Seiring dengan hasrat kerajaan Malaysia bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus menular dalam kalangan rakyat, Malaysia bakal mempercepatkan lagi program suntikan vaksin apabila menerima bantuan dos dari dua negara besar dunia.
Malaysia terima sumbangan 1 juta dos vaksin AstraZeneca dari Jepun esok dan 1 juta lagi vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat pada lusa, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
Sebanyak 1 juta dos vaksin AstraZeneca daripada Kerajaan Jepun akan tiba pada Khamis, manakala 1 juta dos vaksin lagi keluaran Pfizer akan diperoleh pada Jumaat sumbangan kerajaan Amerika Syarikat. pic.twitter.com/dkorHoCMLv
Jelasnya Malaysia amat mengalu-alukan dan menghargai sumbangan berkenaan yang melambangkan keprihatinan serta kepercayaan kedua-dua negara itu terhadap kerajaan Malaysia dalam usaha memerangi COVID-19 di negara ini dan sebagai sokongan terhadap program imunisasi global.
“Bekalan ini akan dapat memperhebat PICK dan bantu Malaysia mencapai nilai-nilai ambang yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kesemua vaksin yang telah diperoleh akan diedarkan segera ke semua fasiliti dan PPV untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat,” katanya.
Wah, ni merupakan berita baik buat korang yang belum mendapat tarikh untuk menerima vaksin. InsyaAllah ada rezeki untuk semua terima vaksin. Cuba kena sabar je!
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat Malaysia seolah “terdidik” untuk mengatakan sesuatu makanan itu SEDAP asalkan ia ditularkan di media sosial.
Lihat saja impaknya, asal ada saja kedai jual sedap, besar, murah berlumba-lumba kita mahu mencuba tanpa mahu memastikan sama ada bersih, halal atau pun tidak.
Buktinya ketika kedai serbaneka asal Jepun, Family Mart memperkenalkan ODEN, makanan cucuk ala-ala steambot, orang ramai perlu beratur agak lama sebelum boleh menikmati oden yang sangat lazat ini kerana kedai terlalu penuh.
Yummy, ramai penggemar akui oden dari Family Mart ini sedap. Tapi bagi korang yang nak buat sendiri pun boleh. Beli perisa tomyam dan asam pedas kemudian satukan keduanya. Rasanya sama macam dijual di kedai tau.
Namun pendedahan dari portal fb atas nama Sahabat Halal yang mulai tular sejak semalam mula membuatkan masyarakat terpana kerana kedai serbaneka ini sebenarnya tidak mempunyai status halal pun.
Dalam makluman terkininya, fb Sahabat Halal ini menulis, premis Family Mart bukan pemegang Sijil Halal. Maka status halal makanan-makanan yang dikira kritikal dari aspek syarak yang dijual di dalamnya terutama yang jenis masak di premis tidak diketahui status halalnya kerana tiada semakan dan pengesahan dari pihak berkuatkuasa.
Nak tahu premis yang ada sijil halal, lakukan carian di www.halal.gov.my
Terima kasih dan semoga dijauhkan kita semua dari perkara yang SYUBHAH dan HARAM.
Carian mendapati status syarikat tiada dalam Portal Rasmi Halal Malaysia
Untuk membuktikan hal ini, REMAJA memasuki portal rasmi Halal Malaysia dan carian ketika menulis nama FAMILY MART mendapati status permohonan syarikat berkaitan premis ini TIADA.
Owh, jadi oden nie halal ke tidak ya? Ramai dah makankan sebab ramai yang kata rasanya betul-betul sedap!
Sebelum korang terus panik dan bertanya status sesuatu makanan itu bagaimana, REMAJA menghubungi Imam Muda Asyraf berkenaan makanan halal yang harus dititik beratkan oleh umat Islam demi menjaga hati yang ada kaitan dengan roh dan juga fizikal. Masa yang sama, beliau turut ditanya apa yang harus dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan diragui statusnya?
Imam Muda Asyraf berkata, premis yang tidak sijil halal makanannya tidak semestinya haram. Cuma belum memohon lagi. Tapi umat Islam memang digalakkan mencari yang halal kerana ia fardhu
Menurut Imam Muda Asyraf, premis yang tidak melekatkan sijil halal tidak semesti haram makanannya.
“Sebagai contoh kedai tomyam, warung nasi lemak dan lain-lain lagi. Ikutkan semua kedai-kedai kecil ini tidak mempunyai sijil halal. Tapi kita biasanya yakin dan tak ragu-ragu pun nak makan kerana melihat kepada siapa pemilik dan tukang masaknya. Masa yang sama nak mohon sijil halal ini perlukan masa kerana bukan senang.
“Ini sama jugalah dengan premis makanan mewah dan mahal. Tapi kebiasaannya kalau syarikat itu mampu membayar sewa bulanan yang mahal, maka dia juga berkemampuan memohon sijil halal yang biasanya mengambil masa yang lama.
“Permohonan sijil halal ini perlu bagi meyakinkan orang ramai bahawa premis itu halal dan tidak bersifat syubahah,” jelasnya.
Tambah Imam Muda Asyraf lagi, sesuatu makanan yang bersifat syubahah atau meragukan status halalnya perlu dielak sama sekali demi menjaga fizikal dan roh itu sendiri.
