Sanggup tak korang berkeluarga bersama kawan karib sendiri?
Maksudnya, sanggupkah korang melihat abang, kakak atau adik sendiri BERKAHWIN dengan kawan karib? Well, mungkin itu yang akan berlaku kepada model terkenal, Gigi Hadid dan Bella Hadid.
Baru-baru ini, Kendall dilaporkan baru saja memutuskan hubungan dengan teman lelaki, Ben Simmons disebabkan alasan masing-masing sibuk dan jarang berjumpa.
Namun, tak sampai seminggu selepas berita itu muncul, timbul pula ura-ura baru yang mengatakan Kendall telah menjumpai pengganti.
Untunglah jadi orang cantik.
Ads
Pengganti itu tak lain tak bukan ialah Anwar Hadid, iaitu adik lelaki kepada Gigi dan Bella.
Sumber Entertainment Online melaporkan mereka berdua sempat ditangkap oleh paparazi apabila sedang leka berhibur dan melepak. Sebelum ini, ramai juga yang tertanya-tanya sama ada Anwar dan Kendall benar-benar sepasang kekasih disebabkan keakraban kedua-dua keluarga Jenner dan Hadid.
Ads
Walaupun ditemani rakan lain semalam, pasangan itu masih terlihat begitu akrab dan hhm – ‘macam ada sesuatu yang tak kena dengan mereka’. Mungkin mereka sudah memutuskan untuk menjadi lebih daripada rakan biasa?
Ads
Menariknya, ada yang mendakwa Gigi dan Bella pernah menentang mereka berdua daripada bersama kerana mereka begitu kenal dengan perangai Kendall. Apa maksudnya tu? Adakah Kendall terlalu kerap bertukar teman lelaki kerana tidak pandai untuk setia?
Selain itu, Gigi dan Bella juga menggunakan alasan perbezaan usia 4 tahun di mana Kendall telah berusia 22 tahun manakala Anwar baru saja mencecah 18 tahun.
Alah, 4 tahun tu kan normal je. Mungkin benar Gigi dan Bella tidak mahu hubungan ini berputik, takut-takut persahabatan mereka berdua dengan Kendall menjadi awkward pula selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada yang sempurna di dalam dunia ini, tetapi jika anda telah pun jatuh hati dengan seseorang individu itu, semua baik buruk pasangan tidak menjadi halangan buat anda untuk terus mencintainya.
Namun selepas beberapa ketika, barulah anda sedar dan terfikir sama ada pilihan yang telah dibuat ini adalah tepat atau tidak.
Jangan risau, REMAJA akan cuba membantu untuk mengenalpasti 10 tanda-tanda bahawa anda telah pun mendapatkan suami/pasangan yang ideal.
1. Dia tidak takut untuk menempuh kesusahan dan bersedia untuk menyelesaikan segala masalah bersama-sama.
Lelaki sejati tidak hanya pandai berkata manis tetapi harus membuktikannya melalui perbuatan. Ketika berada dalam situasi yang sulit, mereka sentiasa ada untuk mengelap air mata anda.
2. Menyediakan sendiri makan malam
Wanita moden menganggap bahawa lelaki yang pandai masak adalah calon suami yang ideal. Tidak perlu menyiapkan makanan yang istimewa, jika si suami/pasangan menyediakan telur goreng dan kicap sahaja pun bisa membuatkan si isteri tersenyum lebar.
3. Sentiasa menyokong walaupun anda melakukan kesilapan
People make mistakes. Suami/pasangan yang supportive tidak akan terus menghukum isteri di atas kesalahan yang telah dilakukan. Walaupun kamu salah, dia sentiasa ada untuk memberikan sokongan dan nasihat.
4. Sentiasa alert tentang anda
Ini tidak bermakna si suami/pasangan tahu setiap pergerakan anda atau ingat baju warna apa yang anda pakai 5 hari lepas. Namun, dia sentiasa alert dengan apa yang berlaku pada diri anda. Dia tahu lagu kegemaran anda dan dia juga tahu setiap obsesi anda pada sesuatu perkara.
5. Bukan hanya pintar, tetapi bijak
Untunglah jika anda mempunyai suami yang bijak untuk menyelesaikan masalah matematik, tetapi apa yang lebih penting adalah lelaki yang mampu untuk mencari jalan keluar ketika menghadapi sebarang masalah. Jika suami/pasangan anda boleh memberikan nasihat tatkala sedang mempunyai salah faham dengan keluarga, anda memang sangat bertuah.
6. Dia tahu untuk menceriakan anda
Jika anda dalam keadaan sedih, dia tahu bagaimana untuk menceriakan kembali hidupmu. Dia akan berlawak jenaka, menyokong dan melakukan apa sahaja untuk menggembirakan anda.
7. Dia tahu bagaimana untuk berkompromi dan berunding
Seorang lelaki yang ideal mudah untuk dibawa berbincang dan bijak untuk mengendalikan sebarang situasi tegang yang melibatkan banyak pihak. Tidak bertindak melulu, ciri-ciri lelaki seperti ini sememangnya diidamkan oleh setiap wanita.
