Astro Kita RunFest 2025 Bukan Sekadar Larian, Tapi Perayaan Komuniti Malaysia!

Share

Astro Kita RunFest 2025 yang berlangsung di Serenia City membuktikan bahawa aktiviti larian kini berkembang menjadi sebuah perayaan komuniti yang sarat dengan semangat perpaduan, gaya hidup sihat dan kelestarian alam.

Seawal pagi hingga ke malam, suasana festival dipenuhi dengan muzik, gelak tawa dan lautan pengunjung yang hadir bukan hanya untuk berlari, tetapi untuk meraikan kehidupan aktif bersama.

Penyertaan Berganda, Semangat Pun Berganda!

Edisi 2025 menyaksikan peningkatan penyertaan yang luar biasa dengan 2,455 pelari bagi kategori 5km dan 10km yang hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu. Lebih

6,800 pengunjung turut memeriahkan festival, menjadikannya antara acara paling meriah sejak penganjurannya.

Dengan lebih 30 perniagaan tempatan membuka reruai makanan, kraftangan dan aktiviti keluarga, RunFest tahun ini turut mengangkat ekosistem usahawan kecil. Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan festival tetapi mengukuhkan budaya hidup sihat dan lestari dalam komuniti.

Larian Demi Bumi Kita

Selari dengan komitmen Astro terhadap inisiatif Rimba Kita, festival ini turut mengumpulkan dana bagi projek pemuliharaan hutan, pendidikan alam sekitar dan program komuniti lestari. Setiap langkah para pelari menjadi simbolik kepada usaha menjaga bumi untuk generasi akan datang.

Cabaran Oga Street: Laluan Paling ‘Fun’ Tahun Ini

Bagi peserta 5km, Cabaran Oga Street menjadi tarikan utama. Laluan unik ini diinspirasikan daripada Oga, IP pendidikan alam sekitar Astro, dengan cabaran mini interaktif yang menjadikan larian lebih menyeronokkan dan immersive. Peserta bukan sekadar berlari, tetapi menikmati pengalaman penuh energi bersama rakan dan komuniti.

Artis Popular Hidupkan Suasana Festival

Pentasan RunFest digegarkan oleh persembahan artis terkenal seperti Akim, Nadeera, Mimifly dan Soo Wincci

, memastikan suasana festival kekal hype dari pagi hingga malam.

Kanak-kanak pula terhibur dengan kehadiran maskot popular Didi & Friends, Oga dan Reemo, menjadikan festival ini sebuah acara mesra keluarga yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, meluahkan rasa bangga melihat rakyat Malaysia berganding bahu memeriahkan acara ini.

“Inilah semangat yang ingin kami pupuk iaitu masyarakat yang bersatu dan saling mengangkat antara satu sama lain. Kehadiran hari ini membuktikan kekuatan komuniti Malaysia,” katanya.


Gerakan Nasional Ke Arah Kehidupan Lebih Hijau

Dengan momentum luar biasa yang ditunjukkan tahun ini, Astro Kita RunFest 2025 bukan sekadar festival larian, tetapi menjadi gerakan nasional yang mengajak rakyat Malaysia untuk lebih aktif, lebih sedar dan lebih bersatu demi masa depan yang lebih sihat dan hijau.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath