Kemalangan jalan raya sememangnya tidak berbau biar secekap mana pun pemandu atau penunggang motosikal. Begitulah yang terjadi kepada penyanyi dan penerbit rakaman, Zynakal yang terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika sedang menunggang motosikal miliknya di sebuah persimpangan jalan terletak di Sentul, Kuala Lumpur.
Zyn atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengikuti trip menunggang motosikal bersama rakan-rakan lain termasuklah pelakon, Atiq Azman dan Nabil Aqil ke Genting Highlands.
Atiq ketika dihubungi REMAJA memberitahu bahawa kemalangan tersebut bersifat minor dan Zyn tercedera di lutut; bahagian badan sama yang tercedera sewaktu Zyn terlibat dalam satu lagi kemalangan jalan raya, tidak lama dahulu.
“Sebenarnya kami hanya ke Genting Highlandsuntuk melihat pemandangan matahari terbenam. Tiada perancangan di luar jangkaan pun. Setelah tiba di sana kira-kira jam 7 petang; sedikit terlambat daripada waktu yang kami rancang sebabkan kesesakan trafik, kami turun semula dari puncak pada jam 9 malam.
“Ketika dalam perjalanan pulang, kami sempat lagi berhenti di stesen minyak berdekatan tol Gombak bagi memastikan kelima-lima ahli (termasuk seorang rakan Atiq dan seorang rakan Nabil) ada. Saya kemudian mengekori motosikal Zyn untuk menghantarnya pulang ke rumah.
Ads
“Setiba di satu simpang jalan, ada sebuah kereta yang tidak dapat mengagak ingin belok ke kanan atau ke kiri. Waktu itu, Zyn berada betul-betul di belakang kereta itu. Kereta seakan ingin belok ke kanan tetapi pemandu kemudian belok semula ke kiri tanpa memberi signal. Akibat perbuatan itu, Zyn terpaksa brek kecemasan bagi mengelak kereta yang ada di laluan kiri.”
“Mujur Zyn tidak terlanggar mana-mana kereta dan dia hanya terjatuh ke jalan,” kongsi Atiq yang berpengalaman menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Tambah Atiq, dia terus bergegas ke Zyn dan mendapati penyanyi itu mengalami kecederaan di bahagian parut lamanya namun tidak mengalami kecederaan serius lain. Zyn kemudian dibawa ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Bila berlaku kejadian sebegini, nasihat saya kepada penunggang remaja adalah untuk menjaga kebajikan rakan kita itu seperti keluarga sendiri. Hentikan kereta atau motosikal di bahu jalan agar tidak menganggu laluan orang lain dan hubungi nombor kecemasan bagi mendapatkan bantuan.
Ads
“Jangan sesekali cuba menimbulkan pergaduhan. Jangan ajak geng untuk pukul seseorang kerana negara kita ada undang-undang.”
“Tidak kiralah kita berada di pihak benar ataupun salah; jika boleh selesaikan kes secara baik, itu lebih bagus.”
“Saya pun pernah terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dan saya belajar daripada cara rakan-rakan saya menguruskan situasi pada waktu itu,” katanya.
Dalam perkembangan lain. Atiq baharu sahaja menamatkan penggambaran bagi sebuah projek drama terbaru.
FOTO: Instagram Atiq Azman
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Diam tak diam tahun 2022 sudah pun memasuki bulan keempat dan seperti kebiasaannya, peminat kdrama pasti menantikan drama-drama terbaharu yang bakal ditayangkan. Bulan ini, terdapat 9 lagi kdrama Korea yang akan menghiburkan korang.
Let’s check this out!
Tomorrow
Menceritakan tentang kisah Joon Woong yang terlibat dalam satu kemalangan dan koma selama tiga bulan. Sepanjang tempoh koma itu, dia direkrut oleh pasukan ‘malaikat maut’ untuk menyelamatkan manusia daripada membunuh diri.
Green Mother’s Club
Mengisahkan tentang lima orang ibu yang semuanya mempunyai anak yang masih bersekolah rendah dan sering bertemu di sekitar sekolah. Masing-masing mempunyai masalah tersendiri yang tidak dapat mereka atasi. Perjumpaan bersama ibu-ibu ini menjadi mereka sering meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi.
The Killer Shopping List
Drama ini berkisarkan tentang Ahn Dae Sung, juruwang pasaraya yang mempunyai ingatan luar biasa dan menyiasat sebuah kes pembunuhan. Satu-satunya petunjuk dalam kes ini adalah resit daripada pasaraya tempat dia bekerja.
Love All Pay
Park Tae Joon merupakan seorang pemain badminton yang menganggap sukan itu sebagai satu kerjaya. Keghairahannya terhadap badminton bermula apabila dia ingin memikat seorang gadis, Park Tae Yang iaitu pemain badminton Olimpik yang meninggalkan sukan itu selama tiga tahun kerana skandal rasuah.
Mereka berdua bertemu sebagai pemain beregu campuran dalam satu pasukan badminton dan bermulalah bibit-bibit cinta antara mereka.
Again My Life
Menceritakan tentang seorang pendakwa raya , Kim Hee Won yang jujur. Ketika menyiasat sebuah kes korupsi seorang ahli politik, dia telah mati dibunuh. Tetapi Hee Won hidup kembali dan memulakan rancangan untuk membalas dendam.
My Liberation Diary
Drama JTBC ini menceritakan tentang kisah tiga adik beradik yang ingin lari daripada kehidupan di Kampung Sanpo. Keadaan mula berubah apabila munculnya En Goo, lelaki misteri yang sering mabuk tiba-tiba muncul di kampung itu.
Shooting Stars
Drama ini mengisahkan tentang seorang pegawai perhubungan awam, Oh Han Byeol yang terkenal dalam industri hiburan kerana kebolehannya. Gong Tae Sung seorang bintang yang mempunyai ramai peminat kerana imejnya yang baik dan sopan, tetapi bintang itu mempunyai sisi lain dibelakang peminatnya, iaitu seorang yang ganas.
Monstrous
Kisah misteri seram ini mengisahkan tentang Jung Ki Hoon, seorang ahli arkeologi yang gemar mencari fenomena ghaib dan pelik menjalankan kajian terhadap ‘Gwibul’ (patung Buddha yang dirasuk kuasa jahat).
Our Blues
Drama ini dibintangi oleh aktor terkenal Lee Byung Hun yang membawakan watak sebagai Lee Dong Seok. Ia menceritakan tetang seorang lelaki yang lahir di Pulau Jeju dan kini menjual barang daripada traknya. Dia kemudiannya bertemu dengan ramai orang daripada latar belakang yang berbeza dan mempunyai masalah kehidupan masing-masing.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon kelahiran tanah air yang kini menuai nama di persada antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya disatukan dengan jejaka pilihan hatinya Jean Todt, selepas 19 tahun menjalin ikatan tali pertunangan.
Terbaharu, ibu tercintanya, Datin Janet Yeoh, memaklumkan beliau tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung Khamis lalu di Geneva, Switzerland.
Menerusi laporan Sinar Harian, Janet bagaimanapun melihat ‘kerahsian’ berkenaan dari sudut pandang positif, selain berharap pelakon filem popular Everything Everywhere All at Once itu akan mengadakan majlis resepsi di Malaysia kelak.
“Anak saya memang sentiasa menghubungi saya tetapi menerusi perbualan dua minggu lalu, dia tidak bercakap mengenai perkara itu (majlis perkahwinannya).
“Mungkin dia sengaja nak berikan kejutan kepada saya,” katanya dalam wawancara bersama media berbahasa Cina, baru-baru ini.
Pada masa sama, Janet juga adalah individu paling gembira dengan berita perkahwinan tersebut, tambahan pula selama ini dia kerap meminta mereka agar segera berumah tangga.
“Todt sudah banyak kali melamar dan dia hanya ketawa serta mengatakan seronok setiap kali dilamar. Todt memang terlalu cintakan Michelle,” tambahnya lagi.
Sekadar informasi, berita perkahwinan Michelle dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt, 70, diketahui ramai selepas bekas pelumba Formula Satu (F1), Felipe Massa berkongsi dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.
Perkahwinan itu menoktahkan penantian Todt selama 19 tahun untuk menjadi suami Michelle selepas mereka bertunang pada 26 Julai 2004.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perayaan Hari Krismas masih disambut dengan penuh meriah dalam keadaan berjaga-jaga walaupun serba sederhana.
Selebriti K-Pop kegemaran korang juga tidak ketinggalan untuk berkongsi momen perayaan Krismas, baju mereka dan ucapan yang sweet bersama peminat masing-masing.
Jom lihat 12 orang idol pilihan REMAJA dengan posting Hari Krismas mereka.
Surprise! Hadiah Krismas daripada saya dan Jay iKON. Saya harap kamu semua akan sukakannya, Merry Christmas! Ini adalah lagu cover oleh ikon Jin Hwan-eun, ia merupakan lagu yang mendaki carta di Filipina. Jika kamu melihat liriknya, ia adalah lagu yang kamu ingin kongsikan bersama orang yang tersayang. Ia adalah lagu yang saya dedikasikan kepada Blackjack
.
.
02
Key SHINee
.
.
03
Lay Zhang
Merry Christmas semua! Saya ucapkan agar semua orang selamat dan gembira!
.
.
04
Jisoo Blackpink
Merry Christmas semua! Saya berharap agar semuanya sihat dan gembira bersama yang tersayang.
.
.
05
Amber f (X)
.
.
06
Jackson Wang
.
.
07
Hyoryn SISTAR
Hadiah Krismas! Santa Is Coming For Us nyanyian SIA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.