Penyanyi berbakat besar, Sharifah Aishah Retno atau lebih dikenali sebagai Aisha Retno tidak perlu disangkal lagi mempunyai bakat dan vokal yang mantap. Tambahan lagi, selepas beliau memenangi tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke-38. Sejak dari itu, nama Aisha Retno semakin dikenali ramai.
Baru-baru ini, tular satu vidoe yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @lilysufy yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 183 ribu, tanda suka sebanyak 9,591 dan sebanyak 171 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aisha Retno yang mengaji di dalam rancangan ‘Geng Ngaji’ anjuran ASTRO secara visual.
Ads
@lilysufy Yay boleh dengar Aisha Retno mengaji, bertarannum dan menyanyi sekali 🤭 Kalau Aisha boleh, anda pun boleh hehe. Jangan lupa join Geng Ngaji setiap hari pukul 6-7 petang ya.. Call kami atau tonton di Astro Oasis atau youtube Astro Gempak Geng Ngaji 😊❤️ #aisha#aisharetnosutera#sutera♬ original sound – Lilysufy Shop
Netizen Memuji
Ads
Selain itu, video dirinya sedang membaca al-Quran berserta tarannum telah berjaya menarik perhatian ramai. Rata-rata warganet terpukau dengan cara Aisha Retno mengalunkan ayat al-Quran.
Ads
Pandai Aisha mengaji dan nampak tidak kekok. Apa-apa pun, semoga kta semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara band dari Indonesia yang masih mempunyai peminat sehingga ke hari ini, sudah tentunya Sheila On 7!
Sudah lama tidak mendengar, berita terkini Duta Sheila On 7. Suatu ketika dahulu, jejaka ini pernah menjadi idola ramai gadis dari Indonesia mahupun di Malaysia. Manakan tidak, hampir semua lagu-lagu Sheila On (SO7) pernah hits dan menjadi siulan anak muda pada masa itu.
Terbaru, setelah lebih 20 tahun menjadi vokalis kumpulan Sheila On 7, Duta berkata sudah tiba masanya dia bergerak solo. Tambah Duta, dia sudah memiliki beberapa lagu solo yang perlu dipersembahkan kepada peminatnya. Meskipun akan menyanyi secara solo selepas ini, Duta menegaskan bahawa dia tidak akan keluar daripada kumpulan tersebut.
Keputusan Duta untuk bergerak solo itu nampaknya disambut baik oleh gitaris kumpulan berkenaan iaitu Eross Candra.
Penyanyi Sephia itu menyatakan bahawa, “Eross juga pelik kenapa saya tidak menjadi penyanyi solo dari dulu lagi.”
Memetik laporan Prambors, Duta berkata ia merupakan masa yang tepat untuk melakukan perkara baharu kerana umurnya sudah menjangkau 42 tahun.
“Umur saya sudah 42. Perlu sesuatu yang baru,” jelasnya lagi.
Akhdiyat Duta Modjo ataupun lebih mesra disapa sebagai Duta ini mengesahkan bahawa dia telah menghasilkan beberapa lagu solo yang perlu dipersembahkan kepada para peminatnya.
Foto Via Mstar
Walaupun memutuskan untuk bergerak solo, Duta menegaskan bahawa dia tidak akan keluar atau meninggalkan kumpulan Sheila on 7 yang telah menaikkan namanya dalam industri hiburan bukan sahaja di Indonesia tetapi juga dekat Singapura dan Malaysia.
Hmm…mesti ramai peminat SO7 yang sedih kan tapi apa-apa pun kita perlu menghormati keputusan mereka. All the best buat Duta!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insya Allah, andai diberi kesempatan bernafas oleh Allah taala, lagi 20 hari umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa. Pasti ramai yang merindui bulan penuh rahmat, bulan penuh keberkatan di mana setiap amal ibadah yang dilakukan akan diberikan gandaan pahala.
Tapi sebelum sampainya Ramadan, tentu ada di kalangan kita yang risau jika belum sempat menggantikan puasa-puasa terdahulu dan hanya mahu membayar fidyah sahaja bagi menggantikan puasa yang gagal dibuat. Harga bagi secupak beras ialah RM6.70 bagi tahun-tahun sebelum ini (kebanyakan negeri harganya sama).
Sebelum mahu membayar fidyah jika tidak sempat menggantikan puasa-puasa terdahulu, ada perkara perlu kita faham kerana bukan semua boleh diselesaikan dengan membayar fidyah sebaliknya puasa wajib diganti juga.
Berikut adalah kategori golongan yang boleh membayar fidyah. Lihat nanti senarai nombor lima yang sering orang salah faham dengan menganggap mereka boleh bayar fidyah juga tanpa menggantikan puasa.
Warga tua yang sudah terlalu uzur dan tidak boleh menunaikan puasa maka sebagai anak kita boleh membayarkan fidyah untuk ibu bapa kita yang uzur ini
1) Uzur menunaikan puasa wajib
Keterangan: Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
Qada’ dan Fidyah:
• Tidak wajib qada’ puasa
• Wajib bayar fidyah pada tahun tersebut
• Tiada gandaan fidyah walaupun melangkaui tahun
Kebanyakan ibu hamil yang sudah sampai saat bersalin pasti risau keadaan anak dalam kandungan. Jika larat berpuasalah, andai tidak boleh dibayar fidyah sahaja jika takuti anak dalam kandungan boleh memudaratkan
2) Perempuan hamil
Keterangan: Dengan syarat dibimbangi akan keselematan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran.
Qada’ dan Fidyah:
• Wajib qada’ puasa.
• Wajib bayar fidyah pada tahun tersebut
Adapun wanita yang bimbang akan keselamatan dirinya atau dirinya dan anaknya, maka wanita berkenaan hanya wajib qada’ puasa tanpa perlu membayar fidyah.
Ibu yang menyusukan anak juga boleh membayar fidyah bagi setiap hari puasa ditinggalkan tanpa perlu menggantikan semula jumlah hari ditinggalkan
3) Ibu yang menyusukan anak
Keterangan: Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudhratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu.
Qada’ dan Fidyah:
• Wajib qada’ puasa
• Wajib bayar fidyah pada tahun tersebut.
Bagi ahli keluarga kita yang sudah meninggal dunia, perlu bayar fidyah berapa hari ditinggalkan puasa sebelum pembahagian harta pusaka milik arwah
4) Orang yang telah meninggal dunia
Keterangan: Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Qada’ dan Fidyah:
• Wajib bayar fidyah
Mana-mana bagi gadis remaja yang tertinggal puasa, wajib menggantikannya semula tanpa alasan selain perlu bayar fidyah bagi tahun-tahun ditinggalkan. Gambar hiasan.
5) Melambatkan ganti puasa (Qada’)
Keterangan: Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan)
Qada’ dan Fidyah:
• Wajib qada’ puasa
• Wajib bayar fidyah pada tahun tersebut dan bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Jadi dah fahamkan, siapa yang boleh bayar fidyah dan tidak bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan. Moga Allah memberi kesempatan untuk kita menyampaikan ke Ramadan Nur Karim.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tiga penyanyi K-Pop mencuri perhatian selepas mendedahkan realiti mengenai kehidupan sebagai pelatih yang penuh tekanan, khususnya melibatkan kawalan berat badan yang ketat dalam industri hiburan Korea Selatan.
Menerusi sebuah perkongsian video terbaru yang dimuat naik di YouTube Changsub BTOB, beliau bersama Chorong APINK dan Dongwoon Highlight berkongsi pengalaman masing-masing ketika berada di bawah agensi Cube Entertainment, sekaligus membuka sisi yang jarang didedahkan kepada umum.
“Ada penilaian setiap hujung minggu dan juga setiap hujung bulan,” jelas Chorong yang menggambarkan rutin ketat yang perlu dilalui oleh setiap pelatih.
Pada masa yang sama, Changsub tampil menjelaskan, “Penilaian mingguan adalah untuk melihat apa yang para trainee latih sepanjang minggu tersebut. Tetapi penilaian bulanan pula menentukan sama ada seseorang trainee itu akan disingkirkan atau terus kekal.” Kemudian dipersetujui oleh Chorong yang turut menambah bahawa proses itu merupakan saat yang sangat menakutkan.
Di samping itu, Changsub berkongsi bahawa setiap bulan merupakan tempoh yang sangat mendebarkan kerana pihak agensi tidak teragak-agak menyingkirkan pelatih yang tidak menepati standard, termasuk mereka yang gagal mengawal berat badan.
Selain itu, Chorong juga mendedahkan bagi pelatih wanita, mereka akan ditimbang setiap minggu, manakala Changsub sendiri mengakui berat badannya pernah turun secara drastik daripada 80 kilogram ke 60 kilogram akibat peraturan ketat tersebut.
Pendedahan ini sekali lagi membuka mata ramai tentang betapa ketatnya sistem latihan yang diamalkan dalam industri K-Pop, di mana bukan sahaja bakat menjadi ukuran, tetapi juga penampilan fizikal.
Kawalan berat badan yang dikenakan terhadap para pelatih juga dilihat sebagai satu standard tidak rasmi yang perlu dipatuhi bagi memastikan imej yang memenuhi kehendak pasaran dan industri.
Dalam masa sama, situasi ini turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan peminat mengenai tekanan mental dan fizikal yang terpaksa dihadapi oleh bakal idola sebelum mereka berjaya menjejakkan kaki ke pentas sebenar.
Walaupun ramai yang akhirnya berjaya mencapai impian sebagai artis, kisah seperti ini membuktikan bahawa perjalanan untuk menjadi seorang idol K-Pop bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya memerlukan pengorbanan besar yang sering kali tidak terlihat oleh peminat.
Sumber: Youtube Changsub BTOB @이창섭&저창섭
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Arwah Cikman terus dikenang apabila Amir Raja Lawak berkongsi kenangan dan menceritakan kebaikan Allahyarham yang meninggalkan kesan mendalam kepada rakan artis serta peminat.