Sejak semalam lagi, pelbagai pihak telah bersuaa setelah mendapat tahu akan penceritaan yang menyentuh sensitiviti agama dalam sebuah filem yang ditayangkan menerusi platform penstriman, Viu Malaysia.
Filem berjudul Mentega Terbang itu hakikatnya telah ditayangkan di platform tersebut sejak 19 Januari lalu. Malah seawal tahun 2021 lagi, Mentega Terbang telah ditayangkan secara tertutup oleh penerbitnya di beberapa buah acara.
Namun kandungan yang didakwa sebagai melanggar sensitiviti agama itu baru ditelaah pemerhati filem tempatan lalu mendapat perhatian warganet.
Sepanjang durasi sejam 44 minit, antara kandungan yang teruk dikecam warganet dan mendapat perhatian pempengaruh seperti Caprice pada hari ini adalah babak di mana watak gadis beragama Islam bernama Aishah berkata kepada rakan-rakan berbangsa India bahawa dia tidak kisah untuk memakan daging khinzir.
“You can’t eat Babi. It’s Haram.”
“Ala, hari tu kau makan beef okay je. Itu pun haram juga kan.”
Selain babak berkenaan, satu lagi babak yang mencetuskan kemarahan warganet adalah apabila watak bapa Aishah membenarkan anaknya itu untuk menganuti agama selain Islam.
Ads
Tutur watak ayah tersebut, “If there is any other religion that speaks to you more than Islam. If there is any other faith that speaks to you on a deep personal level. And if you feel that you want to covert; or peluk agama lain, go ahead sayang.”
Justeru apabila mendapati dialog sedemikian diluluskan untuk tayangan, ramai yang berpendapat ia tidak seharusnya berlaku kerana didakwa cuba menimbulkan provokasi dan mempromosikan pluralisme agama.
Tinjauan ke arah sinopsis filem Mentega Terbang mula mendapati huraian berikut:
Mengisahkan seorang remaja bernama Aishah, 16 tahun mengkaji kitab al-Quran, Injil, Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan kehidupan selepas kematian.
Aishah turut digambarkan sebagai seorang remaja yang tertarik dengan kepercayaan terhadap doktrin kehidupan semula dalam agama.
Ads
Makna Pluralisme Agama
Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, pluralisme agama merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama dalam erti kebenaran ada dalam semua agama, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi mana-mana agama.
Pluralisme jelas menentang akidah masyarakat Islam kerana ia menuntut umatnya berkeyakinan teguh bahawa agama selain Islam adalah kufur. Tiada titik pertemuan antara Islam dan agama lain ataupun orang Islam dengan orang bukan Islam di akhirat kelak; seperti firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah ayat 6.
Umat Islam wajib percaya bahawa Islam akan membawa seseorang itu kekal di dalam syurga buat selama-lamanya manaklaa kekufuran akan membawa seseorang itu kekal abadi di dalam neraka.
Ingin Tindakan Tegas
Dalam pada itu, beberapa persatuan telahpun menuntut agar tindakan diambil terhadap pencipta filem Mentega Terbang dan hak tayangan filem tersebut di platform dalam talian.
Ads
Tegas Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) semalam, ia mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan filem Mentega Terbang dan merampas filem asal.
“Jangan dibiarkan nanti diterbit melalui Netflix, nanti seluru dunia tengok anak Melayu cakap macam ini.
“Sekiranya filem ini tidak diharamkan, ia boleh mengelirukan anak-anak muda. Apatah lagi (yang) tiada latar belakang pengetahuan agama, boleh merosakkan akidah,” kata Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali dalam sebuah sidang media semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mukbang bukan satu benda yang asing lagi zaman sekarang ni bila ramai orang berlumba-lumba buat content makan dengan lahap dan nampak begitu menyelerakan. Trend ini dibawa oleh rakyat Korea yang gemar makan dalam jumlah yang banyak di hadapan kamera sambil berinteraksi bersama penonton.
Trend ini menjadi ikutan banyak negara kerana seseorang individu boleh memperoleh pendapatan dengan hanya makan depan kamera sahaja.
Bagaimanapun, trend ini bakal dihentikan di China apabila Presiden Xi Jinping sebelum ini menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.
Terbaru, China dilaporkan telah meluluskan undang-undang anti pembaziran makanan yang melarang pengunjung di restoran daripada memesan makanan secara berlebihan. Malah undang-undang yang mula dikuatkuasakan mulai Mei lalu melarang merakam atau berkongsi video makan-makan iaitu mukbang.
