Berita hubungan tak kesampaian di antara Ariana Grande dan Pete Davidson sebenarnya tak membuatkan kami terkejut pun..
Sorry guys, tetapi mereka berdua mengambil hubungan tersebut wayyy to fast! Jujurnya kami sukakan Pete dan Ariana sebagai individu berasingan DAN juga sebagai couple. Namun apabila Pete memutuskan untuk merisik Ariana lalu bertunang dalam masa beberapa bulan selepas berkenalan, we just knew this will happen.
Pete telah memberikan cincin pertunangan berharga USD 100,000 (wow!) kepada penyanyi No Tears Left To Cry itu. Selepas putus, Ariana khabarnya mengembalikan semula cincin pertunangan kepada Pete.
Alasannya, mereka putus secara tenang dan telah berdamai. Tidak seperti kebanyakan Hollywood couple lain yang gemar membesar-besarkan situasi.
So, Pete dan Ariana berpendapat cincin pertunangan wajar dipulangkan semula. Bagaimana pula dengan korang?
6 pasangan selebriti ini nampaknya mempunyai pendapat yang berbeza..
Ads
Kim & Kris
Selepas bercerai, Kim Kardashian kembalikan cincin berlian 16.21 karat kepada suaminya Kris Humphries. Menariknya, pada tahun 2013, Kris telah membidanya kepada Christies pada harga USD620,000 walaupun harga asal cincin tersebut adalah USD 2 juta!
Mariah & Nick
Cincin pertunangan Mariah berupa cincin berlian merah jambu 17 karat dan ia dipenuhi dengan 58 biji berlian merah jambu di sekelilingnya. Holy – ! Cincin bernilai USD2.5 juta itu telah disimpan oleh Mariah selepas mereka putus dan masih dipakai olehnya sehingga ke hari ini.
Ads
Tiger & Elin
Drama penceraian Tiger Woods dan bekas isteri beliau, Elin Nordegren telah memakan masa bertahun-tahun sebelum ia selepas. Patutlah, ia melibatkan berjuta-juta dollar, termasuklah cincin yang dijual oleh Elin pada harga USD2.5 juta. Girl, you did good!
Laga Gaga & Taylor
Ads
Kami semua masih sedih dengan nasib Lady Gaga. Kami rasakan Gaga dan Taylor Kinney merupakan salah satu pasangan Hollywood yang paling serasi. So, apa yang terjadi dengan cincin berlian Lorraine Schwartz 6 karat miliknya?
Gaga memulangkan cincin tersebut demi menutup episod kegagalan cintanya.
Miley & Liam
On Off, On Off. Buat masa sekarang, Miley Cyrus dan Liam Hemsworth masih on. Tetapi pada November 2010 semasa mereka berdua putus sebentar, cincin pertunangannya tidak dikembalikan kepada Liam namun Miley juga tak memakai atau menjualnya.
Mungkin Miley hanya menyimpan cincin tersebut kerana dia tahu satu hari nanti, mereka akan kembali bersama.
Robert Pattinson & FKA Twigs
Pasangan muda ini pun sama, suka On Off On Off. Selepas 2 tahun bersama dan mereka berdua terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing di tempat berbeza, Robert dan FKA Twigs memutuskan hubungan. Namun penyanyi perempuan itu masih menyimpan cincin pertunangannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja dan cinta bukanlah satu perkara asing. Ketahuilah, it is a natural feeling develop at this age. Meluahkan rasa cinta adalah langkah yang penting dalam hubungan manusia and it is totally normal.
Walau bagaimanapun, cara yang sesuai untuk melakukannya bergantung pada keadaan dan personaliti individu yang terlibat.
Berikut adalah beberapa tip untuk meluahkan rasa cinta for someone that you have a crush on.
Jujur dan Terus Terang
Ungkapkan perasaan korang secara jujur dan terus terang. Katakan kepada that special person apa yang membuat anda jatuh cinta padanya dan mengapa anda ingin memperkuat hubungan itu.
Pilih Masa dan Tempat yang Sesuai
Pilih waktu dan tempat yang sesuai untuk meluahkan perasaan. Pastikan korang berada di tempat yang tenang dan tidak diganggu oleh hal-hal lain.
Dengar dan Terima
Setelah meluahkan perasaan, berikan ruang kepada si dia untuk merespon. Dengarkan dengan teliti dan terima respon mereka tanpa menghakimi atau mengkritik apatah lagi memberi reaksi negatif jika respon yang diberikan didn’t go on how you wanted it to be.
