Kami tahu ramai yang tidak akan bersetuju dengan statement di atas.
Kamu beranggapan, dengan wujudnya media sosial dan laman video seperti YouTube serta VEOH, mudah sekali untuk SESIAPA sekalipun menyertai industri nyanyian.
Semudah satu video viral je, katanya.
Namun, untuk menjadi seorang penyanyi yang betul-betul berkualiti dan seterusnya bertahan untuk bertahun-tahun lamanya – bukan mudah ya korang. Disebabkan itulah, REMAJA tertarik dengan program realiti terbaru Astro RIA berjudul Big Stage ini.
Ads
Semua 10 orang finalis, juri tetap dan hos.
Big Stage akan menampilkan 10 orang penyanyi remaja yang tergolong dalam grup ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU). 5 orang penyanyi lelaki dan 5 orang penyanyi perempuan akan berentap pada konsert mingguan selama lapan minggu. Sepanjang tempoh itu, mereka akan berhadapan dengan 2 juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.
Dan hanya yang TERBAIK akan memenangi musim pertama ini.
Penyanyi yang dimaksudkan terdiri daripada Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Tajul, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.
Ads
Afieq Shazwan
Ariff Bahran
Wani Kayrie
Fara Hezel
Sissy Imann
Ads
Walaupun mereka baru, tetapi 10 nama ini bukanlah calang-calang okay!
Ada di kalangan mereka yang pernah ditemu ramah oleh Majalah Remaja sendiri. Malah, ada juga yang pernah menyertai pertandingan realiti sebelum ini.
Memang susah nak pilih favourite. Jadi kita nantikan jelah persembahan mereka bermula 5 Ogos ini pada jam 9 malam.
Selain Big Stage yang akan dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, ada juga slot susulan berjudul Live Plus Big Stage bersama Eyra Hazali serta Harris Annuar di platform digital pula pada waktu yang sama.
ALL THE BEST KORANG!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan anak muda ini dalam menyunting video memang sudah tidak dapat disangkal lagi. Banyak video kreatif yang telah dihasilkan, malah remaja ini juga diberi jolokan sebagai ‘Zach King Malaysia’.
Terbaharu, Sofyank sekali lagi menunjukkan bakatnya dalam menghasilkan sebuah video promo bagi filem Fast and Furious 9 bersama pelakon antarabangsa, John Cena.
Apa yang menarik, menerusi video itu John Cena dilihat ada bercakap dalam bahasa Melayu dan ia sekali gus menarik perhatian orang ramai, selain teknik suntingan hebat yang dihasilkannya.
Bulan ini terdapat 8 lagi drama Korea terbaharu pilihan REMAJA yang bakal ditayangkan March ini. Antara yang menjadi pilihan adalah drama lakonan Song Hye-kyo dalam The Glory yang akan ditayangkan di saluran Netflix.
Selain itu, banyak lagi drama menarik yang bakal mencuri hati penonton dan berikut adalah senarai kdrama terbaharu bulan March 2023.
“The Glory”
Antara Kdrama yang dinanti-nantikan sambungannya ialah “The Glory”. Membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam. Bahagian 2 drama ini akan memfokuskan kepada watak Song Hye-kyo yang akan membalas dendam kepada setiap pembulinya.
Pelakon utama: Song Hye-kyo, Lim Ji-yeon, Lee Do-hyun, Jung Sung-il
Tarikh tayangan: 10 Mac
Platform: Netflix
JOSEON ATTORNEY
“Joseon Attorney” mengisahkan tentang seorang peguam yang ingin membalas dendam terhadap musuh yang membunuh ibu bapanya. Dalam naskhah ini, Woo Do-hwan merupakan seorang peguam yang mempunyai daya tarikan dan kecerdasan yang hebat.
Pelakon utama: Woo Do-hwan, Bona WJSN, Cha Hak-yeon
Tarikh tayangan: 31 Mac
Platform: MBC
DELIVERY MAN
“Delivery Man” akan menceritakan kisah seorang pemandu teksi yang dapat melihat hantu dan mereka bekerjasama untuk menyelesaikan jenayah.
Pelakon utama: Yoon Chan-young, Bang Mi-nah
Tarikh tayangan: 1 Mac
Platform: TVING, Viki, Viu
OASIS
“Oasis” ialah sebuah drama berlatar belakangkan Korea Selatan dari tahun 1980 hingga 1990, mengikuti tiga pemuda yang berjuang bermati-matian untuk melindungi impian dan persahabatan mereka serta satu-satunya cinta pertama mereka.
Pelakon utama: Jang Dong-yoon, Seol In-ah, Choo Young-woo
Tarikh tayangan: 6 Mac
Platform: KBS
PANDORA: BENEATH THE PARADISE
Untuk pengetahuan, “Pandora: Beneath The Paradise” ialah sebuah drama balas dendam tentang seorang wanita, yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.
Pelakon utama: Lee Ji-ah, Lee Sang-yoon, Jang Hee-jin, Park Ki-woong
Tarikh tayangan: 11 Mac
Platform: tvN
ROMANTIC GUEST HOUSE
“Romantic Guest House” ialah sebuah drama percintaan misteri yang mengisahkan tentang empat remaja termasuk Yoon Dan-oh (Shin Ye-eun), pemilik rumah tamu Yihwawon yang bebas daripada stereotaip, dan tiga pelajar asrama yang menyimpan rahsia.
Pelakon utama: Shin Ye-eun, Ryeoun, Kang Hoon, Jung Gun-joo
Tarikh tayangan: 20 Mac
Platform: SBS, Viki
DIVORCE ATTORNEY SHIN
Berdasarkan webtoon popular, “Divorce Attorney Shin” akan menceritakan kisah seorang peguam perceraian berbakat yang bernama Shin Sung-han, bekas pemain piano klasik yang tiba-tiba menukar laluan kerjayanya kepada undang-undang perceraian apabila dia menerima berita yang mengejutkan.
Pelakon utama: Cho Seung-woo, Han Hye-jin, Kim Sung-kyun, Jung Moon-sung
Tarikh tayangan: 4 Mac
Platform: JTBC, Netflix
DUTY AFTER SCHOOL
“Duty After School” ialah drama thriller sains fiksyen yang membawa kisah semua pelajar di seluruh Korea terpaksa menyertai tentera dan berlawan makhluk asing bagi menambah markah ekstra sebelum peperiksaan kebangsaan.
Pelakon utama: Shin Hyun-soo, Lee Chun-ho, Im Se-mi, Park Eun-young
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak lama dulu ramai orang beranggapan bermain permainan video hanyalah sebagai hobi untuk habiskan masa. Dan ramai juga ibu bapa yang sangat concern dengan aktiviti ini yang dikatakan boleh mengganggu pelajaran anak-anak mereka.
Mungkin masa sekarang sudah tiba masanya stigma tersebut dihakis dari minda. Ini kerana permainan video secara kompetitif bukan lagi dianggap hanya bidang picisan tetapi ia mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Jika baru-baru ini kita mendapat perkhabaran bahawa salah seorang pemain e-sport permainan bolo sepak Fifa Ultimate Teamtelah layak ke pusingan peringkat dunia dan bakal berentap dengan pemain-pemain handalan seluruh dunia di Barcelona, Sepanyol.
Dengan sokongan padu daripada kerajaan menerusi Kementerian Belia & Sukan (KBS) serta pelbagai penaja korporat dari dunia IT telah membuatkan e-sport sebagai antara bidang yang paling pantas berkembang. Di peringkat tempatan kita telah menyaksikan pertandingan seperti The Legends Cicuit, Malaysia Cyber Games, Selangor Cyber Games dan ESL Genting dianjurkan dengan penuh jaya.
Malah dengan liputan yang samkin baik dan menyeluruh daripada media bercetak dan elektronik telah membuatkan perkembangan pesat ini menjadi lebih hebat. Selain pertandingan tempatan, pemain-pemain e-sport kita juga telah berkelana ke luar negara bagi menyertai pelbagai pertandingan.
Terbaru, pasukan dari Malaysia iaitu Geek Fam telah menjuarai Asia Pacific Preadator League 2018 yang telah diadakan di Jakarta, Indonesia. Selepas tiga bulan bertarung, Geek Fam telah mengharungi pelbagai cabaran dan pihak lawan. Grup mereka yang dianggotai oleh Skemberlu, March, Chyuan, Oli dan Playhard telah menewaskan pasukan BOOB.ID dari Indonesia dengan kemenangan 2-1. Manakala tempat ketiga pula diraih oleh pasukan dari Filipina Quid Pro Quo.
Hasil kemenangan ini, Geek Fam membawa hadiah wang tunai bernilai USD50,000 (kira-kira RM197,000)! Asia Pacific Predator League 2018 menyaksikan pertandingan DOTA 2 yang menyaksikan penyertaan daripada 8 pasukan finalis daripada 8 buah negara bertanding. Dan Geek Fam merupakan juara pertama pertandingan ini.
Untuk kejohanan pada tahun hadapan, kotaraya Bangkok telah dipilih sebagai tuan rumah dan ia bakal menyaksikan lebih banyak pasukan yang akan bertanding.
Menurut Pengarah Pengurusan Acer Malaysia, Ricky Tan, pihaknya sangat berbangga dan bebesar hati dengan kejayaan pasukan Malaysia yang dinobatkan sebagai juara. Sebagai antara jenama yang sentiasa melihat e-sport sebagai sukan kompetitif masa hadapan, pihaknya berharap lebih banyak pasukan daripada Malaysia mengecap kejayaan sama.
Tahniah Remaja ucapkan buat pasukan Fam Geek yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Teruskan berusaha di masa akan datang agar Jalur Gemilang akan terus mengah berkibar walau di mana juga kita berada.
Malaysia Boleh!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dato' Sri Siti Nurhaliza menerima Ijazah Sarjana Kehormat daripada Sunway University sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang seni kreatif dan muzik.