Kira-kira 35 juta makanan dilaporkan dibazirkan di China setiap tahun, menurut media negara China. Sebagai perbandingan, sekurang-kurangnya 66 juta makanan telah dibazirkan di Amerika Syarikat setiap tahun, menurut Jabatan Agrikultur A.S.
Menurut undang-undang baru itu, restoran boleh didenda sehingga 1,550 dollar (Sekitar RM 6 ribu) kerana menggalakkan pelanggan memesan makanan dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan pembaziran.
Stesen TV dan syarikat media atas talian boleh dikenakan dengan hingga 16,000 dollar (sekitar RM 66 ribu) jika mereka didapati membuat atau menayangkan video berkenaan makan-makan yang melanggar undang-undang tersebut.
Undang-undang ini juga mewajibkan penganjur dan pengunjung jamuan makan untuk memesan jumlah makanan yang diperlukan sahaja ketika makan di luar.
Fenomena rancangan hiburan Gegarvaganza 6 di saluran Astro Ria dilihat semakin menjadi bualan. Salah seorang yang sering menjadi bualan ialah Sham Visa yang mendapat jolokan Tony Stark Malaysia.
Berwajah maskulin dan penuh karakter, Sham menjadi bualan serta kegilaan ramai kerana penampilan terkininya.
Baru-baru ini, anak kepada Sham Visa atau nama sebenarnya Rohisham Hashim telah memuat naik curahan rasa di laman sosialnya.
Shakir Zafran, 16, pelajar tingkatan empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan memuat naik luahan hatinya mengenai pengorbanan bapanya yang meninggalkan dunia seni dan bekerja tetap demi memastikan masa depan keluarganya terjamin.
Tulis Shakir menerusi akaun Twitternya, @mochizafran, pengorbanan bapanya meninggalkan dunia seni demi membesarkan keluarga tidak ternilai budinya.
“Dia mengorbankan kerjayanya demi membesarkan saya, dia meninggalkan perkara yang dia paling suka dalam hidup untuk memberikan laluan buat saya.
“Saya sangat menghargai setiap jasa-jasamu daddy. Tiada kata-kata dapat diungkapkan betapa saya sayangkan kamu. Terima kasih atas segala-galanya,” tulisnya semalam.
I Love You Son
Tidak habis di situ sahaja, Sham Visa juga sempat membalas curahan hati anaknya itu di laman instagram miliknya.
Menerusi Tweet yang dibuat Shakir itu, rata-rata warganet telah memberikan respon positif diatas perkongsian tersebut. Mereka telah meninggalkan kata-kata sokongan terhadap Sham Visa dan sentiasa mendoakan penyanyi itu berjaya dalam GV6 dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan Sham dan anaknya. Malah, ramai yang berkata anak-anaknya beruntung kerana memiliki bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tak sabar pula penulis nak tengok abang Sham Visa menyanyikan lagu Afgan bertajuk Terima Kasih Cinta untuk minggu kelima pada Ahad ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tapi, kami tidak sangkalah pula bahawa esok juga menandakan hari permulaan bagi Monsun Timur Laut ataupun musim tengkujuh di negara kita. Dalam tempoh ini, empat hingga enam kejadian hujan lebat dijangka akan berlaku.
Semasa fasa awal Monsur Timur Laut iaitu dari November hingga Disember 2020, hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Manakala mulai Januari 2021 pula, fasa hujan lebat akan lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
Hujan lebat untuk tempoh beberapa hari ini berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih buruk.
Selain itu, tiupan angin kencang secara berterusan dari Timur Laut akan menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.
COVID-19 lebih mudah merebak di musim sejuk
Sekiranya kawasan korang berdepan dengan kejadian banjir dan terpaksa menetap di pusat penempatan sementara seperti sekolah atau dewan orang ramai, pastikan korang masih menjaga jarak fizikal. Dalam keadaan cuaca tidak menentu, risiko jangkitan Covid-19 lebih mudah berlaku.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan wabak Covid-19 ini telah memasuki tahap yang membimbangkan pada akhir tahun ini.
Jelasnya, ketika hemisfera utara dilanda musim sejuk, semakin banyak kes yang dicatatkan terutamanya di Eropah dan Amerika Utara. Bukan itu sahaja, bantuan dan perhubungan keselamatan dan kesihatan juga semakin sukar untuk dicapai dalam keadaan cuaca tidak menentu.
Take care semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.