh menggunakan bahasa isyarat kerana ibunya merupakan bekas guru pendidikan khas yang mengajar kanak-kanak OKU pendengaran dan percakapan.
Pujian Warganet
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen memuji dan ada juga peminat mengatakan sikap positif dan keperibadian Alif itu patut dicontohi oleh netizen di luar sana. Di bahagian komen, netizen menggelarkan Alif sebagai seorang ‘influencer’ yang serba boleh dan juga versatil kerana mempunyai pelbagai bakat selain ‘bersih’ dari sebarang kontroversi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula Sabtu hari itu, peminat kumpulan K-pop Big Bang terpaksalah bersabar, berkumpul dan menanti momen comeback ahli kumpulan tersebut setelah salah seorang daripada ahlinya, G-Dragon tamat latihan ketenteraan di Pusat Kawalan Tentera Korea Selatan, Yongin.
Kalau korang nak tahu, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong,31 telah tamat latihan secara rasminya pada Sabtu yang lalu selepas selesai menjalani latihan ketenteraan secara wajib selama dua tahun.
Di Korea Selatan memang diwajibkan perkhidmatan ketenteraan selama dua tahun kepada semua lelaki yang berusia di antara 18 hingga 35 tahun. Dasar ketenteraan itu diperkenalkan sejak tahun 1957 dan wajib diikuti oleh mereka yang bermastautin di negara itu. So memang tak boleh nak lari dari tanggungjawab ini walau korang superstar macam mana pun.
Macam ‘Konsert’ Berkumpul
Paling wow! Hampir lebih 3000 peminat menunggu bintang kesayangan mereka ini. Rata-rata peminat cukup teruja dengan berita mengenai G-Dragon sehingga tular di media sosial. Berita ini membuatkan kebanyakan daripada fans tegarnya gembira menanti penampilan penyanyi dan komposer itu setelah 2 tahun menyepi. Sudah tentu, ini detik yang akan dinanti-nantikan oleh ramai peminat.
‘The King You Are’
Ada juga peminat yang teruja dengan kemunculan semula G-dragon. Dengan kembalinya tonggak utama Big Bang ini, adakah kumpulan ini bakal kembali dan G-dragon akan menyelamatkan Big Bang macam The King?
Handsome Berimej Kemas
Beberapa keping foto menunjukkan G-Dragon pada hari tersebut. Kini, G-Dragon yang terkenal dengan fesyen rambut berani dahulu sudah memotong rambutnya pendek dengan stail buzzcut.
Hey, walaupun dengan penampilan rambut pendek tapi masih nampak handsome okay!
Hebat penangan bintang K-pop G-dragon ni sampai satu dunia menyambut kepulangan beliau ke industri. Tak sabar pula penulis menanti G-Dragon untuk kembali mewarnai dunia hiburan…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Serangan’ warganet terhadap beberapa peserta program nyanyian Big Stage 2023 hujung minggu lalu hadir dengan alasan kukuh dan bukannya tanpa asas.
Cumanya, bukan kualiti persembahan dan vokal yang diserang. Sebaliknya, isu kod pemakaian sesetengah peserta sewaktu program siaran langsung itu telah menjadi topik perdebatan di platform media sosial.
Antara nama-nama yang terpalit termasuklah Nadeera Zaini dan kumpulan COEX. Tentunya soal pemakaian bersesuaian lebih terarah kepada penghibur wanita kerana sensitiviti masyarakat di Malaysia yang mengamalkan pemakaian bersederhana (biarpun Naufal Azrin juga tidak terlepas daripada ‘serangan’ warganet pada konsert minggu pertama dan kedua).
Pemakaian Nadeera umpamanya dikritik kerana tidak menepati syariah sewaktu mendendangkan lagu Rahmatun Lil ‘Alameen nyanyian asal Maher Zain.
Lagu berbentuk kerohanian yang memuji Rasulullah SAW itu dipilih Nadeera untuk lari daripada tema klise percintaan sesama manusia dan niatnya adalah untuk meluahkan rasa cinta kepada baginda Nabi tersayang.
Nadeera Zaini
Namun sayangnya, soal pemakaian Nadeera pula yang dilihat tidak bersesuaian sekaligus dijadikan isu.
Buat kumpulan COEX pula yang dianggotai oleh Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan; penampilan babak kedua persembahan setelah mereka menanggalkan gaun perkahwinan serba putih tidak boleh diterima oleh majoriti penonton.
Ditambah pula dengan gaya tarian yang dirasakan mengundang kritikan dan tidak sesuai bagi tontonan umum; COEX terpaksa menelan segala cercaan warganet terutamanya di laman Twitter dan TikTok.
REMAJA mendapatkan respon balas penerbit Big Stage musim kelima, Firdaus Mahadi mengenai isu pola pemakaian pesertanya bagi musim ini. Tidakkah mereka melalui fasa ‘mengimbas’ persalinan para peserta sebelum malam persembahan?
Penerbit Big Stage musim kelima, Firdaus Mahadi.
“Sebenarnya, setiap kali melakukan full-dress rehearsal, kita memang akan lakukan wardrobe & makeup check.
“Bagi pasukan Nadeera, bajunya telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (Astro dan pasukan wardrobe Nadeera) di mana kita nasihatkannya untuk tone down her look. itu adalah gaya terbaik yang Nadeera boleh berikan kepada kami.”
COEX
“Bagi COEX pula, kita juga sudah screening semalam. Pakaian mereka pada ini sebenarnya adalah versi ketiga selepas kita nasihatkan untuk tukar.
Versi akhir ini sudah tone down banyak di bahagian-bahagian yang perlu. Cuma saya rasa, netizen judge berdasarkan tarian mereka dan itu yang membuatkan persembahan mereka menonjol ke arah sebegitu,” ulas Firdaus.
Dalam pada itu, Firdaus mewakili pihak produksi Big Stage 2023 tetap akan mengambiil teguran warganet dan menambah baik soal pemakaian peserta demi kelangsungan program.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan membetulkan tidur, menyelesaikan puasa ganti, memperbaiki solat, kurangkan minuman manis, dan tetapkan niat, kita masuk Ramadan lebih tenang dan bermakna.