Terbaru, selepas menerima permintaan luar biasa daripada peminat tegar kumpulan rock terkenal, My Chemical Romance (MCR) di Malaysia telah membuahkan hasil apabila konsert mereka di Kuala Lumpur ditambah kepada dua malam berturut-turut.
Pengumuman ini dikongsi oleh penganjur, Hello Universe menerusi media sosial selepas 60,000 tiket bagi malam pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil habis terjual dalam masa kurang dua jam. Situasi ini turut mencetuskan kekecohan dalam kalangan peminat, terutama apabila wujudnya gangguan teknikal dan penjualan semula tiket oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, konsert tambahan ini bakal berlangsung pada 1 Mei 2026, sehari selepas persembahan asal yang dijadualkan pada 30 April 2026, menjadikan Malaysia satu-satunya negara Asia Tenggara dengan dua malam persembahan.
“Rasmi! Doa anda termakbul dan suara anda didengari, Malaysia!”
“Bersedia untuk satu-satunya persembahan kedua yang ditambah untuk Asia Tenggara! Ini adalah peluang terakhir anda untuk menjadi sebahagian daripada malam paling epik dalam sejarah emo rock,” tulis Hello Universe dalam kenyataan rasmi mereka.
Tiket untuk malam kedua konsert akan mula dijual pada 1 Ogos 2025 jam 10 pagi menerusi laman web dan aplikasi rasmi GoLive Ticketing. Harga tiket kekal seperti malam pertama bermula dari RM299 hingga RM1,099 merangkumi zon tempat duduk dan berdiri.
Ads
Kehadiran MCR ke Malaysia kali ini merupakan sebahagian daripada jelajah Asia mereka, namun hanya Kuala Lumpur dipilih untuk dua malam persembahan. Negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina hanya menerima satu malam konsert sahaja setakat ini.
Terdahulu, kali terakhir MCR membuat persembahan di Malaysia pada tahun 2007 menerusi jelajah ‘The Black Parade World Tour’ dan kepulangan mereka kali ini membawa nostalgia mendalam buat generasi peminat yang membesar dengan lagu-lagu seperti Welcome to the Black Parade, Helena, I Don’t Love You dan I’m Not Okay (I Promise).
Ads
Respon luar biasa ini membuktikan bahawa muzik MCR masih relevan dan mendapat tempat di hati peminat lama mahupun generasi baru. Tambahan malam konsert ini dilihat sebagai satu penghargaan kepada peminat Malaysia yang setia menanti kemunculan semula mereka.
Dengan kehadiran MCR yang dijangka bakal menggegarkan pentas Bukit Jalil selama dua malam, para peminat digesa untuk bersiap sedia dan tidak melepaskan peluang memiliki tiket seawal mungkin. Tidak mustahil, konsert malam kedua ini juga bakal habis dijual dalam masa singkat seperti sebelumnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem epik yang dinanti-nanti tahun ini, Jumanji: The Next Level bakal menemui korang di pawagam tidak lama saja lagi.
Filem yang dibintangi oleh Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, Awkwafina, Danny Glover, Danny DeVito mengisahkan tentang Bethany, Fridge dan Martha kembali ke dunia "Jumanji" untuk menyelamatkan Spencer yang disedut ke dalam permainan video itu. Apabila rakannya, Milo, dan datuk Spencer, Eddie, mengetahui perkara itu, mereka tidak sengaja turut disedut masuk ke dalamnya.
Kumpulan itu menyedari bahawa permainan video tersebut telah berubah, termasuk avatar mereka yang sudah bertukar. Situasi itu tidak seperti yang mereka jangkakan dan kini mereka perlu mengembara menerusi gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi meloloskan diri dari permainan video berbahaya itu.
Memasuki minggu kedua pada malam Ahad, pentas Big Stage 2022 semakin hangat apabila sudah muncul beberapa peserta yang berani ‘tunjuk taring’.
Jika pada minggu lalu, rata-rata pesertanya baru ingin berkenalan dengan penonton di rumah dengan memperdengarkan bakat serta suara nyanyian masing-masing. Bak kata juri panas Mas Idayu, mereka baru ingin ‘berkahwin’ dengan pentas.
Namun minggu ini, percaturan mereka mulai dirasa apabila beberapa orang semakin selesa dengan platform tersebut dan sudah boleh membuang rasa gugup serta malu yang mungkin ada pada diri mereka, minggu lalu.
Dua peserta wanita yang semakin menyerlah ialah Elica Paujinyang membawakan lagu Watch Me Glow nyanyian asal kumpulan Dolla dan ‘Mami Jerung’ aka Sofiaa Marieylla yang diberikan tugas membawakan lagu Aca Aca Nehi Nehi nyanyian Dadido.
Elica Paujin
“Kamu adalah peserta yang saya rasa outstanding daripada yang lain. Saya cuba mencari kesalahan daripada notes dan pitch kamu. Adalah satu tapi itu normal. Tapi kamu ada feel yang kuat. Saya tak pernah dengar lagu ini dan saya tak tahu pun ini lagu Dolla. Tapi kamu boleh bawakannya seorang,” komen Ajai mengenai persembahan Elica.
