
Kemeriahan musim baharu Premier League (Liga Perdana) semakin terasa apabila ia bakal dibuka secara rasmi pada hujung minggu ini secara meriah di acara Astro BizOne Watch Party.
Sempena ulang tahun ke-30 Astro, detik istimewa ini diraikan bersama para penonton yang terus setia memberikan sokongan sepanjang tiga dekad perjalanan Astro. Lebih menarik, sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan kembalinya aksi Liga Perdana Inggeris yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak.
Lebih daripada sekadar menonton perlawanan bola sepak secara langsung, Astro BizOne Watch Party meneruskan tradisi musim lalu apabila mengumpulkan peminat bersama-sama dalam satu ruang untuk bersorak, menantikan debaran dan meraikan pasukan pilihan mereka bersama komuniti bola sepak.
Ya, anda boleh je menonton perlawanan Liga Perdana di rumah secara best.
Namun apabila gol kemenangan masuk pada minit ke-90 dan satu kedai ‘meletup’ dengan sorakan? Itulah pengalaman berbeza yang anda boleh perolehi di Astro BizOne Watch Party.
Menerusi Astro BizOne Watch Party juga, peminat sukan boleh berkumpul di lokasi terpilih untuk menyaksikan aksi secara live sambil menikmati suasana match night yang memang susah nak dapat kalau tengok dari sofa sendiri.
Bertempat di Restoran Makbul, Georgetown Pulau Pinang pada 22 Ogos hujung minggu ini, ia bakal menyaksikan pertarungan menarik bagi membuka tirai musim Liga Perdana 2025/2026 di antara Manchester United dan Hull City.
Mampukah Manchester United Buktikan Kredibiliti?
Meski debaran musim Liga Perdana 2026-2027 masih berbaki kira-kira empat hari lagi sebelum perlawanan pembukaan antara Manchester United dan Hull City berlangsung, tidak dinafikan Manchester United kini sedikit dihimpit isu moral pasukan setelah mereka berdepan kekalahan pra-musim 2-4 kepada kelab AC Milan.
Dalam perlawanan yang berlangsung baru-baru ini tu, jelas pasukan kendalian Michael Carrick itu longgar dalam kawalan bahagian tengah dan sayap kirinya; sekaligus merobek konsistensi pasukan.
Isu tersebut perlu segera diselesaikan menjelang perlawanan menentang Hull City sekiranya mereka ingin memulakan musim secara rasmi dengan langkah kanan.
Adakah anda rasakan Manchester United mampu membuktikan kredibiliti legasi mereka? Jom sama-sama kita lepak di Restoran Makbul, Georgetown Pulau Pinang pada 22 Ogos (Sabtu) mulai jam 6.30 petang.
Semangat Cintakan Gaya Hidup Aktif
Astro BizOne Watch Party yang bakal berlangsung hujung minggu ini bukan hanya meraikan kemeriahan acara sukan di hadapan skrin gergasi yang menyiarkan siaran langsung. Bahkan, ia mewakili semangat anak muda di Malaysia yang cintakan gaya hidup aktif dalam suasana yang selamat dan menghiburkan.
Tambah menarik, Astro turut menawarkan hadiah-hadiah menarik yang boleh dimenangi oleh penyokong bertuah bagi menghidupkan suasana di setiap lokasi itu.
Jangan lupa untuk memakai jersi pasukan yang korang sokong bersama dengan ahli geng yang lain dan alami tayangan siaran langsung dengan lebih bertenaga. Pastinya, pertembungan Manchester United – Hull City (22 Ogos, Sabtu) pada 7.30 malam bakal menjadi acara yang penuh dramatik untuk dikongsi oleh semua peminat bola sepak di Astro BizOne Watch Party.
Untuk makluman lanjut mengenai Astro BizOne Rewards, jom layari ke biz.astro.com.my/bizone-rewards.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.