
Setelah sukses dengan drama My ID is Gangnam Beauty, Cha Eun Woo yang merupakan salah seorang ahli kumpulan kpop ASTRO comeback dengan drama berlatarbelakangkan zaman dahulu terbaru MBC yang berrjudul “Rookie Historian Goo Hae Ryung”.

Cha Eun Woo akan berlakon di samping Shin Se Kyung yang terkenal dengan beberapa drama hit antaranya Black Knight: The Man Who Guards Me, dan The Bride Of Habaek. Shin Se Kyung yang memegang watak Goo Hae Ryung. Watak seorang ahli sejarah pada abad ke-19 yang dilatih untuk menjadi ahli sejarah istana. Sifatnya yang optimistik untuk menunjukkan bahawa kehidupan dalam istana sama saja dengan orang awam. Tiada pangkat dan darjat.
Tentu sekali, Goo Hae Ryung akan berhadapan dengan konflik dimana dia bakal jatuh cinta dengan watak putera yang dilakonkan oleh Cha Eun Woo. Watak Putera Yi Rim, yang mempunyai dua kehidupan dimana dia seorang putera yang sepi tanpa cinta dalam masa yang sama seorang novelis cinta terkenal di bandar Hanyang (China).

Shin Se Kyung memberi tahu Soompi bahawa dia teruja dan meletakkan kesungguhan maksima dalam memainkan watak ahli sejarah wanita. Dia juga turut menyatakan agar peminat setia kdrama terus menunggu kemunculan dia dan Cha Eun Woo dalam drama terbaru mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nabil Aqil Terkejut Bapa Bina Rumah Kayu Kampung Cecah RM500k Untuk Majlis Persandingannya Nanti

Aktor tampan, Nabil Aqil terkejut selepas mengetahui bahawa bapa tercintanya, Ahmad Zaidi Masri, telah membina sebuah rumah kayu kampung yang dianggarkan bernilai lebih RM500,000 di Kuang, Sungai Buloh, khusus untuk majlis persandingannya kelak.
Menurut Nabil yang membesar di bandar, dia memang sudah lama mempunyai impian untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam suasana kampung. Namun, dia tidak menyangka bapa tercinta akan membina sebuah rumah khas untuk impian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Aqil Tumpang Gembira Lihat Adik Bahagia -“Imran Memang Layak Untuk Ada Puteri Dalam Hidupnya”

“Saya tak sangka dia sanggup bina sebuah rumah kampung khas untuk majlis persandingan saya nanti.
“Memang saya ada cakap saya mempunyai impian untuk mengadakan majlis kenduri kahwin di kampung dan ini satu kejutan besar buat saya,” katanya.
Namun begitu, Nabil mengakui bahawa dia masih belum menemui calon isteri yang sesuai untuk merealisasikan impian tersebut.

“Memang saya berharap dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin, tetapi buat masa ini saya reda kerana belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.
“Saya percaya Allah sudah aturkan yang terbaik untuk saya,” tambahnya lagi.
Bapa Nabil, turut berkongsi mengenai rumah kayu tersebut yang asalnya dibina pada tahun 1928 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Rumah tersebut dipindahkan dengan penuh teliti menggunakan teknik tanggam tanpa menggunakan paku.
“Rumah ini dipindahkan dan dipasang semula di lokasi sekarang.
“Ia adalah simbol keunikan seni bina tradisional yang masih relevan dalam memenuhi keperluan moden hari ini,” kata Ahmad Zaidi.

Tambahnya lagi, memandangkan Nabil masih belum mempunyai calon isteri, rumah yang diberi nama Rumah Kayu 1928 itu, kini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk majlis eksklusif seperti perkahwinan, sambutan hari lahir, dan acara korporat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak Perlu Mata Biru Palsu, Cantik Asli Gadis Melayu Dah Cukup Menawan – Idris Khan

Pelakon kacak, Idris Khan, baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan kenyataan berani mengenai trend pemakaian kanta lekap berwarna. Menurutnya, gadis Melayu jauh lebih menawan apabila mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa perlu bergantung pada contact lenses berwarna.
Cantik Itu Bila Kekal Asli
Menerusi satu hantaran di Threads, Idris, 36, menjelaskan dia tidak berniat untuk menghakimi sesiapa, sebaliknya hanya berkongsi pemerhatiannya sebagai seorang lelaki.

“Sekadar berkongsi, jangan ada yang marah atau terasa. Tapi bagi saya, ada gadis Melayu yang sebenarnya kelihatan jauh lebih cantik dan menawan tanpa memakai contact lenses berwarna,” tulisnya.
Menurut aktor itu lagi, kecantikan sebenar terpancar bila seseorang yakin dengan wajah dan diri sendiri, bukan daripada aksesori kecantikan luaran semata-mata.
Pesanan Dari Hati
Idris turut menekankan bahawa dirinya bukanlah jenis yang suka menghakimi. “Anda semua tetap cantik walau bagaimana sekali pun, cuma saya rasa lebih indah bila kecantikan asli itu dipelihara,” ujarnya dengan ikhlas.
Tambahnya, pandangan ini seharusnya diterima daripada sudut positif. Bagi Idris, setiap gadis mempunyai keunikan tersendiri yang lebih menawan jika dikekalkan seadanya.
Inspirasi Untuk Remaja
Buat pembaca remaja khususnya gadis muda, mesej Idris ini boleh dijadikan motivasi. Trend kecantikan memang berubah mengikut masa, tetapi keyakinan diri adalah sesuatu yang kekal. Senyuman asli, personaliti menarik dan aura positif adalah kecantikan sebenar yang tak mampu digantikan walau dengan warna mata biru, hijau atau kelabu.
Tak perlu jadi orang lain untuk kelihatan cantik. Jadi diri sendiri, kekalkan keaslian, kerana itulah yang menjadikan gadis Melayu sentiasa menawan di mata semua.
SUMBER : Threads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Tabiat Kita Semua Boleh Dan PERLU Pelajari Daripada Orang Jepun

Ucapan ringkas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir kepada warga Malaysia di Jepun semalam memang cucuk dalam.
Dalam rangka kerja pertama beliau ke luar negara sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia, Tun M sempat untuk bertemu dengan 250 orang warganegara kita dalam sebuah majlis malam malam di Tokyo. Nampak macam glamor kan, tetapi Tun M ada pesanan penting kepada semua.
Pesanan ini bukan saja kepada pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun tetapi kepada semua rakyat Malaysia yang ingin melihat Malaysia maju seperti negara matahari terbit itu.
Menurut beliau, kita perlu berubah dan belajar daripada gaya hidup dan kerja masyarakat Jepun yang berusaha kuat untuk memulihkan negara pada tahun 1961 sehingga sekarang. “Orang Jepun akan merasa malu jika mereka tida berjaya dalam sesuatu perkara.

“Perasaan kuat untuk tidak mahu malu membuatkan mereka berusaha kuat untuk berjaya. Jika rakyat kita di sini (Jepun) boleh membawa pulang kualiti kerja itu pulang ke Malaysia, tak mustahil Malaysia boleh menjadi seperti Jepun dalam tempoh yang singkat,” kata beliau.
Hhm, apa lagi yang boleh kita pelajari daripada orang Jepun jika ingin berjaya?
01
Selalu Fikirkan Idea Kreatif

Tahu tak dari mana idea vending machine muncul. Tak lain tak bukan dari Jepun. Bukan saja minuman saja yang dijual melalui mesin ini, malah mereka mampu menjual makanan snek, bunga, payung malah packed food untuk makan malam. Ah lapar!


02
Peneraju Teknologi Nombor Satu

Janganlah kita selalu banggakan jenama elektronik, kereta dan sebagainya dari negara Barat. Sebenarnya kebanyakan daripada idea penciptaan teknologi yang sedang kita fikirkan mungkin sekali TELAH dicipta oleh orang Jepun.
Inilah baru dinamakan sebagai peneraju. Mereka inovatif dan berani untuk mencipta sesuatu yang baru. Lebih membanggakan, kebanyakan daripada ciptaan tersebut menemui kejayaan.

03
Budaya Kaizen

Mesti ada di kalangan korang yang akan mendakwa budaya kerja di Jepun ni macam ‘nak mati’. Kerja tak ingat dunia, keluarga dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya itu tidak benar. Budaya kerja ‘nak mati’ itu hanya bergantung kepada individu.
Majoriti pekerja dan pelajar di sana mengamalkan budaya Kaizen di mana setiap department dalam sesebuah syarikat atau institusi akan melakukan kerja sebagai usaha berpasukan atau team effort. Ini bagi meningkatkan produktiviti dari semua sudut serta bagus untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
04
Pantang Kalau…

Ada dua perkara yang paling pantang dilihat oleh orang Jepun iaitu masalah kebersihan dan masalah lewat. Ironinya, dua perkara ini juga adalah antara masalah yang paling kritikal di kalangan kita, rakyat Malaysia.
Sebagai contoh, perkhidmatan awam di Jepun akan sentiasa tiba pada waktu yang ditetapkan. Memang jarang mereka terlambat dan jika itu berlaku, konduktor bus atau kereta api akan serta-merta meminta maaf dan mengeluarkan ‘memo lambat’ untuk penumpang tunjukkan kepada bos dan pensyarah mereka.
Korang pun mesti pernah dengan tentang kes kereta api Jepun yang tercepat bergerak untuk 20 saat kan? Itu pun menjadi isu! Ia menunjukkan bahawa orang Jepun memang merupakan rakyat yang mementingkan punctuality.

05
Walaupun maju ke hadapan..

Rakyat Jepun tak pernah melupakan budaya dan asal usul mereka. Tatkala mereka mempelopori teknologi moden, Jepun sangat menghargai dan mengamalkan kebudayaan dan tradisi mereka. Somehow, mereka boleh mengimbangi kedua-duanya, antara yang moden dan tradisional.
Kalau kita, memang lupalah dengan tradisi jika sudah lama menetap di bandar.

Tak salah kalau kita nak mencuba sifat-sifat orang Jepun ni.
Tak mustahil, Malaysia boleh menjadi seperti mereka satu hari nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

