
Pelakon tampan, Atiq Azman berkongsi khabar paling bermakna dalam hidupnya apabila dia dan isteri tersayang, Alia Natasha, kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Atiq, menerusi satu hantaran menyentuh hati di Instagram sempena ulang tahun kelahiran isterinya.
Dalam ucapan penuh emosi tersebut, Atiq menyatakan rasa syukur dan cinta buat wanita yang kini bakal bergelar ibu.
Atiq juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kekuatan isterinya sepanjang fasa awal kehamilan.
Dalam hantaran sama, Atiq turut menitipkan doa agar Alia terus diberi kekuatan dan menjadi ibu terbaik buat anak mereka nanti.
“Semoga umurmu diberkati sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan setiap langkah sebagai bakal ibu.
Sekadar info, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 21 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima hampir 10,000 tanda suka di Instagram dan dibanjiri ucapan tahniah serta doa daripada peminat dan rakan artis yang tumpang gembira dengan perkhabaran manis itu.