Melihat selebriti bergaya sakan di Paris Fashion Week, timbul pula rasa cemburu bila ramai diantara mereka yang berpeluang menghadirkan diri ke salah sebuah pertunjukan fesyen paling dinanti setiap tahun.
Barisan selebriti yang hadir juga bukan calang-calang orangnya. Mana kan tidak, pelakon Anzalna Nasir juga teruja bila dapat bertemu dengan idolanya dari Hollywood iaitu Eva Longoria.
Berkongsi foto di laman Instagram dengan kapsyen, ‘Desperate housewives, I terlupa pulak nak pakai bulu mata palsu!, foto ini mendapat lebih 25,000 tanda suka dan 200 komen di IG.
Malah, ada yang mengatakan bahawa Anzalna nampak lebih cantik berbanding Eva. Wah, mesti sis suka kan? Hiks!
Hadir sebagai duta produk L’Oreal bagi pertunjukan fesyen Karl Lagerfeld x L’Oreal, Anzalna juga turut sempat bertemu dengan ramai selebriti popular lain seperti Aishwarya Rai, Camilla Cabello, Janine Gutierrez dan model Victoria’s Secret, Doutzen Kroes.
Ramai yang meninggalkan komen memuji kecantikan Anzalna dan tetap berpendapat bahawa gadis Asia juga yang paling menyerlah di antara yang lain. Ehem, biasalah wanita Asia memang semuanya cantik-cantik belaka kan?
Ads
Bertuahnya badan bila dapat berpeluang bertemu dengan selebriti popular dunia kan?
Drama adaptasi sudah tidak asing lagi bagi penonton kerana bukan hanya di negara kita, negara luar seperti Korea juga banyak mengambil inspirasi daripada adaptasi siri televisyen luar negara. Malah, ada diantaranya dikatakan lebih menarik untuk ditonton berbanding siri asal.
Berikut kami senaraikan antara drama Korea yang diadaptasi daripada siri televisyen Barat.
Selamat menonton!
1. The Good Wife
Drama ini adalah adaptasi daripada siri televisyen Amerika Syarikat yang menggunakan judul yang sama. The Good Wife menceritakan tentang Lee Tae Joon bekerja sebagai pendakwaraya yang berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah. Namun, dia ditangkap kerana rasuah dalam skandal politik.
Isterinya yang juga seorang peguam sebelum berkahwin kini meneruskan kerjayanya setelah 15 tahun hiatus, dia mula mencari identiti sebenar dirinya.
2. Entourage
Young Bin merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik di Korea berkawan baik dengan Ho Jin, Joon dan Geobook sejak kecil lagi. Mereka bernaung di bawah agensi yang sama dan melayari kehidupan sebagai anak seni bersama-sama.
Entourage berdasarkan siri HBO yang memenangi anugerah dan ditayangkan selama tujuh tahun. Namun, walaupun dengan barisan pelakon popular Korea yang membintangi drama ini, ia mencatatkan rating yang rendah dan ada yang berpendapat siri ini tidak kena dengan vibe k-drama.
3. Criminal Minds
Dibintangi oleh Lee Joon Gi, Son Hyun Joo, Moon Chae Won, Lee Sun Bin, Yoo Sun dan Go Yoon, siri thriller jenayah ini adalah berkenaan dengan pasukan profiler terlatih National Criminal Investigation (NCI). Tugas mereka adalah untuk menjejak penjenayah dan menyelesaikan kes mereka.
Drama ini berdasarkan siri televisyen Amerika dengan judul yang sama. Walaupun dibintangi oleh barisan pelakon hebat, namun ia tidak mencatatkan rating yang baik.
4. Life On Mars
Apabila seorang saintis moden mengalami kecelakaan dan kemudiannya tersedar, dia mendapati dirinya berada di tahun 1988. Dia kini menjadi seorang detektif yang bekerja di sebuah balai polis yang terletak di bandar kecil. Satu-satunya kunci untuk kembali ke masa kini adalah dia perlu menyelesaikan kes pembunuhan bersiri.
5. Mistress
Berdasarkan siri UK Mistresses yang ditayangkan selama dua tahun, ia menceritakan tentang kehidupan empat sahabat wanita yang berusia 30-an. Ketika mereka terlibat dalam satu siri pembunuhan, masing-masing mula menemui diri mereka yang sebenar.
Dibintangi oleh Han Ga In, Shin Hyun, Choi Hee Seo dan Goo Jae Yee, siri televisyen ini juga pernah diadaptasi untuk drama Jepun.
6. Romance Is A Bonus Book
Adaptasi daripada siri televisyen Younger ini menceritakan tentang Cha Eun Ho, seorang penulis yang bijak dan kacak. Dia seorang yang mudah marah, namun mempunyai personaliti yang menyenangkan.
Kang Dan Yi pernah menjadi penulis popular tetapi kini tidak lagi. Walaupun pernah mempunyai kerjaya yang baik dengan latar belakang akademik yang cemerlang, namun dia sukar mendapatkan pekerjaan baru.
Kang Dan Yi akhirnya bekerja di syarikat penerbitan dengan berbohong tentang latar belakangnya. Cha Eun Ho adalah ketua editornya dan bermulalah bibit-bibit cinta antara mereka.
7. Designated Survivor: 60 days
Berdasarkan siri televisyen Amerika Designated Survivor yang ditayangkan selama tiga tahun, drama Korea ini dibintangi oleh Ji Jin Hee, Heo Joon Hi, Lee Joon Hyuk, Kang Han Na dan Bae Jong Ok.