Persembahan bertenaga Elica malam ini yang disertakan dengan koreografi menarik telah meletakkan di kedudukan teratas minggu keda dengan markah sebanyak 84.6 peratus.
Sofiaa Marieylla
Manakala, Sofiaa pula berada di kedudukan kedua dengan 75.6 markah. Sofiaa turut melakar kejayaan berganda apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah BBNU Paling Up pada minggu ini.
Bagi peminat tegar Aisha Retno pula, korang janganlah risau. Persembahan lagu Lalisa oleh Aisha malam ini masih meninggalkan impak hebat buat panel juri Big Stage 2022 apabila mereka menempatkannya pada kedudukan ketiga dengan 75.2 peratus.
Kata Mas Idayu yang menyukai keyakinan persembahan Aisha, “Eye contact sangat bagus, stage presence pun bagus. Mummy tengok persembahan tadi seperti persembahan artis yang sudah popular.”
Adakah korang bersetuju dengan keputusan peserta Top 3 ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai sebenarnya yang masih tak tahu yang sesetengah influencer atau instafamous yang tengah viral sekarang ni anak kepada selebriti yang terkenal di Malaysia.. mereka bukan sahaja terkenal di Instagram, malahan di TikTok juga.. Ini antara 5 instafamous yang sebenarnya anak artis, tapi korang tak tahu siapa.
Sumber: InstagramSumber: Media Hiburan
1. Kasih Iris Leona
Kasih Iris Leona atau lebih dikenali sebagai Leona atau LeonsMeons di akaun TiktTok nya ini merupakan anak kepada pelakon filem tanah air dan juga arkitek yang terkenal iaitu Azhar Sulaiman. Dia merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradiknya. Pada mulanya, Leona bermula dengan menghasilkan TikTok dan kemudian memanggil ayahnya Azhar Sulaiman untuk turut serta menghasilkan video TikTok itu bersamanya. Leona dan Azhar Sulaiman mempunyai hubungan yang sangat rapat, dan beliau juga sangat manja dengan ayahnya.
Kalau tengok rupa pun sebenarnya dah lebih kurang kan muka anak-beranak ni? Wajah Leona mirip dengan Azhar Sulaiman.
Sumber: InstagramSumber: Instagram
2. Marissa Dania Hakim
Mungkin tengok dari nama pun dah boleh tahu kan Marissa ni anak siapa? Marissa Dania ini merupakan anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal Abby Abadi dan juga Norman Hakim. Norman juga kerap melayan kerenah anak-anaknya untuk menghasilkan video TikTok bersama. Walaupun hanya berusia 16 tahun, Marissa Dania ini mendapat perhatian ramai kerana wajahnya yang sangat cantik.
Sumber: InstagramSumber: Instagram
3. Batrisyia Razak dan Aniq Aqil
Siapa tak kenal mereka dua ni kan? Bintang TikTok yang terkenal sekarang.. kalau buka je TikTok muka dua orang kembar ni mesti ada. Kalau korang nak tahu, mereka berdua ini adalah anak kepada pengarah filem terkenal di Malaysia iaitu Professor Madya Dato’ Dr. Abdul Razak Mohaideen. Pada mulanya ramai netizen yang tidak tahu tentang hal ini, sehinggalah satu waktu dimana Batrisyia membuat satu video reaction terhadap salah satu filem arahan bapanya iaitu Mami Jarum. Disitulah ramai netizen terkejut dan mengatakan bahawa dia ada iras-iras wajah bapanya.
Sumber: New Straits TimesSumber: Nona
4. Mia Sara Shauki
Mia Sara lebih aktif didalam aplikasi TikTok dimana beliau banyak menghasilkan video. Pada mulanya, ramai masih belum mengetahui yang Mia ini merupakan anak kepada pelakon terkenal iaitu Afdlin Shauki. Apabila Mia mengeluarkan beberapa video mengenai ayahnya, ramai netizen turut terkejut dan mengatakan “patutlah dekat nama dia ada nama Shauki”. Cantik juga kan Mia Sara ni? Berbakat pulak tu apabila menghasilkan video di TikTok!
Sumber: InstagramSumber: Instagram
5. Ammar Effendy
Rasanya rata-rata pasti sudah kenal dengan Ammar Effendy ni, tapi buat yang masih tak tahu, Ammar Effendy ini merupakan anak kepada pelakon Rozita Che’ Wan. Dia merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki dibawahnya iaitu Aniq Ezra dan adik tirinya iaitu Aaisyah Dhia Rana, hasil perkongsian antara Zain Saidin dan ibunya Rozita Che’ Wan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian seorang gadis muda untuk bergelar doktor hampir menjadi kenyataan apabila dia menerima tawaran pengajian daripada Universiti Monash, sebuah institusi terkemuka antarabangsa.
Namun, kegembiraan itu...