Gunakan Bahasa Badan
Selain perkataan, bahasa badan juga boleh menyampaikan perasaan anda. Gunakan pandangan mata yang penuh kasih dan senyuman untuk menyampaikan rasa cinta anda.
Sederhana dan Tulus
Anda tidak perlu menggunakan kata-kata yang rumit atau merancang sesuatu yang besar-besaran. Kadang-kadang, ungkapan cinta yang sederhana dan tulus lebih bermakna daripada yang rumit.
Konsisten
Pastikan untuk menyatakan cinta anda secara konsisten, bukan hanya sekali. Ini menunjukkan kepada pasangan anda bahawa anda sungguh-sungguh dalam perasaan anda.
Buka Diri
Satu perkara penting dari meluahkan cinta adalah dengan membuka diri. Haip! not that buka! Tetapi kongsi perasaan anda dengan jujur dan terbuka, tanpa menyembunyikan apa pun. Korang harus terbuka untuk menerima apa jua respon yang diberikan
Mendengar
Selain meluahkan perasaan cinta anda, penting juga untuk mendengar apa yang dikatakan pasangan anda tentang perasaan mereka. Komunikasi dua hala sangat penting dalam hubungan yang sihat.
Bersabar
Terkadang, pasangan anda mungkin memerlukan masa untuk memproses perasaan mereka dan memberikan respons yang tepat. Bersabarlah dan berikan mereka ruang yang mereka perlukan.
Ingatlah, setiap hubungan adalah unik, jadi pilihlah cara meluahkan cinta yang sesuai dengan keadaan.Paling penting adalah meluahkan cinta dari hati yang tulus.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas istiadat persandingan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar yang berlangsung pada 22, 23 dan 25 Ogos lalu, kini Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bakal menerima kehadiran seorang lagi menantu.
Menerusi perkongsian di aplikasi Facebook Kesultanan Pahang, istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah akan dilangsungkan pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Dalam pada itu, turut memaklumkan, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal yang diadakan di Taman Duta, pada Isnin semalam.
Majlis Adat Midodareni adalah salah satu acara sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya Puteri.
Terdahulu, baginda berdua turut berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Siraman di lokasi yang sama kelmarin.
Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; Tengku Panglima Perang; Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah; Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Ilyana.
Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri di Taman Duta pada Sabtu.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Foto: FB Kesultanan Pahang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sanggup tak korang berkeluarga bersama kawan karib sendiri?
Maksudnya, sanggupkah korang melihat abang, kakak atau adik sendiri BERKAHWIN dengan kawan karib? Well, mungkin itu yang akan berlaku kepada model terkenal, Gigi Hadid dan Bella Hadid.
Baru-baru ini, Kendall dilaporkan baru saja memutuskan hubungan dengan teman lelaki, Ben Simmons disebabkan alasan masing-masing sibuk dan jarang berjumpa.
Namun, tak sampai seminggu selepas berita itu muncul, timbul pula ura-ura baru yang mengatakan Kendall telah menjumpai pengganti.
Untunglah jadi orang cantik.
Pengganti itu tak lain tak bukan ialah Anwar Hadid, iaitu adik lelaki kepada Gigi dan Bella.
Sumber Entertainment Online melaporkan mereka berdua sempat ditangkap oleh paparazi apabila sedang leka berhibur dan melepak. Sebelum ini, ramai juga yang tertanya-tanya sama ada Anwar dan Kendall benar-benar sepasang kekasih disebabkan keakraban kedua-dua keluarga Jenner dan Hadid.
Walaupun ditemani rakan lain semalam, pasangan itu masih terlihat begitu akrab dan hhm – ‘macam ada sesuatu yang tak kena dengan mereka’. Mungkin mereka sudah memutuskan untuk menjadi lebih daripada rakan biasa?
Menariknya, ada yang mendakwa Gigi dan Bella pernah menentang mereka berdua daripada bersama kerana mereka begitu kenal dengan perangai Kendall. Apa maksudnya tu? Adakah Kendall terlalu kerap bertukar teman lelaki kerana tidak pandai untuk setia?
Selain itu, Gigi dan Bella juga menggunakan alasan perbezaan usia 4 tahun di mana Kendall telah berusia 22 tahun manakala Anwar baru saja mencecah 18 tahun.
Alah, 4 tahun tu kan normal je. Mungkin benar Gigi dan Bella tidak mahu hubungan ini berputik, takut-takut persahabatan mereka berdua dengan Kendall menjadi awkward pula selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!