Park Moo-Jin adalah bekas profesor kimia dan kini memegang jawatan Menteri Alam Sekitar. Dia tidak mempunyai cita-cita, kepentingan peribadi atau pengetahuan tentang politik sebagai ahli politik. Pada suatu hari, pegawai kerajaan berpangkat tinggi berkumpul di pejabat Presiden. Letupan kemudian berlaku, membunuh ramai pegawai kerajaan, termasuk Presiden. Park Moo-Jin adalah pegawai kerajaan tertinggi yang ditinggalkan hidup. Dia tidak mahu kedudukannya, tetapi dia mesti memegang jawatan sebagai presiden selama 60 hari.
8. The World Of The Married
Drama yang pernah menjadi fenomena tahun lalu ini diadaptasi dari siri televisyen British yang menceritakan tentang Ji Sun Woo yang berkahwin dengan Lee Tae Oh dan mempunyai seorang anak lelaki. Walaupun mempunyai kerjaya yang baik dan bertanggungjawab terhadap suami dan anaknya, Tae Oh tetap berlaku curang dengan perempuan yang jauh lebih muda.
9. 18 Again
Setelah hampir 20 tahun berkahwin, Jung Da Jung (Kim Ha Neul) dan Hong Dae Young (Yoon Sang Hyun) nampak seperti mempunyai kehidupan rumah tangga yang sempurna, dengan dikurniakan sepasang kembar berusia 18 tahun, pasangan suami isteri yang berusaha bekerja keras untuk membina rumah tangga bahagia bersama. Tetapi apa yang kelihatan seperti kehidupan yang ideal pada luaran bukan seperti apa yang dilihat.
Drama ini diadaptasi daripada filem Hollywood 17 Again lakonan Zac Efron.
Dalam banyak-banyak drama berikut, mana satu paling korang suka?
Anak kepada pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, mencipta momen manis apabila berjaya memperoleh keputusan 9A dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2025.
Menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram, Fedtri memuat naik detik penuh emosi saat anak keduanya daripada empat beradik, Ahmad Willdan Arjuna, menerima keputusan tersebut.
Dalam rakaman itu, jelas kelihatan Arjuna tidak dapat menahan sebak, malah Fedtri sendiri turut mengalirkan air mata kegembiraan.
“Alhamdulillah syukur.
Arjuna dapat 9A #UPKK. Tahniah abang. Semoga terus maju jaya pada masa hadapan dan terus berjuang untuk menggapai misi-misi seterusnya,” katanya.
Legasi Kecemerlangan Dalam Keluarga
Terdahulu, anak sulungnya, Indah Sutera Jannah turut mencatat keputusan cemerlang dalam UPKK pada tahun 2023. Kejayaan terbaharu ini seolah-olah menyambung legasi kecemerlangan dalam keluarga tersebut.
Ramai yang melihat pencapaian ini sebagai inspirasi, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Rezeki yang hadir pada bulan mulia ini pastinya memberi makna yang lebih mendalam buat seluruh keluarga.
Ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan para pengikut yang turut tumpang gembira melihat momen penuh emosi itu. Ramai menyifatkan kejayaan ini sebagai contoh terbaik bagaimana sokongan keluarga mampu membentuk keyakinan anak.
Tahniah buat Arjuna atas pencapaian 9A dalam UPKK 2025. Semoga terus istiqamah dalam menuntut ilmu, berpegang teguh pada nilai agama dan membesar menjadi anak soleh yang membanggakan keluarga serta memberi manfaat kepada masyarakat.
Sumber : Instagram Fedtri Yahya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami tahu ramai yang tidak akan bersetuju dengan statement di atas.
Kamu beranggapan, dengan wujudnya media sosial dan laman video seperti YouTube serta VEOH, mudah sekali untuk SESIAPA sekalipun menyertai industri nyanyian.
Semudah satu video viral je, katanya.
Namun, untuk menjadi seorang penyanyi yang betul-betul berkualiti dan seterusnya bertahan untuk bertahun-tahun lamanya – bukan mudah ya korang. Disebabkan itulah, REMAJA tertarik dengan program realiti terbaru Astro RIA berjudul Big Stage ini.
Semua 10 orang finalis, juri tetap dan hos.
Big Stage akan menampilkan 10 orang penyanyi remaja yang tergolong dalam grup ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU). 5 orang penyanyi lelaki dan 5 orang penyanyi perempuan akan berentap pada konsert mingguan selama lapan minggu. Sepanjang tempoh itu, mereka akan berhadapan dengan 2 juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.
Dan hanya yang TERBAIK akan memenangi musim pertama ini.
Penyanyi yang dimaksudkan terdiri daripada Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Tajul, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.
Afieq Shazwan
Ariff Bahran
Wani Kayrie
Fara Hezel
Sissy Imann
Walaupun mereka baru, tetapi 10 nama ini bukanlah calang-calang okay!
Ada di kalangan mereka yang pernah ditemu ramah oleh Majalah Remaja sendiri. Malah, ada juga yang pernah menyertai pertandingan realiti sebelum ini.
Memang susah nak pilih favourite. Jadi kita nantikan jelah persembahan mereka bermula 5 Ogos ini pada jam 9 malam.
Selain Big Stage yang akan dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, ada juga slot susulan berjudul Live Plus Big Stage bersama Eyra Hazali serta Harris Annuar di platform digital pula pada waktu yang sama.
ALL THE BEST KORANG!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.