ARMY, berita yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Pada 11 Jun 2025, dua anggota termuda BTS, Jimin dan Jungkook, secara rasmi menamatkan perkhidmatan wajib tentera mereka di Korea Selatan.
Mereka menjadi anggota kelima dan keenam yang menyelesaikan tugas negara, selepas Jin, J-Hope, RM, dan V.Kini, hanya Suga yang masih dalam perkhidmatan dan dijangka selesai pada 21 Jun ini.
Momen Emosional: Maknae Line Kembali
Jimin dan Jungkook, yang mendaftar bersama di Divisyen Infantri Ke-5, muncul di hadapan media dan staf dengan senyuman malu-malu dan gelak tawa yang mencairkan hati ARMY.Masih mengenakan seragam tentera, mereka menyampaikan ucapan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang tidak putus sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Jimin berkata, “Terima kasih kerana menunggu kami dari era COVID hingga kini. Kami akan berusaha menyiapkan sesuatu yang lebih baik untuk ditunjukkan kepada anda.”Jungkook pula menambah, “Terima kasih kepada semua yang menjaga kami dengan baik sepanjang tempoh.
Ads
Kata-kata Terakhir dari Jimin dan Jungkook
Jimin menutup dengan penuh emosi, “Kenangan ini sangat berharga dan akan saya simpan dalam hati untuk waktu yang lama.”Jungkook menambah, “Kami akan berkongsi lebih banyak dengan anda… dalam siaran langsung nanti.”
Menuju Reuni Penuh BTS
Dengan pelepasan Jimin dan Jungkook, enam daripada tujuh anggota BTS telah menyelesaikan perkhidmatan mereka. RM dan V telah dilepaskan sehari sebelumnya pada 10 Jun, manakala Jin dan J-Hope telah menamatkan perkhidmatan mereka pada tahun 2024. Satu-satunya anggota yang masih dalam perkhidmatan adalah Suga, yang dijadualkan tamat pada 21 Jun 2025.
Ads
Peminat kini menantikan penyatuan semula penuh BTS, yang dijangka berlaku pada separuh kedua tahun ini. Kembalinya kumpulan ini bertepatan dengan ulang tahun ke-12 debut mereka pada 13 Jun, menambah lagi keterujaan dalam kalangan ARMY.
Dengan semangat yang diperbaharui dan pengalaman baru dari perkhidmatan mereka, BTS bersedia untuk memulakan era baru dalam perjalanan muzik mereka.
Akhirnya, BTS kembali!
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Korea The Penthouse telah pun berakhir dengan rating tertinggi sebanyak 23.6 dan 28.8 peratus. Menurut Nielsen Korea, ini merupakan peningkatan mendadak daripada rekod rating 24 peratus yang pernah dicatatkan oleh drama itu sebelum ini.
Sejak ditayangkan pada Oktober 2020, drama ini terus menguasai slot drama Isnin dan Selasa dengan rating hampir 10 peratus. Menjelang Disember, The Penthouse membuktikan popularitinya yang melonjak dengan menembusi angka 20 peratus dan minggu akhir tayangan pada 5 Januari lalu mendapat peningkatan rating hampir 30 peratus.
Drama ini mengisahkan tentang Sim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), seorang wanita yang berasal daripada keluarga kaya dan menjadi ratu apartmen di penthouse tingkat 100. Suaminya bernama Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon), iaitu merupakan pengusaha real estate yang berjaya.
Walau bagaimanapun, selepas episode akhir The Penthouse, barisan pelakon seperti Kim So Yeon, Eugene Uhm Ki Joon, Shin Eun Kyung, Bong Tae Gyu, Jin Ji Hee, Kim Young Dae, Han Ji Hyun dan Choi Ye Bin khabarnya bakal menyertai drama tersebut bagi musim kedua.
Malah, Han Ji Hyun turut memberitahu bahawa plot cerita untuk musim kedua nanti akan lebih menarik dan mendebarkan. The Penthouse musim kedua akan memulakan penggambaran selepas para pelakon bercuti selama 10 hari dan kali ini ia bakal menyaksikan 12 episod untuk dipertaruhkan.
Peminat juga seakan-akan sudah tidak sabar untuk menantikan episod terbaru musim kedua nanti.
Apa yang menariknya lagi, drama musim ketiga juga sudah mula diperkatakan dan mempunyai 12 episod juga.
