Bahan-bahan alami yang ada di sekeliling kita sememangnya banyak kegunaannya. Mudah dicari dan paling penting murah untuk dibeli jika tidak rajin menanamnya.

Korang pernah alami masalah keguguran rambut tak? Kadang rimaskan sebab rambut berterabur di sana sini. Ada satu ketika kita sendiri rasa geli untuk mengemasnya. Hah, bagi korang yang ada masalah rambut gugur ini, boleh saja gunakan petua dikongsi oleh Founder Suzy Honey Internasional ini di fbnya atas nama Suzy Honey mengenai petua atasi rambut gugur.

Atasi Rambut Gugur & Berbau! Guna Limau Purut & Pati Santan, Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Banyak perkongsiannya dari beliau mengenai khasiat herba dan tumbuhan di hutan

Baca perkongsianya yang telah mendapat ribuan syer mengenai keadah senang atasi rambut gugur nie.

Anak saya Nadia merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak . Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan Nadia secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya saya menyediakan satu resepi yang memudahkan Nadia untuk menggunakannya setiap kali diperlukan.

IKLAN

Wanita ramai yang mengalami masalah rambut keguguran dan tak kurang juga masalah kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh. Ini mungkin antaranya faktor, masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.

Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut.
Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.

Ini resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur. Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar :

IKLAN
  1. 4 ke 5 biji limau purut dipotong
  2. 1 gelas santan kelapa yang asli diperah – lebih baik guna santan segar lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut menjadi sihat.
  3. Kedua bahan tersebut di blender sehingga hancur dan kemudian masukkan ke dalam bekas ais cube. Masukkan dalam peti beku .

Sila rujuk pada gambar di bawah ini untuk stepnya.

Atasi Rambut Gugur & Berbau! Guna Limau Purut & Pati Santan, Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Buah limau purut dipotong. Langkah 1
Atasi Rambut Gugur & Berbau! Guna Limau Purut & Pati Santan, Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Masukkan buah limau purtut ke dalam pati santan. Blender sehingga lumat. Langkah 2
Atasi Rambut Gugur & Berbau! Guna Limau Purut & Pati Santan, Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Masukkan ke dalam bekas ais kiub, rata-ratakan dan kemudian bekukan di dalam peti ais. Langkah 3
Atasi Rambut Gugur & Berbau! Guna Limau Purut & Pati Santan, Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Inilah hasilnya. Ambil seketul seketul dan gosok pada kepala. Bukan saja boleh atasi rambut gugur tapi masalah rambut berbau hapak

Cara untuk rawatan, diambil 1 ke 2 ketulan ais cube limau purut santan tersebut dan gosokkan ke kulit kepala. Ianya dapat menguatkan akar rambut dan menghilangkan pening kepala juga. Boleh di lakukan seminggu 2 kali. Untuk mendapatkan kesan.

IKLAN

SuzyHoney
Cantik Sihat cara natural.

Sumber : FB SUZY HONEY

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI