
Penyanyi dan anggota daripada kumpulan terkenal K-Pop, Asa BABYMONSTER baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial selepas membuat satu pengakuan mengejutkan mengenai latar belakang pendidikannya.
Menerusi episod terbaru program popular Korea Selatan Running Man, Asa atau nama sebenarnya Enami Asa (19) bersama rakan sekumpulan Ahyeon diundang sebagai tetamu istimewa.
Dalam salah satu segmen, penyanyi wanita itu menyatakan bahawa beliau telah tinggal di Korea selama enam tahun, namun hanya sempat menamatkan pendidikan di peringkat tadika. Walau bagaimanapun, kenyataan ringkas pelantun lagu ‘Hot Sauce’ itu ternyata mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat K-Pop dan masyarakat di pelbagai platform media sosial.
“Saya hanya tamat tadika. Saya mula menjalani latihan sambil bersekolah rendah,” jawab Asa selepas pelakon Choi Daniel bertanya sama ada beliau bersekolah di Korea selama tinggal di negara ginseng itu selama menjadi pelatih.

Jawapan Asa telah mencetuskan tanda tanya bagaimana seorang idol muda seperti dirinya mampu capai kejayaan dalam dunia hiburan dengan pendidikan formal yang begitu minimum.
Sungguhpun demikian, ramai peminat tampil mempertahankan Asa seperti salah seorang pengguna media sosial yang menjelaskan bahawa komen Asa tentang ‘tamat tadika’ mungkin merujuk kepada pendidikan di Korea sahaja kerana beliau bersekolah rendah di Jepun pada masa yang sama.
Selain itu, ada juga yang memberitahu Asa juga mengikuti sekolah rendah di Jepun apabila dia lulus uji bakat di bawah YG Entertainment serta pernah mengikuti kelas teater muzikal di Jepun untuk mengasah bakat dalam bidang produksi dan nyanyian.

Namun setelah berpindah ke Korea, beliau tidak dapat meneruskan pendidikan formal kerana statusnya sebagai warganegara asing dan masih kecil ketika itu dan masih belum fasih bertutur dalam bahasa Korea sepenuhnya.
Sementara itu, isu pendidikan dalam kalangan idola K-pop memang sering menjadi topik sensitif. Bagaimanapun, dalam kes Asa, ramai menyifatkan kejayaannya sebagai bukti bahawa bakat, kerja keras dan sokongan sekeliling mampu mengatasi kekangan formaliti akademik.
Sekalipun kenyataannya tampak janggal bagi sesetengah pihak, para peminat menganggap pengorbanan Asa dan perjalanannya sejak kecil untuk menjadi idol sebagai sesuatu yang patut dihargai. Kini, Asa bukan sahaja berjaya meraih populariti sebagai anggota BABYMONSTER, tetapi beliau perjuangannya turut dilihat sebagai lambang dedikasi dan keberanian mengejar impian dari usia muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!