8. Tidak akan membiarkan anda dalam kesusahan
Kebanyakan lelaki tidak boleh memberikan fokus kepada pelbagai masalah dalam satu masa. Namun, mereka tidak akan membiarkan anda sendiri dalam menghadapi kesusahan dan menjadikan masalah anda sebagai keutamaan mereka.
9. Pendapat anda sentiasa diperlukan
Hubungan suami isteri bukan sahaja bermakna harus tinggal sebumbung, malah anda juga harus menjadi seorang teman baik yang mampu memberikan pendapat di antara satu sama lain. Namun begitu, ini tidak bermakna si suami perlu mengikut semua kata isteri.
10. Membantu dalam kerja-kerja rumah
Jika si suami menghormati dan menghargai anda, mereka tidak akan membiarkan anda keseorangan membuat kerja-kerja rumah. Dia sangat memahami situasi anda yang sedang keletihan apabila pulang kerja, lalu membantu menguruskan hal-hal rumah seperti mencuci pakaian atau mengemas peralatan dapur. Dengan cara ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
Jelas sekali memilih pasangan yang ideal itu perlu untuk menyempurnakan kehidupan bersama kelak. Setiap lelaki mempunyai keunikan dan kelebihan yang berbeza-beza. Jika kamu mempunyai suami/pasangan seperti kriteria di atas, syabas kami ucapkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kajian yang dijalankan oleh Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga di negara Jepun mendapati satu daripada empat orang dewasa berusia bawah 40 tahun di sana berjaya menamatkan zaman bujang mereka bersama pasangan yang mereka kenali melalui aplikasi janji temu atau ‘dating apps’.
Statistik yang diterima ini menunjukkan semakin ramai masyarakat di Jepun, khususnya yang semakin mengharapkan serta mempercayai peluang untuk menemui jodoh masing-masing menerusi dunia digital.
Malah, ‘jodoh digital’ bukan lagi mitos yang tidak boleh diharap. Ia merupakan mekanisma zaman kini yang membantu mana-mana orang dewasa terutamanya dalam kalangan individu berusia 20-an atau Gen-Z untuk menamatkan zaman bujang.
Barangkali ada yang terlalu sibuk memberi tumpuan kepada kerjaya sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa bersama kenalan baharu.
Bukan itu sahaja, aplikasi janji temu juga memberi peluang kepada individu yang bersifat ‘introvert’ untuk membiasakan diri terlebih dahulu dengan pasangan mereka menerusi cara menghantar teks, video dan membuat panggilan video sebelum melangkah ke fasa bertemu secara fizikal.
Lapor Agensi Berita Kyodo, kerajaan Jepun kini sedang merangka kaedah untuk membantu generasi mudanya untuk menemui jodoh, berkahwin dan seterusnya mempunyai cahaya mata demi mengatasi penurunan kadar kelahiran di sana.
Melihatkan kepada tren sebegini, ia merancang bagi menjalin kerjasama dengan sektor swasta untuk mempromosikan lebih banyak aplikasi janji temu yang mematuhi garis panduan keselamatan dan penggunaan yang betul.
Sebagai info, bilangan pasangan di Jepun yang berkahwin pada tahun 2023 berada pada tahap terendah sejak Perang Dunia Kedua iaitu sekadar 474,717 pasangan sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya tahun lalu pelakon Willy Wonka, Timothée Chalamet mengejutkan ramai peminat apabila memperkenalkan kekasihnya, Kylie Jenner di acara Golden Globes Awards 2024 sebagai peneman.
Tahun ini, ramai pula peminat yang terkejut apabila mendapati hubungan mereka berjaya bertahan lebih dari setahun apabila Timothée sekali lagi ditemani Kylie di acara tersebut pagi ini.
Golden Globes 2024Golden Globes 2025
Timothée yang dicalonkan untuk kategori lakonannya sebagai Bob Dylan dalam filem biopik muzikal, A Complete Unknown dilihat meluangkan masa di mejanya bersama Kylie tanpa menghiraukan pandangan orang di sekeliling.
Meski hubungan mereka sering dipandang serong oleh kelompok haters Kylie yang merasakan mereka tidak sepadan, Timothée tidak menjadikan negativiti tersebut sebagai ‘kudis’ dalam perhubungan mereka.
Kylie, bagaimanapun dipercayai lebih sedar dengan pandangan warganet dan sekali lagi (seperti tahun lalu) memilih untuk tidak berjalan di karpet merah bagi mengelak pertanyaan wartawan mengenai hubungan mereka.
Timothée ketika di karpet merah Golden Globes 2025.Turut duduk di meja sama ialah pelakon A Complete Unknown, Elle Fanning dan Monica Barbaro.
Baru-baru ini, warganet hangat membincangkan spekulasi kononnya mereka berdua telahpun mengikat tali pertunangan. Tidak lekang juga gosip mengenai status Kylie yang katanya sudah berbadan dua.
Biarpun dihambat perkhabaran liar sedemikian, baik Timothée mahupun Kylie menutup mulut daripada menceritakan secara terperinci mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi mereka.
Sebaliknya, senyuman pada wajah mereka ketika kamera membidik kelibat masing-masing di acara Golden Globes 2025 menceritakan betapa mereka gembira apabila dapat bersama secara terbuka.
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.