Masyarakat Malaysia seolah “terdidik” untuk mengatakan sesuatu makanan itu SEDAP asalkan ia ditularkan di media sosial.
Lihat saja impaknya, asal ada saja kedai jual sedap, besar, murah berlumba-lumba kita mahu mencuba tanpa mahu memastikan sama ada bersih, halal atau pun tidak.
Buktinya ketika kedai serbaneka asal Jepun, Family Mart memperkenalkan ODEN, makanan cucuk ala-ala steambot, orang ramai perlu beratur agak lama sebelum boleh menikmati oden yang sangat lazat ini kerana kedai terlalu penuh.
Yummy, ramai penggemar akui oden dari Family Mart ini sedap. Tapi bagi korang yang nak buat sendiri pun boleh. Beli perisa tomyam dan asam pedas kemudian satukan keduanya. Rasanya sama macam dijual di kedai tau.
Namun pendedahan dari portal fb atas nama Sahabat Halal yang mulai tular sejak semalam mula membuatkan masyarakat terpana kerana kedai serbaneka ini sebenarnya tidak mempunyai status halal pun.
Dalam makluman terkininya, fb Sahabat Halal ini menulis, premis Family Mart bukan pemegang Sijil Halal. Maka status halal makanan-makanan yang dikira kritikal dari aspek syarak yang dijual di dalamnya terutama yang jenis masak di premis tidak diketahui status halalnya kerana tiada semakan dan pengesahan dari pihak berkuatkuasa.
Nak tahu premis yang ada sijil halal, lakukan carian di www.halal.gov.my
Terima kasih dan semoga dijauhkan kita semua dari perkara yang SYUBHAH dan HARAM.
Ads
Carian mendapati status syarikat tiada dalam Portal Rasmi Halal Malaysia
Untuk membuktikan hal ini, REMAJA memasuki portal rasmi Halal Malaysia dan carian ketika menulis nama FAMILY MART mendapati status permohonan syarikat berkaitan premis ini TIADA.
Owh, jadi oden nie halal ke tidak ya? Ramai dah makankan sebab ramai yang kata rasanya betul-betul sedap!
Sebelum korang terus panik dan bertanya status sesuatu makanan itu bagaimana, REMAJA menghubungi Imam Muda Asyraf berkenaan makanan halal yang harus dititik beratkan oleh umat Islam demi menjaga hati yang ada kaitan dengan roh dan juga fizikal. Masa yang sama, beliau turut ditanya apa yang harus dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan diragui statusnya?
Imam Muda Asyraf berkata, premis yang tidak sijil halal makanannya tidak semestinya haram. Cuma belum memohon lagi. Tapi umat Islam memang digalakkan mencari yang halal kerana ia fardhu
Menurut Imam Muda Asyraf, premis yang tidak melekatkan sijil halal tidak semesti haram makanannya.
“Sebagai contoh kedai tomyam, warung nasi lemak dan lain-lain lagi. Ikutkan semua kedai-kedai kecil ini tidak mempunyai sijil halal. Tapi kita biasanya yakin dan tak ragu-ragu pun nak makan kerana melihat kepada siapa pemilik dan tukang masaknya. Masa yang sama nak mohon sijil halal ini perlukan masa kerana bukan senang.
Ads
“Ini sama jugalah dengan premis makanan mewah dan mahal. Tapi kebiasaannya kalau syarikat itu mampu membayar sewa bulanan yang mahal, maka dia juga berkemampuan memohon sijil halal yang biasanya mengambil masa yang lama.
“Permohonan sijil halal ini perlu bagi meyakinkan orang ramai bahawa premis itu halal dan tidak bersifat syubahah,” jelasnya.
Tambah Imam Muda Asyraf lagi, sesuatu makanan yang bersifat syubahah atau meragukan status halalnya perlu dielak sama sekali demi menjaga fizikal dan roh itu sendiri.
Bagaimana kalau dah termakan benda yang syubahah?
Kata Imam Muda Asyraf lagi, biasanya bagi mereka yang selalu atau sengaja makan benda yang diketahui haram ini, hatinya menjadi gelap.
Ads
“Ada hadis soheh menyebut tentang ini. Hati kita akan jadi hitam, malas untuk bersolat. Apa yang kita doa pada Allah tidak akan dimakbulkan. Inilah beberapa sebab mengapa kita tidak digalakkan memakan benda haram,”katanya lagi.
Kalau dah termakan bagaimana tanpa tahu ia halal atau tidak?
Jangan bimbang kerana Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.
Kata Imam Muda Asyraf, kalau dah makan sebab tak tahu, cukuplah meninggalkannya sama sekali, tidak mengulanginya lagi dan selalulah lidah beristigfar memohon keampunan dari Allah taala.
