Ariel Fesol Rangkul Gelaran Juara, Alpha Masuk ‘Line-Up’ Konsert Hael Husaini & Bersedia Terbang Ke Korea!

Share

Malam penuh debaran di Royale Theatre, Shah Alam pada 15 Jun 2025 menyaksikan Ariel Fesol mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai juara Big Stage Alpha (BSA) musim pertama!

Ariel menewaskan enam finalis lain pada malam kemuncak dan berjaya membawa pulang RM30,000 berserta trofi selepas persembahan solo dan berkumpulan dinilai oleh para juri terdiri daripada Edry Abdul Halim, Datuk Shafinaz Selamat, Hael Husaini dan juri jemputan Marsha Milan.

Naib juara pula menjadi milik Ray-D yang meraih RM20,000 manakala tempat ketiga disandang Rizal Rasid yang membawa pulang RM10,000.

Daniel Sher, Araff dan Izat Ibrahim masing-masing berada di tempat keempat hingga keenam dan membawa pulang

RM5,000 setiap seorang. Sementara itu, Afiq Sky melengkapkan kedudukan di tempat ketujuh dengan hadiah RM3,000.

Malam tadi juga menyaksikan Daniel Sher menang berganda apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Perfume Paradise yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000.

Persembahan Berkumpulan Bikin Panas

Semasa segmen lagu berkumpulan, tujuh orang finalis tadi dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Alpha Prime (Daniel, Rizal, Ariel, Araff) yang menyampaikan lagu Hands Up nyanyian asal kumpulan generasi kedua Korea Selantan, 2PM dan Alpha Ultra (Izat, Ray-D, Afiq Sky) yang membawakan lagu Run nyanyian asal kumpulan Korea, BTS.

Namun, kejutan paling besar terjadi di penghujung acara jatuh kepada…

OT7 Confirmed! 7 Finalis Sah Debut Dalam Kumpulan Bernama ‘Alpha’

Pihak produksi program Big Stage Alpha mengumumkan bahawa ketujuh-tujuh finalis akhir program tersebut akan melakukan debut bersama sebagai sebuah  kumpulan lelaki baharu yang dinamakan

Alpha!

Ketika enam nama diumumkan satu per satu bermula daripada nama Daniel Sher, Izat Ibrahim, Ray-D, Ariel Fesol, Rizal Rasid dan Afiq Sky, peminat seorang lagi finalis iaitu  Araff menanti dengan penuh berdebar memandangkan nama penyanyi remaja berusia 19 tahun itu masih tidak kedengaran.

Sejurus laungan “OT7!” bergema di seluruh dewan teater daripada lautan penonton yang hadir menyaksikan siaran langsung finale semalam, pentas bertukar gamat apabila Araff akhirnya diumum sebagai ahli terakhir kumpulan Alpha.

Tambah manis, kumpulan ini mempersembahkan single debut berjudul Mona Lisa di hadapan penonton yang bersorak tanpa henti.

Latihan di Korea & Jemputan Khas Dari Hael Husaini

Ketujuh-tujuh ahli kumpulan Alpha kini bakal diterbangkan ke Korea Selatan untuk menjalani latihan intensif sebagai persediaan menjadi sebuah kumpulan ‘idol’ berkualiti global. Tidak cukup sekadar itu, juri tetap Big Stage Alpha iaitu Hael Husaini turut mempelawa Alpha untuk buat persembahan di konsert solonya

yang bakal berlangsung di Zepp KL pada 8 Ogos ini.

Sebagai info, barisan juri tetap malam tadi terdiri daripada Hael Husaini, Edry Abdul Halim dan Datuk Syafinaz Selamat manakala Marsha Milan hadir sebagai juri jemputan.

Malam final juga dibuka dengan persembahan Aisha Retno dan dikemudi hos Elly Mazlein serta Rina Nose.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Fath