Wah, memang betul-betul dapat permintaan tinggi ni sampai dah ada perancangan untuk musim ketiga. Untuk korang yang belum tengok The Penthouse, sempat lagi nak marathon sebelum musim 2 bermula. Nanti tidaklah terpinga-pinga bila ramai yang bercakap tentang drama siri ini. Hiks!
Dengan berakhirnya konsert final Big Stage semalam, maka tamatlah perjalanan juri tetap, Ajai dan Aina Abdul dalam membentuk bakat-bakat baru dunia seni.
Meski konsert minggu ke-10 Big Stage malam tadi melabuhkan tirainya dengan mengumumkan Nadeera Zaini sebagai juara, itu bukan bermaksud titik noktah mereka sebagai penghibur.
Malah bak kat juri tetap Ajai, ini merupakan buku permulaan mereka untuk terus melangkau jauh sebagai seorang penghibur.
“Tahniah kepada semua peserta yang telah bertanding malam ini. Namun yang paling penting sekali adalah penglibatan mereka dalam industri agar industri hiburan tanah air kita lebih diwarnai dengan talent – talent baru,” jelas beliau ketika ditemui sidang media semalam.
Ahli kumpulan Exist itu juga menekankan aspek keunikan seseorang penyanyi itu agar mereka dapat kekal lama dalam industri seni hiburan tanah air.
Katanya lagi antara faktor yang perlu sentiasa ditanam dalam jiwa penyanyi muda zaman kini ialah intellectual property (IP), di mana mereka harus mempunyai gaya dan aura tersendiri yang mampu menarik perhatian pendengar tanpa perlu meniru gaya penyanyi lain.
“Intellectual property itu sangat penting, sebab dari trademark itulah, pendengar akan mengingati seseorang penyanyi itu.
“Saya dulu bekerja selaku Artists Repertoire (A&R) di Warner Music, di bawah Tony Fernandes.
“Kiranya kerja saya dulu adalah untuk sign artis dan produce lagu untuk mereka dan apa yang saya dapat lihat dalam banyak-banyak peserta, saya paling nampak sisi artistik Aufa as an artist menerusi karakter dan visi dia sebagai seorang penyanyi,” tambah beliau lagi.
Bukan mudah rupanya bagi seseorang penyanyi itu untuk kekal lama dalam industri kerana terdapat pelbagai aspek penting yang perlu ditekankan dan diambil peduli.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Situasi pandemik yang melanda dunia sekarang bukan hanya memberi impak kepada pekerja yang bakal atau pun telah kehilangan kerja, malah ia juga turut menjejaskan peluang pekerjaan kepada para graduan.
Hal ini mungkin mendatangkan kerisauan kepada individu dan graduan yang terkesan, namun ia bukanlah satu penamat untuk kehidupan kerana korang masih boleh memulakan perniagaan melalui tiga cara iaitu offline, online dan mengguna pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship dan menjadi ejen produk.
Perkara ini telah diulas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid kepada Astro Awani dengan mencadangkan individu yang terjejas kerana pandemik COVID-19 menggunakan apa sahaja yang ada terlebih dahulu bagi memastikan survival dalam berhadapan dengan situasi ini.
Azharee Wahid menegaskan bahawa korang boleh guna cara offline, modal kecil, ambil saja barang yang penting, yang digunakan seharian seperti makanan atau minuman yang disediakan sendiri di rumah. Ambil perkara yang mudah terlebih dahulu tanpa menggunakan modal yang besar.
Cara kedua, pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship atau ejen. Semua sistem ini sudah ada. Walaupun mungkin memerlukan modal sedikit, tapi ia tidak sebanyak (yang diperlukan jika) membuka kedai dan sebagainya.
Ketiga, korang boleh buat secara online. Jual apa sahaja barang yang ada di sekeliling kita, contohnya baju raya, barang dapur yang tidak dipakai, jual sahaja. Akan ada orang yang beli kerana walaupun kita menganggap barangan tersebut mungkin tidak bernilai, tapi mungkin tidak pada orang lain.
Paling penting, jangan takut untuk mengubah kehidupan korang kerana ini mungkin titik permulaan untuk korang mendapat kehidupan yang lebih baik. Siapa tahu, dengan meniaga sendiri boleh jadikan korang sebagai seorang usahawan berjaya satu hari nanti?
InsyaAllah. Sama-sama kita doakan agar indvidu yang terjejas akibat wabak pandemik ini dimurahkan rezeki.