“Allah itu lebih maha mengetahuinya,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa minggu lalu dunia sukan asia digemparkan dengan kisah transisi gender seorang bekas pemain bola tampar wanita kebangsaan Indonesia, Aprilia Santini Manganang yang telah disahkan sebagai seorang lelaki susulan keadaan kongenital yang jarang berlaku yang dikenali dengan nama Hipospadia
Kini Mahkamah daerah Tandano di wilayah Sulawesi Utara telah memutuskan permohonan yang dibuat oleh Sarjan Kedua Aprilia Santini Manganang untuk menukar namanya kepada nama lelaki diluluskan. Nama baru yang dipilihnya ialah Aprilio Perkasa Manganang.
Memangis saat menerima name tag baharu dengan nama lelaki
Keputusan itu telah diputuskan oleh hakim Nova Loura Sasube. Dalam laporan Tribun News, menariknya nama tersebut telah diberikan oleh isteri kepada ketuanya, Diah Erwiany yang merupakan isteri kepada Kepala Staf Angkatan Darat (KSAD) Andika Perkasa.
Ketika menyampaikan nama baru itu kepada Aprilia, Diah tidak dapat menahan tangisan kerana nama yang diberikan itu seolah-olah doa tulus dari hatinya sebagai seorang ibu. Dia juga meminta suaminya untuk mendidik Aprilia menjadi lelaki yang bertanggungjawab sesuai dengan jantina barunya itu.
Kini dikenali sepenuhnya dengan nama Aprilio Perkasa Manganang, jejaka berusia 28 tahun ini sudah boleh tersenyum dengan jantina barunya yang sepadan dengan fizikal dan susuk tubuhnya yang kekar.
Selepas menjadi tular dalam insiden sidang media mengenai kemalangan yang membabitkan dua tren LRT. Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman telah ditamatkan perkhidmatannya serta merta sebagai pengerusi bukan eksekutif Prasarana. Perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Kewangan apabila satu surat bertarikh 26 Mei 2021 telah tular di media sosial.
Dalam surat berkenaan tertulis, “Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.”
Sebelum ini tular dimedia sosial apabila satu petisyen supaya beliau diturunkan jawatan tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis sebanyak 136,201 tandatangan telah diturunkan oleh warganet yang mahukan beliau meletak jawatan.
Tajuddin merupakan ahli parlimen Pasir Salak dan telah dilantik sebagai pengerusi Prasarana bermula 11 Mei 2020 bagi menggantikan Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletak jawatan pada 7 Mei 2020.
Kecoh di media sosial baru-baru ini tentang 5 jenama popular biskut mempunyai bahan penyebab penyakit bahaya kanser.
Hal ini selepas Persatuan Pengguna Hong Kong mendedahkan hampir 60 jenama konfeksi tepung termasuk biskut mengandungi bahan karsinogen mengikut laporan daripada SCMP.
Foto : SCMP
Biskut Malaysia Yang Ada Bahan Karsinogen
Antara beberapa biskut yang didakwa mempunyai bahan karsinogen adalah;
Hup Seng Special Cream Cracker
Jacob Original Cream Cracker 93% Wheat Cereal
Julie’s Le-mond Lemon Puff Sandwich
Mini Oreo Original
Ritz Crackers Cheese Flavoured Sandwich
APA ITU KARSINOGEN?
KARSINOGEN ialah bahan-bahan yang boleh menyebabkan PERTUMBUHAN KANSER dalam sel dan tisu hidup. Ini disebabkan kebolehan bahan-bahan ini untuk merosakkan DNA atau mengganggu proses metabolik sel.
Antara sumber karsinogen dalam kehidupan seharian:
ROKOK
Rokok merupakan punca bahan kimia yang paling utama untuk menyebabkan kanser pada perokok dan perokok sekunder. Kanser yang dikaitkan dengan rokok termasuk paru-paru, larynx, mulut, pharynx, esophagus, pundi kencing, dan pankreas. Ini berpunca daripada bahan-bahan karsinogen di dalam rokok yang mampu merosakkan DNA.
SINAR ULTRAVIOLET (UV)
Kajian menunjukkan bahawa sinaran ultraviolet (UV) terutama dari matahari boleh diserap ke dalam kulit dan merosakkan sel-sel kulit. Kebanyakan kes kanser kulit adalah disebabkan oleh sinaran UV matahari.
MAKANAN YANG DIPROSES
Semua makanan yang telah diproses mengandungi beberapa jenis bahan pengawet yang ditambah untuk memanjangkan tarikh luput mereka. Nugget, burger, bebola ikan, sosej atau apa-apa daging yang diproses terutamanya mengandungi bahan tambahan seperti natrium nitrit dan nitrat yang karsinogenik dan mampu meningkatkan risiko kanser usus.
Tetapi bahan ini boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang sesuai.
Ahli Kimia Beri Penjelasan
Namun seorang seorang ahli kimia terpanggil untuk memberi info kepada masyarakat apabila berita ini menjadi tular. Mas Faiz mendedahkan biskut tersebut masih lagi selamat untuk dimakan disebabkan oleh beberapa perkara.