
Persembahan minggu ketiga Big Stage Alpha (BSA) menyaksikan detik penuh emosi apabila Ariel Fesol diumumkan sebagai salah seorang peserta yang berada dalam kelompok tiga terbawah bersama Allan Andersn dan Afiq Sky.
Namun, lebih memilukan apabila Ariel menjadi peserta yang tersingkir, sekali gus menamatkan perjuangannya dalam pertandingan tersebut.
BACA: Ashmirul Lebih Sesuai Bergerak Secara Solo Selepas Tinggalkan Big Stage Alpha – Syafinaz Selamat
Bagaimanapun, dia diselamatkan oleh juri tetap, iaitu Datuk Syafinaz Selamat.
Ariel turut menambah bahawa ibu bapanya merupakan individu yang mula-mula menyedari bakatnya dalam bidang seni.
“Parents saya adalah orang yang melihat bakat saya waktu saya kecil jadi bila mereka datang dan lihat saya di bottom three serta diumumkan sebagai perserta yang tersingkir, sudah semestinya saya sedih. Saya dah cuba kawal tapi gagal, sebab itulah saya tak pandang atas.
“Tapi syukur Alhamdulillah, saya terima ini merupakan salah satu rahsia Tuhan yang saya tidak tahu selama ini tetapi harini telah terjawab soalan di minggu ini.
“Mungkin saya terleka dan menganggap ini sebagai satu tamparan yang hebat untuk saya menjadi seorang penghibur yang baik pada masa akan datang,” katanya lagi.
Untuk info, Ariel membawakan lagu Titian Perjalanan nyanyian asal XPDC namun hanya berjaya meraih markah sebanyak 64.10 peratus daripada barisan juri tetap dan jemputan iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Hael Husaini, Jaclyn Victor dan Ajai.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose kini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.