
Pelakon muda, Atiq Azman mencuri perhatian warganet selepas membuat hantaran di platform Threads mengenai hasratnya untuk mencari kerja sambilan.
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama penuh Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, menjelaskan dia bersedia melakukan apa sahaja pekerjaan demi menambah pendapatan.
Tambahnya lagi, keputusan itu bukan kerana ingin meninggalkan dunia lakonan, sebaliknya sekadar ikhtiar mencari rezeki tambahan buat masa ini.
“Bukan saya tak nak belakon cuma sekarang, nak cari gaji lebih itu sahaja. Terima kasih,” coretnya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen tampil memberi cadangan kerja yang bersesuaian.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar perjalanan kerjaya dan rezeki Atiq dipermudahkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti
Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.