Inpirasi

15 Tahun Dah Masuk Universiti, Ara Aziz Mula Langkah Kejar Impian Jadi Pakar Bedah Otak

Share

Anak kepada pengarah tersohor tanah air, Aziz M Osman dan Puteri Lily Lokman iaitu Ara Aziz, baru-baru ini kembali mencuri perhatian apabila mendedahkan beliau bakal memulakan perjalanannya sebagai pelajar universiti pada usia 15 tahun demi mengejar cita-cita menjadi pakar dalam bidang neurologi.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram milik beliau, Ara atau pemilik nama sebenar Puteri Nur Azzahra Abdul Aziz meluahkan keterujaannya selepas secara rasmi menjejakkan kaki ke Manipal University College Malaysia sebagai salah seorang pelajar termuda di kampus tersebut.

“Hari penuh emosi (sentimental) yang takkan pernah saya lupakan. Melangkah masuk ke Manipal University College Malaysia sebagai salah seorang pelajar termuda adalah sesuatu yang mengujakan sekaligus merendah diri”

“Setiap perjalanan yang hebat bermula dengan satu langkah, dan hari ini, perjalanan saya bermula,” katanya.

Perkongsian berkenaan pantas menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang kagum dengan pencapaian beliau menyambung pengajian pada usia yang masih muda, malah ramai turut menyifatkan langkah Ara sebagai satu inspirasi buat remaja lain untuk berani mengejar impian masing-masing.

Difahamkan, selepas menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) pada tahun lalu, Ara kini mengikuti program asasi sebagai persediaan sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang perubatan yang menjadi minatnya sejak kecil.

Sebelum ini, pihak Remaja pernah menemubual Ara dan beliau pernah berkongsi hasrat untuk menjadi pakar dalam bidang neurologi kerana tertarik untuk memahami bagaimana otak manusia berfungsi serta mengapa setiap individu mempunyai cara pemikiran yang berbeza.

BACA: Anak Aziz M. Osman, Ara Aziz Bakal Masuk Universiti Pada Usia 15 Tahun! Pilih Psikologi Sebagai Bidang Pilihan

@remaja.my Walaupun isu zaman kini banyak dijadikan meme atau bahan gurauan, tetapi bagi Ara Aziz, asalkan kepentingan mesej & konteks tetap sampai kepada orang ramai lebih utama📱🗞️ Untuk perkembangan terkini, Ara sedang menunggu keputusan untuk menyambung A-Level & merancang melanjutkan pengajian dalam bidang Neurology🎓🧠✨ Memang mantaplah!👏🏻 #Remaja #MajalahRemaja #RemajaMalaysia #AraAziz ♬ original sound – Remaja

Minat mendalam terhadap dunia sains itu turut menjadi antara faktor utama yang mendorong Ara memilih laluan akademik lebih awal daripada kebiasaan. Walaupun masih muda, beliau dilihat memiliki disiplin dan fokus yang jelas terhadap hala tuju pendidikan yang ingin dicapai.

Sementara itu, Ara Aziz sekali lagi membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan. Dengan semangat yang tinggi dan impian yang besar, langkah awalnya ke universiti menjadi permulaan penting dalam usaha merealisasikan cita-cita untuk bergelar pakar bedah otak suatu hari nanti.

Sumber: Instagram Ara Aziz

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE