
Kalau anda sedang mencari aktiviti menarik untuk hujung minggu ini, apa kata singgah ke Pavilion Kuala Lumpur pada 23 Ogos nanti? Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, Astro Showcase 30 bakal menghidupkan suasana di Pintu Masuk Utama Pavilion KL dengan enam jam hiburan yang cukup padat untuk peminat muzik, drama, filem dan dunia entertainment tempatan.
Bermula jam 4 petang hingga 10 malam, acara ini bakal menghimpunkan pelbagai generasi bintang dalam satu pentas. Daripada nama-nama yang sudah cukup sinonim dengan industri hiburan Malaysia hinggalah kepada bakat baru yang kini sedang mencipta ‘buzz’ tersendiri.
Antara yang bakal membuatkan pentas Astro Showcase 30 lebih meriah ialah ALPHA, Zarif Ghazzi, Evertts Gomes, Cik B, Azeva, Ammara, Auddra, Ruhan, Vanessa Reynauld dan Zeppo Youngsterz.
Bagi yang membesar dengan muzik dan persembahan daripada nama-nama besar tanah air pula, kemunculan Faizal Tahir, Noryn Aziz dan Stacy Anam pastinya antara yang paling dinanti-nantikan. Kehadiran mereka menjadikan showcase kali ini satu pertemuan menarik antara ikon yang sudah lama mewarnai industri dengan generasi baharu yang sedang mencipta nama.
Bukan itu sahaja, Astro Showcase 30 turut bakal diserikan dengan kehadiran Daniel Cheang, Munabella, Sherry Al Hadad, Fasha Sandha, Badron Munirah, Hakimi Nordin, Ezzanie Jasny, Azhan Rani dan Johan As’ari.
Buat peminat drama dan filem, judul-judul seperti WOLONG: The Mastermind, Visham, Kudrat 1968: High Council dan filem Terbang juga bakal menjadi antara tarikan yang mencuri perhatian. Turut memeriahkan acara ialah barisan finalis Big Stage Rocketfuel, menjadikan pentas ini cukup sarat dengan bakat daripada pelbagai cabang hiburan.
Jadi, kalau anda memang jenis yang suka berada dekat dengan selebriti, mahu menyaksikan persembahan secara langsung atau sekadar mahu menikmati suasana acara yang penuh dengan nama-nama popular, 23 Ogos ini memang wajib masuk dalam kalendar.
Tiga puluh tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Sepanjang perjalanan tersebut, Astro telah menjadi sebahagian daripada rutin hiburan jutaan rakyat Malaysia, daripada lagu yang menjadi runut bunyi kehidupan, drama yang menjadi topik perbualan dalam ‘group chat’, hinggalah kepada filem dan rancangan yang mencipta memori bersama keluarga serta rakan-rakan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, sambutan berkenaan merupakan simbol penghargaan kepada jutaan rakyat Malaysia yang telah menjadikan Astro sebahagian daripada kehidupan mereka sepanjang 30 tahun ini.
“Bermula Ogos hingga Disember ini, pelanggan akan menikmati pelbagai ganjaran istimewa. Antaranya, akses percuma kepada semua saluran Astro dari 15 Ogos hingga 16 September, selain dua saluran khas sempena ulang tahun ke-30 iaitu Astro 30 (Saluran 100) dan Aniplus (Saluran 120),” katanya.
Maka, Astro Showcase 30 hadir sebagai salah satu kemuncak sambutan tersebut, sebuah ruang untuk peminat berkumpul, bertemu barisan bintang kegemaran dan meraikan tiga dekad hiburan yang telah menjadi sebahagian daripada budaya pop Malaysia.
Kalau dah nak datang, jangan datang biasa-biasa. Astro Showcase 30 turut mengajak pengunjung untuk tampil dalam “Malaysian-inspired look” dengan elemen seperti batik, sarung dan sentuhan warisan tempatan yang diberi nafas lebih moden.
Lebih menarik jika digabungkan dengan warna aksen magenta ikonik Astro 30. Jadi, inilah masa untuk keluarkan ‘outfit’ paling ‘standout’, ajak geng anda dan abadikan momen bersama di Pavilion KL.
Sama ada anda datang untuk menyokong artis kegemaran, mahu ‘catch up’ dengan kawan-kawan sambil menikmati persembahan atau sekadar mahu menjadi sebahagian daripada sambutan 30 tahun Astro, semuanya boleh dilakukan dalam satu petang.
So, clear your schedule! dan jangan sekadar tengok ‘updates’ di media sosial selepas acara Astro Showcase 30 nanti. Datang sendiri dan rasai kemeriahannya!
30 tahun bersama. Jumpa anda di Pavilion KL!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.