Bagaimana kalau dah termakan benda yang syubahah?
Kata Imam Muda Asyraf lagi, biasanya bagi mereka yang selalu atau sengaja makan benda yang diketahui haram ini, hatinya menjadi gelap.
“Ada hadis soheh menyebut tentang ini. Hati kita akan jadi hitam, malas untuk bersolat. Apa yang kita doa pada Allah tidak akan dimakbulkan. Inilah beberapa sebab mengapa kita tidak digalakkan memakan benda haram,”katanya lagi.
Kalau dah termakan bagaimana tanpa tahu ia halal atau tidak?
Jangan bimbang kerana Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.
Kata Imam Muda Asyraf, kalau dah makan sebab tak tahu, cukuplah meninggalkannya sama sekali, tidak mengulanginya lagi dan selalulah lidah beristigfar memohon keampunan dari Allah taala.
“Allah itu lebih maha mengetahuinya,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita tahu tahu,kini sedang berlangsungnya sukan Sea Manila 2019.
Tapi kali ini bukan mengenai fasiliti yang tidak memuaskan, semalam viral di media sosial apabila satu video situasi di atas padang pasukan bolasepak Malaysia sukan Sea Manila yang dilihat dilayan kasar oleh seorang pemain Filipina ketika bersalaman pada akhir perlawanan yang menyaksikan pasukan tuan rumah memenangi saingan tersebut.
Perlekehkan Pasukan Negara
Tindakan kurang sopan pemain tuan rumah Sukan Sea 2019 yang dikenali sebagai Justin Baas telah mendapat pelbagai kecaman daripada pengguna media sosial terutamanya di Malaysia kerana seolah-olah memperlekehkan pasukan negara.
Wow tak prasan ni masa live, biadab sungguh. Justin Baas, main AZ Alkmaar, Filipina menang dengan Malaysia celebrate dah mcm menang World Cup. Ni kalau buat kat team mendonia, habislah IG kau kene serang. Sib baik player Malaysia chill lagi. pic.twitter.com/WPNd0hLvDt
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Twitter Harimaumalaya7, Tindakan Justin Baas yang dilihat sebagai kurang ajar, tiada semangat kesukanan dan seperti ‘menganjing’ pemain-pemain pasukan Malaysia itu mengundang rasa tidak puas hati para pemain.
Namun begitu, pemain-pemain Malaysia kelihatan berjaya mengawal emosi walaupun begitu panas dengan tindakan Justin Baas yang juga pemain pasukan B kelab AZ Alkmaar .
Menaikkan Kemarahan Rakyat Malaysia
Menariknya, Video yang tular itu telah membuatkan rakyat Malaysia berang dan meninggalkan pelbagai maklum balas diruangan komen posting itu.
Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana langsung tidak menunjukkan sikap profesional dalam perlawanan besar.
Terdahulu, pasukan Malaysia B-22 telah tewas 1-0 dengan Filipina dalam saingan kumpulan A dan di Stadium Rizal Memorial, Manila selepas pemain tuan rumah menjaringkan gol pada minit ke-72 perlawanan.
Sumber : Harimaumalaya7
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gelombang kedua wabak Covid-19 menjadikan rakyat semakin cemas dengan angka meningkat setiap hari menjadikan jumlah terkini sebanyak 428 kes di Malaysia. Menurut Harian Metro, hal ini menjadikan negara kita mencatatkan kes tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan Covid-19.
Positive diagnosis Coronavirus disease 2019 or COVID-19.
Semakin banyak syarikat yang mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyuruh pekerja bekerja dari rumah. Jumlah keseluruhan kes di serata dunia ketika ini adalah 169,577 kes manakala angka kematian dilaporkan sebanyak 6516.
Situasi Semasa Jangkitan Penyakit #COVID19 di Malaysia.
1. 7 kes positif sebelum ini telah pulih dan discaj daripada wad. Jumlah keseluruhan yang pulih sepenuhnya ialah 42 kes.
2. 190 kes baru dilaporkan pd 15 Mac 2020. Dgn ini, jumlah kumulatif kes positif ialah 428 kes. pic.twitter.com/M0t2UdcihR
Sehingga kini, sebanyak sembilan kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
” Berdasarkan siasatan awal, kebanyakkan kes baharu ini berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.” Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba
Ujar beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan penyiasatan dan giat mengesan peserta perhimpunan tabligh baru-baru ini.
“Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
“Begitu juga untuk kontak rapat kes positif Covid-19, Pesakit Dalam Siasatan (PUI) yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke hospital, mereka perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian,” katanya.
Sebelum ini, seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling berjaya dikenal pasti.
Daripada jumlah itu seramai 3,069 peserta datang sendiri ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan dengan 137 individu dirujuk ke hospital.
So, harap korang terus berjaga-jaga dan menjaga kesihatan masing-masing. Moga kita terhindar dari virus pendemik yang merbahaya ini. Kurangkan aktiviti luar dan sentiasa mencuci tangan.
Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaden Smith dan Jackie Chan kembali bertemu dalam momen penuh emosi yang mengimbau kenangan The Karate Kid serta hubungan mentor yang kekal hingga hari ini.